Mari kita ambil pendekatan baru
Apabila saya membaca artikel Wong Chun Wai dalam rungan tetapnya On the Beat dalam akhbar The Suday Star saya agak marah. Artikel beliau yang berjudul:
Pick on a worthy issue
tertumpu kepada bantahan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia atau PKPIM terhadap konsert artis Amerika Gwen Stefani yang dijadualkan pada 21 Ogos 2007 ini di Stadium Putra Bukit Jalil. Wong menulis bahawa pimpinan PKPIM mendesak agar pihak kerajaan membatalkan konsert ini kerana persembahan dan pakaian Stefani adalah tidak cocok dengan budaya masyarakat Malaysia.
Apa hak Wong untuk mengajar PKPIM apa yang patut dan tidak patut dibuat?
Walaubagaimanapun setelah membaca dua tiga kali artikel Wong itu saya mula melihat isu ini dari perspektif yang berbeza. Saya bukannya mahu bersetuju dengan Wong (yang sememangnya sentiasa bias dan tidak pernah memberikan gambaran yang baik terhadap Islam), ataupun mahu menghalang PKPIM dasri kerja-kerja amar makruf nahi mungkar mereka. Namun kita perlu melihat sesuautu itu dari skop yang lebih luas agar kita tidak terperangkap di dalam jerangkap samar musuh yang sememangnya tidak senang dengan kehadiran kita.
Hakikatnya maksiat dan budaya kuning serta keruntahan akhlak khususnya dikalangan remaja bukan cuma dicetuskan dengan kehadiran Stefani di tanahair. Ianya telah sedia wujud, menular subur dan berkembang biak, lantaran kelonggaran dan subahat kerajaan BN yang diterajui Umno. Sistem pendidikan kita ternyata gagal melahirkan remaja yang teguh moral dan jati dirnya. Sebaliknya apa yang dihasilkan adalah golongan remaja yang cenderung kepada hiburan keterlaluan dengan mengenepikan segala tuntutan dan peraturan akhlak dan sakhsiyah yang diajar oleh Islam.
Stefani sekadar satu titik kecil dalam kolam keruntuhan akhlak dan moral yang luas yang telah disenyawakan oleh kerajaan yang gagal dan porak-peranda ini. Pada 21 Ogos nanti Stefani sekadar akan mempamirkan aksinya di hadapan beberapa ribu penonton di Stadium Putra sedangkan puluhan juta di luar Stadium Putra terus sesat dan tenat.
Perluaskanlah lagi jangkauan kita. Jangan sekadar mengeluarkan kenyataan dan membuat bantahan, sedangkan di luar sana jutaan remaja perlu didekati, didakwah dan diajak agar kembali ke jalan yang benar. Sekadar berprotes sebegini hanya menempah kritikan dan serangan percuma dari manusia seumpama Wong yang memiliki dan mengawal media arus perdana.
Akhirnya dengan kepintaran bakat SPIN (putar alam) mereka, kerja-kerja pencegahan mungkar yang cuba kita lakukan digambarkan begitu hodoh sehingga kita pula dianggap musuh kepada masyarakat sedangkan niat kita adalah untuk memperbetulkan masyarakat.
Oleh itu PKPIM harus mengambil pendekatan baru, dalam suasana sebegini ENGAGEMENT lebih baik dan bijak dari tindakan sebegini. Dalam suasana gawat ini PKPIM seharusnya terbit dengan formula penyelesaian yang komprehensif dan efektif, bagi menyelematkan seluruh golongan remaja Malaysia dari terus lalai dan sesat di bawah kedurjanaan Umno/BN ini. Perbanyakkan program mendekati golongan seperti ini yang sebenarnya dahagakan bimbingan dan pertolongan.
Mari kita kali ini mengambil APPROACH yang berbeza. Mudah-mudahan dengan langkah proaktff kita nanti kesannya dapat dilihat secara langsung ke atas sasaran kita, dan masyrakat khususnya golongan remaja akan nanti semakin senang dan mendekati kita dengan penuh yakin.
Bantahan dan protes menurut batas undang-undang perlu diteruskan, tetapi dalam waktu yang sama langkah mendekati golongan remaja perlu diusahakan tanpa lengah. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment