Sunday, August 12, 2007

Berita sedih

Saya menerima dua berita sedih petang ini.

Pertama pulangnya ke rahmatullah seorang tokoh pejuang pembangkang yang besar iaitu peguam Sdr Abd Razak Ahmad 68, yang jawatan terakhirnya adalah Pengerusi PKR Johor. Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 1.20 petang tadi setelah dipercayai diserang sakit jantung.

Abd Razak sepanjang hayatnya terlibat dalam politik pembangkang. Pada awalnya aktif di dalam Parti Rakyat Malaysia dan apabila bergabung Parti Keadilan Nasional dan PRM beliau terus aktif di dalam PKR.

Malaysia kehilangan seorang tokoh yang konsisten dalam perjuangan dan tidak pernah merubah atau mengadai prinsipnya sehinggalah keakhir hayat. Mudah-mudahan Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya, insyallah.


Petang tadi juga kira-kira jam 2.15 petang Naib Presiden PAS Sdr Hj Muhammad Sabu, terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya berhampiran Jalan Gambang-Kuantan, dalam perjalanan menuju ke sebuah program anjuran Pemuda PAS Negeri pahang. Beliau mengalami kecederaan di kepala dan kini dirawat di Hospital Kuatan tetapi dalam keadaan stabil.

Turut berada dalam kenderaan yang sama adalah AJK PAS Pusat Dr Syed Azman yang mengalami kecederaan ringan.

Mudah-mudahan beliau segera dikurniakan kesihatan insyallah.

No comments: