Wahai Pak Menteri - Ini bukan budaya kita
Semalam kerajaan melancarkan Hari AIDS Sedunia peringkat kebangsaan. Menurut statistik wabak ini semakin membimbangkan diperingkat nasional. Sejak 1986 sehingga Jun tahun ini seramai 78,784 telah dijangkiti penyakit ini. Seseorang boleh diserang penyakit ini dari berbagai cara antaranya berkongsi jarum dengan seorang pembawa penyakit, melalui pemindahan darah (dengan darah pembawa penyakit) atau melalui hubungan seks.
Yang sedihnya jangkitan melalui hubungan seks telah meningkat begitu ketara sekali iaitu dari 18.2% pada tahun 2002 ke 31.9% tahun lepas.
Cumanya Menteri Kesihatan Dr Chua Soi Lek semasa melancarkan majlis ini telah menggesa agar masyarakat Malaysia:
Practise safe sex and be faithful to your partner
Amalkan seks selamat dan jujur pada pasangan
bagi mengelakkan diri dari dijangkiti penyakit yang membawa maut ini.
Masalahnya gesaan beliau ternyata bertentangan dengan amalan dan budaya kita. Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan majoriti rakyat Malaysia menganut agama ini. Umat Islam diharamkan berzina, lalu menggesa rakyat agar mengamalkan seks selamat (denga menggunakan kondom, kecuali yang telah berkahwin) ataupun jujur pada pasangan (bagi yang belum berkahwin) jelas bertentangan dengan agama Islam dan budaya Melayu. Saya percaya adat dan budaya masyarakat Cina dan India juga tidak pernah mengajar masyarakatnya untuk mengamalkan seks secara bebas, melainkan dengan pasangan yang telah sah berkahwin. Mungkin ia ada diamalkan dizaman moden ini, namun ternyata ianya adalah merupakan cedokkan dari budaya Barat yang songsang dan rosak itu. Budaya Timur apalagi Islam dan Melayu tidak sama sekali merestui amalan seumpama ini.
Seks selamat jika diamalkan dikalangan yang belum berkahwin, adalah haram disisi Islam dan bertentangan dengan budaya Timur manakala pasangan yang telah berkahwin wajib jujur pada pasangannya (itu budaya kita), manakala bagi pasangan yang belum berkahwin "abstinence" (atau menjauhkan diri dari seks) adalah pilihan tunggal yang ada, tidak ada yang kedua.
Oleh itu dalam kita heboh hari ini menetapkan garis pemisah antara mana amalan budaya kita dan mana yang tidak (demonstrasi contohnya dicanangkan hari-hari sebagai bukan budaya kita), saya hairan bagaimana seorang menteri dari kerajaan yang berbangga dengan amalan Islam Hadharinya tiba-tiba boleh menggesa rakyat negara ini agar mengamalkan sesuatu yang bukan dari budaya kita!
No comments:
Post a Comment