Wednesday, December 05, 2007

Gempa di Bukit Tinggi, Pahang

Selama ini negara kita dikatakan berada di luar zon-zon sesmik atau seismic zones tidak seperti negara jiran Indonesia. Oleh itu ancaman gempa bumi hampir mustahil berlaku di sini. Adapun gegaran kecil kesan dari gegaran yang berpusat di Indonesia, biasa dirasai di sini.

Semalam anggapan itu dibuktikan meleset. Kali ini gegaran walaupun sekadar 3 pada skala Richter, namun ianya berpunca dari dalam negara sendiri iaitu di sekitar Bukit Tinggi, Pahang, berhampiran dengan pusat judi terbesar negara iaitu Genting Highlands.

Menurut Pengarah Bahagian Geofizik, Jabatan Meteorologi, gegaran itu berlaku kerana wujudnya daya tektonik dari kiri dan kanan garisan sesar sepanjang 30 ke 50 km sekitar Bukit Tinggi. Tambah beliau ribuan tahun dahulu pernah berlaku gempa bumi di kawasan berkenaan namun kini ia tidak aktif lagi. Tapi tambah beliau lagi daya tektonik yang dimaksudkan mampu untuk mencetuskan gempa bumi lagi namun pada magnitud yang kecil.

Kalau kita tonton Buletin Utama TV3 semalam, para penduduk di kawasan berkenaan menyatakan bahawa ini bukan kali pertama kejadian gempa berlaku di kawasan berkenaan.
Wallahualam.




No comments: