Ketua Hakim Negara ke 11:
Jangan kecewakan harapan rakyat
Saya begitu terharu membaca ucapan Ketua Hakim Negara yang baru Datuk Abd Hamid Mohamad sejurus selepas perlantikkan beliau sebagai Ketua Hakim Negara yang ke 11 di Istana Kehakiman semalam. Malangnya akhbar-akhbar Melayu sekadar memberi liputan beberapa perenggan kecil sahaja sedangkan ucapn penuh beliau dibuat dalam Bahasa Melayu.
Kata beliau tidak ada jalan pintas untuk membersih dan memulihkan persepsi negatif awam terhadap badan kehakiman melainkan para hakim dan kakitangan mahkamah menjalankan tugas masing-masing dengan bersungguh-sungguh, jujur dan telus,
Kata beliau lagi:
Jika kita sendiri yang terhegeh-hegeh ke sana ke sini meminta ihsan untuk dilantik menjadi hakim atau dinaikkan pangkat maka kita sendirilah yang mengkompromikan kebebasan dan kewibawaan kita.
Saya rasa inilah ucapan pengharapan yang pertama yang saya dengar ke arah memulihkan imej dan kewibawaan badan kehakiman sejak kes Tun Salleh Abas dan pembongkaran video VK Lingam. Cuma masalahnya Datuk Hamid cuma tinggal setahun sahaja sebelum jawatan beliau diambil-alih oleh proksi Umno yang sedang taat menunggu.
Dalam ucapan beliau itu beliau ada menyentuh tentang baki setahun yang tinggal sebelum beliau bersara, katanya:
Tetapi walaupun insyallah jika saya memegang jawatan ini untuk satu hari sahaja, saya akan pastikan satu hari itu saya gunakan dengan penuh keyakinan dans sebaik-baiknya. Samada yang terbaik dari saya itu cukup baik untuk rakyat, terpulanglah kepada mereka untuk mengadili saya.
Rakyat meletakkan harapn besar kepada Ketua Hakim Negara yang baru ini agar segera memulihkan keyakinan kita semua terhadap institusi kehakiman yang sangat penting dalam negara demokrasi seperti Malaysia. Kebelakangan ini kita perhatikan telah terbit hakim-hakim yang mula berani dan tegas dalam membuat keputusan tanpa kelihatan memihak kepada sesiapa.
Rakyat akan terus menyokong anda jika inilah perjuangan anda Datuk Ketua Hakim Negara!
No comments:
Post a Comment