Parlimen Malaysia dibelenggu
Inikah versi Dunia Pertama yang mahu Malaysia tontonkan?
Sepanjang perjalanan saya ke pejabat pagi tadi saya perhatiakn Kuala Lumpur tiba-tiba menjadi sesak luarbiasa. Sepatutnya bilangan trafik pagi ini berkurangan kerana Selangor merayakan ulangtahun keputeraaan Sultannya.
Terdapat sekatan polis di Jalan Bangsar dan papan tanda elektronik di jalan tersebut memaklumkan yang Jalan Parlimen ditutup dan kenderaan dikehendaki mematuhi arahan pihak polis. Saya dapati semua laluan menuju ke Jalan Parlimen ditutp dengan pihak polis ditempatkan dipintu-pintui masuk berkenaan. Sebuah trak water canon FRU saya nampak menyusuri Jalan Mahameru menuju ke Jalan Parlimen.
Apakah yang cuba kerajaan buktikan dengan halangan dan sekatan seumpama ini?
Di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, sebanyak 5 buah kereta peronda polis dan sebuah trak dengan unit pencegah rusuhan menunggu di bahagian depan bangunan. Itu tidak termasuk anggota Special Branch yang tidak beruniform. Mereka juga turut berada di pintu belakang bangunan.
Seorang pegawai telah menampal dipintu hadapan Pejabat Agung PAS perintah larangan atau restraining order yang diperolehi dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam yang menghalang empat individu termasuk Dr Syed Azman dan Muhammad Sabu serta mana-mana orang berkenaan dari menghampiri Bangunan Parlimen dan menganjrukan sebarang perhimpunan.
Sebenarnya apa yang dirancangkan hari ini adalah penyerahan memorandum BERSIH (bukan PAS) kepada Speaker Dewan Rakyat. Temujanji telah pun diperolehi bagi tujuan tersebut. Sejak bilakah Parlimen yang merupakan ikon demokrasi di Malaysia menjadi bangunan larangan, dan rakyat yang berkeperluan dilarang dari memasukinya?
Tindakan pihak plis atas arahan kerajaan pimpinan Dollah ini ternyata memberikan suntikkan maut kepada imej demokrasi dan kebebasan engara. Benarlah kata Presiden PAS bahawa negara sedang menuju ke arah "Negara Polis” , dan hari ini sah Malaysia adalah sebuah Police State!
No comments:
Post a Comment