Kalau memorandum Hindraf yang diserahkan kepada kerajaan Britain, yang menuduh bahawa berlaku ethnic cleansing ataupun pembunuhan terancang terhadap masyarakat Hindu di Malaysia merupakan satu tuduhan liar dan fitnah maka demikian jugalah kartun Senyum Kambing dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Sejak bila pula PAS terperangkap angkara Hindraf dan adakah benar yang PAS tidak pernah nyatakan pendirian terhadap Hindraf?
Kalau Utusan sebuah akhbar yang bertanggungjawab, cinta dan sayangkan perpaduan kaum dan perpaduan nasional serta bangsa dan peradaban Melayu ia tidak akan cuba menyeret PAS ke dalam kancah pertembungan yang dicetuskan oleh kelemahan dan kelonggaran Umno, tulang belakang akhbar tersebut. Tetapi hakikatnya Utusan memang sebuah akhbar yang tidak bertanggungjawab, oleh itu memandang satira terhadap sesuatu yang tidak menguntungkan bangsa dan agama, padanlah dengan sikapnya yang tidak bermaruah.
PAS melalui Timbalan Presiden dan Setiausaha Agungnya telah mengeluarkan kenyataan berhubung Hindraf. Pertama PAS menyatakan yang ia mempunyai perbezaan dengan Hindraf cumanya ia merasakan yang penyokong-penyokong kumpulan tersebut berhak berhimpun dan menyatakan pendirian mereka.
Apa maksud si kambing apabila mengatakan yang PAS sudah terperangkap? Siapakah yang memerangkap PAS dan mengapa pula dalam kes Hindraf PAS pula mahu diperangkap?
Yang terperangkap adalah Umno, MIC dan BN. Yang keluar berarak dan kemudiannya menghantar memorandum bantahan adalah masyarakat yang lazimnya memberikan undi kemenangan kepada BN, terbaru di Ijok. Kerana itulah Presiden Umno dan Pengerusi BN marah sungguh dalam sidang akhbarnya baru-baru ini, manakan tidak, selama ini melalui MIC Dollah dan BN diyakinkan bahawa masyarakat India akan terus menyokong BN. Himpunan Hindraf dan kemudiannya memorandum mereka yang melemparkan perbagai tuduhan terhadap kerajaan BN (yang mana MIC adalah komponannya) sesungguhnya tidak memerangkap sesiapa pun melainkan BN.

Hari ini Presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan dengan melahirkan kebimbangan terhadap memorandum Hindraf itu dan menganggap sebahagian dari tuntutan dan tuduhannya melampau. Kata Presiden PAS itu:
PAS dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan mainan pihak media yang didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional yang cuba mencetuskan ketegangan kaum bagi tujuan meraih undi rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat dan pimpinan parti-parti pembangkang sebagaimana semasa "Operasi Lalang" tahun 1987 dahulu.
No comments:
Post a Comment