Mampukah ahli-ahli parlimen kita menjadi pemantau kerajaan?
Persidangan Inter Parlimen ASEAN berkenaan Urustadbir Yang Baik atau “Good Governance” berakhir di ibunegara semalam. Memandangkan agenda “Good Governance” ini tidak begitu penting maka ia kurang mendapat liputan berbanding Pamiran LIMA di Langkawi ataupun Ikan Yu seberat 3,000 kg yang mendapat liputan muka hadapan Berita Harian.
Di sudut kecil muka sebelas akhabr The Star dilaporkan yang Presiden Transparency International Malaysia atau TI Malaysia, Tan Sri Ramon Navartanam sebagai berkata bahawa ahli-ahli parlimen tidak sepatutnya mempertahankan menteri-menteri yang buruk. Kata beliau lagi disebalik urustadbir yang buruk biasanya adalah perlakuan rasuah. Ketandusan integriti dan ketelusan serta pertanggungjawaban yang lemah akan membuka peluang kepada rasuah.
Oleh itu kata beliau ahli-ahli parlimen perlu mengelakkan dari dari diperkudakan untuk mempertahankan dasar dan polisi buruk yang dibawa oleh menteri-menteri yang juga buruk. Dalam erti kata lain mereka perlu bertindak sebagai pemantau bagi menghalang rasuah dari meresapi kerajaan.
Masalahnya di Malaysia menteri-menteri inilah juga ketua dan pemimpin parti kepada ahli-ahli parlimen kita kecuali yang dari pembangkang. Oleh itu bagaimanakah contohnya ahli-ahli Parlimen mahu menentang dasar dan polisi buruk dari Menteri Pertanian sedangkan menteri berkenaan adalah Naib Presiden parti mereka!
Lainlah kalau masing-masing ahli parlimen mempunyai maruah dan mengutamakan kepentingan rakyat. Malangnya di Malaysia periuk nasi sendiri dan parti lebih penting dari segala-galanya.
No comments:
Post a Comment