Saturday, August 23, 2008

Urut dada tetapi belum berpuas hati

Saya pasti ramai yang mengurut dada merasakan sedikit lega apabila harga runcit petrol ditunkan limabelas sen ke RM2.55 sen seliter berkuatkuasa hari ini. Ia telah turun namun saya percaya ramai termasuk saya sendiri menganggap yang ia sepatutnya turun lebih rendah lagi.

Menurut pengumuman pihak kerajaan mulai 1 September tadi harga runcit petrol akan ditentukan oleh satu mekanisma harga terapung yang akan mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia. Subsidi minima 30 sen seliter dan harga siling petrol ditetapkan pada RM2.70 sen seliter sehingga penghujung tahun ini. Setakat semalam harga minyak mentah dunia diniagakan pada paras USD120.53 setong.

Yang penting sekarang adalah impak penurunan ini terhadap harga barangan dan perkhidmatan. Kita mengharapkan penurunan ini akan turut mencetuskan penurunan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus meringankan sedikit beban yang ditanggung rakyat sejak kenaikan mendadak harga minyak pada bulan Jun lalu.

Menurut para penganilsa ekonomi, harga minyak dunia dijangka terus turun dan ini kita yakin akan menyumbang ke arah mekanisma harga terapung yang diperkenalkan kerajaan itu dan semoga rakyat kembali boleh hidup tenang dan senang.

Kita mengharapkan sementara menunggu harga minyak kembali stabil seperti dahulu, janji kerajaan untuk mempertingkatkan mutu khidmat pengangkutan awam akan ditunaikan. Kita melihat baru-baru ini PM Dollah Badawi merasakan sendiri pengalaman rakyat kebanyakkan bersesak-sesak untuk menaiki KTM Komuter dan LRT ke pejabat. Bayangkan jika musim hujan atau apabila berlaku gangguan perkhidmatan, lebih teruk lagi suasananya. Itu Dollah belum rasa lagi bagaimana pengalaman menaiki bas awam.

Rata-rata mutu khidmat pengangkutan awam kita masih "below average" dan perlu dipertingkatkan. Saya pernah berkali-kali membuta posting berkenaannya di sini kebetulan saya sering menggunakan perkhidmatannya untuk ke pejabat. Ini termasuklah sikap kakitangan mereka yang perlu diperbaiki khasnya apabila berurusan dengan orang-ramai.

Apapun kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik selepas ini. Harga minyak telah turun namun ia belum memuaskan hati lagi. Mutu khidmat pengangkutan awam masih ditakuk lama dan perlu diubahsuai dan diperbaiki dengan kadar segera.

Terima kasih kerana menurunkan harga petrol 15sen tetapi ia masih belum memadai.

3 comments:

Unknown said...

nak turunkan harga minyak terketar-ketar. bincang bagai nak rak pikok seluruh tanahair, konon keraJaan perihatin???? blahhhh...
tapi sedar tak......
kerana nak pikat hati pengundi BODOH kan Permatang Pauh tu. kalau setakat turun 0.15 ringgit tapi naik 70 sen tu tak pula nak bincang kat mana-mana atau kat parlimen, memang dasar haprak keraJaan umno/bn.
tu rasuah namanya. dosa tetap dosa.
bodek pengundi tu dosa, tetap dosa.
fitnah lagi besar dosa, tanggung sendiri diakhirat nanti, kat dunia ni boleh lah saya tolong, tolong nasihatkan perkara yang baik untuk semua.
tapi biarlah umno/bn tumbang dalam masa terdekat sebelum tahun 2009.....Ok....
drp: makhluk orang utan;
dasuki_tmc

Anonymous said...

bro roslan,

Memula kata nak turunkan hg minyak pd 1 sept tp tetiba je bekuatkuasa ari ni plak diturunkan rm2.55 bg petrol! Alasannye sbb kdr inflasi meningkat ke 8.5%. kahkahkah..Kalo nak turunkan inflasi, hg petrol letak la pd paras rm1.50...baru la turun kadar inflasi tu. Dia ingat hg brg akan turun ke kalo setakat turunkan 15sen tu!

Cakap je la sbb utama myk tu turun sbb nak jdkan modal kempen kt permatang pauh! malu2 plak!

Pastu sibuk plak naik lrt n komuter kononnye nak tahu/rasa susah senang rakyat guna perkhidmatan awam 'tercaggih' kat negara malaysia tercinta ini! Dah nak jd ketua pembangkang, baru dia sedar betapa teruknya mutu perkhidmatan n hari2 penumpang dah macam sardin setiap kali pegi dan pulang dari keja!

Sebelum ni, x de yg bgtau dia ke mutu sebenar perkhidmatan awam kita ni...apa nye lembab la PM malaysia ni. Tp yg pastinya lrt n komuter akan di 'upgrade' dgn segera! Tahniah!!

Sape yg dpt projek tu nanti!!!hahaha...satu malaya tau yg empunya diri itu...

Lepas ni, kalo berani naik la bas plak kt sekitar kl ni. Baru la dia tau betapa selesa n 'punctual'nye perkhidmatan bas kita ini!

Mana peginya wang utk menambah baikkan mutu perkhidmatan awam ketika cadangan menaikkan hg minyak pd paras rm1.92 lepas!! Rakyat mudah lupa ke? atau mmg tabiat semulajadi rakyat malaysia ni yg selalu terlupa! entahlah..

Harap2 PM malaysia selepas ni x la seteruk ni.

Lawam tetap lawan

TAKBIR!!

Ratu Sulaman said...

Mudah2an politik bertukar wajah tahun 2009 nti... amin...