Thursday, August 07, 2008

Simpati kepada sahabat saya Bakar Haq a.k.a Penarik Beca

Saya menerima berita dari kawan-kawan pagi tadi berkenaan penahanan seorang Blogger oleh pihak Bukit Aman lewat malam tadi. Sebagai seorang Blogger dan terlibat dalam bidang penulisan sudah tentu saya turut merasa bimbang atas berita berkenaan.

Walaupun posting Bakar kebelakangan ini banyak tidak sehaluan dengan saya malah menyinggung dan menyanggah saya, namun sebagai kawan saya tumpang bersimpati dan mendoakan agar beliau diberikan kekuatan dan segera dibebeaskan tanpa banyak masalah.

Banyak bersabar pada isteri dan keluarganya.

6 comments:

Aris Awang said...

Salam

Berbeza pandangan adalah perkara biasa. Jika semua manusia didunia ini perpandangan sama barulah ianya satu keanihan.

Semoga dengan perbezaan pandangan yang berlaku dan diurus dengan baik akan memantapkan perjuangan menegakkan Islam diatas muka bumi Allah ini.

Semoga Sdr Abd Rashid Abu Bakar (Penarik beca) teruskan memberikan pandangan dari sudut yang berbeza selepas ini.

Aris Awang

Anonymous said...

bro roslan,

inilah risiko jd blogger kat negara 'malaysia boleh' kita ni..kebebasan bersuara? hampeh...

wa harap lu terus bersuara dengan cara lu n jgn tergugat dengan segala macam 'ugutan' n yg sewaktu dengannya..

maju bersama islam

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

Apa semuanya ni... Takkah ditahan di bawah Akta Hasutan kerana mendedahkan berlakunya usaha "Bermuzakarah" antara UMNO-PAS.

Kalau ini betul maka betullah juga kata Mahathir bahawa negara kita sememangnya NEGARA POLIS (Police State) sampai membongkar sesuatu isu politikpun boleh ditahan.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada Sdr. Bakar.

Anonymous said...

Nampak gaya hidup di Malaysia ni macam dalam wilayah Palestine dengan berpuluh sekatan jalanraya dan serbuan ke rumah-rumah oleh polis rahsia.
Doktor pun diugut untuk menulis laporan palsu. Bayangkan orang lain.
Dan kepada pak polisi tu sedarlah. Anak-anak anda juga bersekolah dan mengharapkan didikan sempurna.
Kalau kerja anda hanya nak aniaya orang, ingatlah pada anak bini sekarang. dan jangan lupa bila anda telah menggantung uniform nanti. Sedarlah sebelum terlambat.
Doa orang yang dianaiaya sentiasa dimakbulkan Tuhan.

Anonymous said...

Kalau blogger kena tahan akan ada yang beri bantuan, kalau tukang komen macam kami kena tahan, ada sesiapa yang ambil peduli tak?

Heran juga apa yang Penarik Beca tulis sampai boleh kena akta hasutan? Siapa yang buat lapuran pada polis?

Anonymous said...

heran betul...hebat jugak bakaq ni yer...bukan apa takut di`brain wash` utk jadi musuh dalam selimut...huh...bahaya tu...

doakan supaya itu tidak berlaku...teruskan perjuangan wahai bloggers...kami bijak menilai penulisan anda...