Monday, August 25, 2008

Salut Salahuddin Ayub

Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub mendapat paparan muka depan akhbar Sinar Harian hari ini. Tajuknya:

Isu penubuhan negara sekular. PAS selar Guan Eng. Prinsip parti itu tidak pernah berubah dan tetap berusaha memperjuangkan sebuah Negara Islam.

Ahli parlimen Kubang Kerian itu memberikan reaksi terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika Kongres Kebangsaan DAP di KL baru-baru ini. Menurut Salahuddin lagi:

Sampaikan salam saya kepada Lim Guan Eng kalau beliau berkata kita (PAS) setuju menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara secular kerana PAS akan terus memperjuangkan sebuah Negara Islam.

Saya boleh faham reaksi Ketua Pemuda PAS itu malah saya sendiri akan berkata perkara yang sama, kerana isu ini melibatkan prinsip dan dasar perjuangan PAS. Dan saya berbangga yang YB Din terus-menerus ke hadapan dalam isu-isu pokok seumpama ini, dalam suasana yang penuh pancaroba sehingga ada yang sudah rela meminggirkannya.

Soal samada PAS mampu melaksanakannya atau pun tidak itu antara ahli-ahli PAS dan Allah swt, tetapi memperjuangkannya, itulah matlamat PAS sejak ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu sehingga kini. Kepada kawan-kawan, jika mahu berkawan maka belajarlah menghormati sesama kawan.

12 comments:

luaskanmata said...

Assalamualaikum saudaraku:

Menyedari hakikat yang didepani, ini harapan dan perlu diusahakan:

1. Tingkatkan dan mantapkan ilmu duniawi serta ukhrawi.

2. Gandakan usaha tarbiah dan dakwah.

3. Panjatkan doa dan kukuhkan munajat.

4. Berjihadlah dengan setulus hati.

Allahu Akbar!

Anonymous said...

Saudara Roslan

Saya bukan ahli PAS tetapi saya menyokong dasar yang termaktub dalam perlembagaan PAS yang menjadi tonggak perjuangan. Adalah menjadi harapan saya agar dasar yang telah digarisi oleh mereka yang terdahulu tidak dirobek-robek dan disiat-siat oleh kita yang bergelar pemimpin pada hari ini agar kita tidak akan dipersoalkan nanti. Jangan kita gadaikan akidah dan akhlak/ maruah dengan kemenangan dunia yang sementara dan yang amat sedikit ini.

Kerana saya melihat, dalam konteks politik kepartian orang Melayu hanya ada - antara lainnya - PAS untuk meneruskan kesinambungan tauhid di hati bangsa kita. Tanpa Islam dan akidah/ tauhid bangsa kita akan menjadi hina.

Anonymous said...

Mereka tidak pernah cuba paham bahawa, orang Islam majoriti di Malaysia, apa yang buruk sangat dengan negara Islam, kena bagi kertas kerjakah baru depa paham?

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Bro roslan,

Tahniah yb Salahuddin..Anda pemimpin islam contoh! Teruskan Perjuangan anda.

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

Lanjutan dari luaskanmata, cadangan anda baik, tetapi tidak cukupi untuk memenangi peperangan menentang golongan penentang Islam.

Harus juga ada strategi dan taktik yang betul, kalau setakat itu saja tanpa ada sebarang tindakan, tidak akan kemanalah usaha dakwah Islam. sekajap aja umat Islam akan ditipu dan disekularkan

Unknown said...

pada pendapat dan fikiran saya ini, saya tak hairan jika setiausaha agong DAP tidak mahu/setuju untuk jadikan malaysia ini sebagai negara Islam, tapi saya boleh berkawan dengan ahli DAP.
tapi yang saya betul-betul hairan dan pelik ialah pemimpin-pemimpin hadhari dari UMNO(baru) tak mahu dan menolak untuk dilaksanakan hukum-hukum dan peraturan yang telah Nabi Muhammad S.A.W. sampaikan kepada umatnya terutama melayu umno(baru), ada kuasa tapi lemah longlai untuk laksanakan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis Nabi.
DAP tu mungkin banyak tak tahu tentang islam.
tapi UMNO tu bagaimana? haprak yang ku nampak. macam orang utan.
memang orang utan tak ada agama, apa nak herankan......

USTAZ HAFIZ NORDIN said...

Salamun alaikum.. Saudara Roslan yang dikasihi : Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan syabas dan tahniah kepada YB Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub yang dengan tidak teragak-agak memberi ketegasan terhadap penyataan yang dibuat Guan Eng yang begitu jelas tidak berterima kasih dan tidak menghormati kawan seperti PAS dalam Pakatan Rakyat.

Inilah hakikatnya 'manusia politik' yang bernama Guan Eng yang dilihat sentiasa anti Syariah dan negara Islam.Ini dapat dilihat berdasarkan 'track record' Guan Eng yang begitu konsisten dalam menentang syariah dan negara Islam. "Like Father like son.."

Saya tersangatlah simpati dengan ahli-ahli bawahan PAS yang begitu percayakan Guan Eng dan rata-rata ahli PAS tidak mengenali Guan Eng seperti saya mengenali pejuang sosialis anti Islam ini. dengan berselindung di sebalik nama khalifah agong Omar bin Abdul Aziz, Guan Eng meneruskan perjuangannya bagi menentang penegakkan negara Islam dan syariah.

Saya begitu terguris bilamana Guan Eng mempersendakan umat Islam semasa beliau berdebat dengan Koh Tsu Koon dengan mengatakan bahawa beliau akan melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar dalam pentadbirannya di Pulau Pinang. Sedangkan pada dua bulan lepas beliau menyatakan "no way" kepada penutupan judi empat digit. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan kepada Guan Eng agar menghentikan semua 'wayang' yang dimainkan olehnya dan berhenti dari berlakon baik dan 'alim' kepada umat Islam. Jangan cuba menipu dan memperolok-olokkan umat Islam di Malaysia ini dengan memperalatkan tokoh khalifah seperti Omar Abdul Aziz untuk kepentingan politik murahan beliau.

Kepada umat Islam, ahli-ahli serta penyokong PAS saya sarankan mengkaji dan menilai Guan Eng berdasarkan perjuangannya bukan 'wayang' yang dimainkan olehnya.

Anonymous said...

Pas harus menjelaskan pada Dap,tujuan utama kita mahu melaksanakan undang2 Islam yg amat releven utk semua ugama dan bangsa.Ianya tidak akan menindas atau membebankan sesiapa sekalipun bagi bukan Islam.Mungkin mereka perlu diberi fahaman tentang undang2 Islam ni..bagaimana pelaksanaannya.Pendekatan dibuat terhadap mereka haruslah paling berkhemah,lembut...Islam itu kan cantik dan penuh kelembutan,keindahan...sehingga mampu melmbutkan hati..lagipun mereka ni adalah org baik2 juga..pd pandangan saya la..sbb mereka masih berpendirian utk mencegah segala bentuk kemungkaran...mengikut fahaman mereka.Dan tegaskan pd mereka...kita ni kan sama2 penegak keadilan...mereka seharusnya menghormati kita sebab kita mahu menegakkan keadilan mendaulatkan Islam..sebagai ugama rasmi negara ini...sudah sepatutnya mereka harus akur bahawa Islam paling layak utk terus dijunjung tinggi memandangkan Islam ugama resmi dan ugama majoriti rakyat negara ini....Dan hati harus cekal dan tabah dlm perjuangan yg penuh cabaran ini.

Anonymous said...

sdr,
saya rasa bukun cukup dengan hanya mengulangi komitmen atau kenyataan dasar perjuangan olh YB salahudin .sepatutnya beliau perlu menyatakan program atau pelaksanaan untuk membuktikan hanya islamic state sahaja yang membawa keadilan kepada seluruh umat manusia.DAP atau sesiapa saja (baca Melayu )boleh terkeliru dengan konsep negara Islam kerana UMNO juga mendakwa malaysia sudah negara Islam.Dari segi prinsip tidak ada yang mutlak definisi negara Islam.definisi negara Islam amat relatif.penetunya adalah pelaksanaan dan perancangan yang membawa keadilan sejagat.ini saya rasa lebih afdal difikirkan.rakyat bukan nak dengar retorik pasal negara Islam , rakyat la ni dok tunggu mana satu negara islam yang sebenar
sekian.

Anonymous said...

Tahniah YB salahudin, pemimpin muda begini yang perlu diangkat menerajui Pas..bukannya golongan tertentu yang sanggup memejamkan mata hanya kerana mahu mendapat kuasa dan kedudukan.

Saya tabik YB Salahudin, harap lantang nyatakan pendirian pas..tapi janganlah selektif dalam isu tertentu sahaja.

salam hormat
Pro UMNO dan Pas (namun tidak sesekali PKR dan DAP)

Anonymous said...

Tahniah YB Sallahuddin...
Malaysia adalah negara demokrasi dan PAS akan berjaya memerintah dengan dasar Islam apabila memenanginya dengan majoriti seperti di Kelantan dan Kedah. Oleh itu PAS kena pastikan kita dapat menguasai majoriti dalam parlimen. Oleh itu ayuh pejuang pejuang Islam..teruskan perjuangan untuk memastikan orang Islam paham tentang Islam dan menyokong PAS, begitu juga non Muslim paham tentang Islam dan menyokong PAS.

Anonymous said...

Kita tahu DAP kuasai Perak, tapi PAS jadi MB. Takkan DAP tak bengkek hati.walaupun senyum kat luar. Tentu DAP mahu sesuatu sebagai balasan atau sudah ada buat kira2 dengan PAS cara sulit.

Baru2 ini seorang melayu dilantik jadi vice president DAP.Tentu ada agenda jangka panjang. Ingat bagaimana DAP boleh perintah N.Sembilan pada PRU 13 akan datang jika PR mampu menang hanya beberapa kerusi lagi.Masa itu DAP dah ada calun melayu untuk dijadikan MB.