Wednesday, August 20, 2008

Pintu ditutup buat Lavigne

Satu lagi konsert dibatalkan. Kali ini konsert oleh ratu rock Kanada Avrill Lavigne yang dijadual diadakan diambang sambutan ulangtahun kemerdekaan negara iaitu pada 29 Ogos ini. Menurut menteri berkenaan Rasi Yatim, ianya dibatalkan kerana tarikhnya terlalu hampir dengan sambutan kemerdekaan dan juga kerana konsert itu jelas bertentangan dengan adat dan budaya rakyat Malaysia.

Saya mengucapkan syabas kepada Pemuda PAS khasnya Pemuda PAS Wilayah di bawah Sdr Kamarulzaman Mohamed yang tidak berganjak dan jemu-jemu, terus-menerus mengemukakan bantahan apabila ada knosert-konsert seumpama ini mahu dianjurkan di KL.

Mudah-mudahan di negeri-negeri yang PAS menumpang kuasa, tidaklah pula ada penganjuran konsert-konsert seumpama ini. Saya difahamkan Majlis Bandaraya Ipoh akan menganjurkan beberapa siri program ala konsert sempena perayaan hari kemerdekaan nanti. Pastikan ianya tidak bertentangan dengan syarak. Kalau Islam Hadhari pun sudah mula menolak konsert, takkan kita pula nak menggantikan sikap lama mereka.

Sama-samalah kita pelihara adab dan disiplin Islam samada di tempat yang kita berkuasa ataupun tidak.

13 comments:

Anonymous said...

Syabbas kepada Pemuda PAS.Semuga teruskan Usaha murni anda ini.Usaha yang tak berjaya (Konsert Shah Alam) tu jadikan pendorong untuk lebih kuat menjalankan kerja2 amar maaruf dan nehi mungkar.Syabbas sekali lagi.

Anonymous said...

Dengarnya tak dibatal terus, cuma tarikh 29/8 tak sesuai. Ada harapan ada konsert pada hari lain.

Anonymous said...

bro roslan,

hah! dibatalkan ke! waaaa double standard la kjaan.....si budak lavigne tu dia x kasi buat konsert, tp budak2 melayu (artis) yg perangai pun lebih kurang si lavigne ni di biarkan bebas buat konsert. Buruk sgt ke perangai si lavigne tu dan baik sgt ke artis tempatan?

Kjaan telah 'berjaya' mghalang si lavigne tu dr mempengaruhi anak tempatan (penonton), tetapi membiarkan anak tempatan sendiri(artis) merosakkan moral anak2 tempatan(penonton). bijak kan!

Jika nak bendung gejala hedonisme ni, banteras la keseluruhannya...jgn la memilih dlm mencegah kemungkaran!

TAHNIAH kpd pemuda PAS kl. Teruskan perjuangan anda

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Hamba Allah said...

Yang pentingnya halang dulu 'pengkonsert' dari luar. Sebab tarikh bukan saja menjelang Merdeka yang pentingnya menjelang RAMADHAN.

Manakala artis tempatan, kalau nak halang terus, nampaknya mereka kena makan nasi mak bapak pulak la. Tapi hamba harap Kerajaan Dollah akan ada idea untuk tanggani konsert dari anak buah sendiri. Jangan di rumah LAH pun berkonsep juga sudah laa.

Anonymous said...

Syabas kepada semua, Pemuda PAS, yang xbagi premit, satu kemungkaran berjaya disekat. Alhamdullilah

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

apa pun tahniah kpd kerajaan pak lah, krn menghormati sensitiviti umat melayu/islam. walau apa pun niatnya (? mencegah kemungkaran secara terpilih) konsert telah BATALkan.

satu kemenangan kpd pejuang Islam round pertama dan teruskan usaha anda sbg kumpulan pendesak-amal makruf, nahi mungkar!

Unknown said...

Alhamdulillah, setelah banyak suara2 sumbang mengejek dan mengeji gesaan pemuda PAS tu, akhirnya berjaya juga, walaupun tak sepenuhnya.
Tak sepenuhnya kerana megikut NST semalam, konsert tu cuma ditunda, depa akan cari satu tarikh lain yang sesuai. Hm.. ntahlah, satu masa depa dah mengaku budaya dan perangai penyanyi tu tak sesuai dengan adat bangsa negara, tapi masih lagi nak buat di lain masa...

Unknown said...

Alhamdulillah...

Saya mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha berterusan daripada tenaga muda PAS yang konsisten dalam menghalang kemasukan dan penganjuran konsert-konsert tak bermanafaat seperti ini.

Dalam hal ini, saya berpendapat tenaga muda ini perlu juga memberi perhatian kepada siri penganjuran konsert oleh artis-artis tempatan yang kadangkala kelihatan tidak kurang hebatnya (dari segi penampilan dan keseksian) berbanding artis luar.

Kalau boleh kita berusaha untuk kurangkan secara beransur-ansur pesta-pesta muzik dan konsert yang melalaikan sebegini.

Anonymous said...

Saudara-saudari yang di hormati,
saya bukan orang muslim tetapi saya tidak merokok,tidak beri rasuah, tidak membunuh, sekali sekala minum arak masa perayaan atau majilis jamuan tetapi tidak sampai mabuk, sekali sekala berjudi tetapi tidak sampai pinjam dari ah long. Saya tidak mengikut gaya punk atau rock walupun saya suka melihat and mendengar lagu rock.Saya amat sedih konsert itu ditunda atau di batal.Saya tahu saudara saudari mempunyai hak tidak menghadiri konsert ini tetapi bagaimana dengan hak kita yang bukan muslim ?Mengapa tidak sahaja mengharamkan kemasukan orang muslim menghadiri konsert tersebut atau umur 25 tahun keatas diberi peluang masuk (fikiran sudah agak matang, kot)? Walaupun, saya tahu ramai orang muslim yang turut minat Avril, tetapi tidak terikut-ikut semua gaya hidupnya.Berilah kita yang bukan muslim sedikit understanding.

Anonymous said...

aku ingat pun..itu perlu diberi kepada non muslim untuk diaorang berhibur! yang muslim suruh dia berhibur cara lain! kan senang kot!

Anonymous said...

saya kesal.

saya bukanlah peminat avril tapi saya kesal. Saya tak faham kenapa PAS beriya mengharamkan Avril tetapi tidak mengambil pot terhadap cerita hindustan yang terang-terangan merupakan soft porn, atau mat rempit yg berleluasa, atau para pelajar yg lebih berimpian menjadi pelakon porno, atau kemunculan carberatur dung di gathering PR. Avril Lavigne jauh 100 kali lebih sopan dari Carburator Dung.

Kenapa PAS tidak mempraktikan islam sebenar? menghormati hak orang lain? kenapa PAS mahu impose fahaman mereka terhadap orang lain? saya sayang PAS. iye PAS melakukan perkara yang elok tetapi belajarlah melakukan perkara dengan perlahan, dengan berperingkat, jangan disuapkan dengan menolak dengan paksa masuk ke dalam tekak orang ramai.

kenapa PAS hanya ada one track mind? saya stuju dengan seorang perwakilan yg mengatakan sure heboh tidak perlu diharamkan, cuma perlu tukar caranya.

PAS tidak pandai, tahap pemikiran mereka belum advance seperti masyarakat islam lain.

ampun dan maaf jika terkasar bahasa, tapi PAS perlukan wakeup call.

~anon 11.55

Anonymous said...

PETALING JAYA: Canadian rock star Avril Lavigne will be performing in Kuala Lumpur after all.

The final decision, after a week of uncertainty, was made at a meeting of senior officials from the Unity, Culture, Arts and Heritage Ministry yesterday.

The organiser, Galaxy Group, obtained its permit last evening to stage the concert at Stadium Merdeka on Aug 29, sources said.

Avril’s concert here – the launch pad of her Asian dates – made headlines across the world after the Federal Territory PAS Youth told the ministry and the Kuala Lumpur Mayor to ban the event.

The wing had argued that Avril’s concert is “too punk and rock for Malaysian youth especially so during Merdeka month.”

Since then, many have criticised the wing’s move and decisions were purportedly made on the status of the show and its date.

Minister Datuk Shafie Apdal had earlier said the application to hold the concert had to be studied, as they did not want it to coincide with the Merdeka period and the tahlil religious programme on Aug 29.

Shafie had also denied that the ministry’s earlier decision to call off the concert was in response to PAS Youth’s call for the ban.

For ticketing details, contact 03-7711 5000 or visit www.axcess.com.my

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

waaaaa...terlepas jugak budak ni buat konsert! Islam hadhari tul la pak menteri ni!

Lawan Tetap Lawan

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

Konsert Avril Lavigne is back on! Cabinet bagi lampu hijau kpd penganjur mungkin pembatalan boleh mengakibatkan ada pihak yg boleh saman kerajaan untuk ganti rugi. so penganjur di beri lampu hijau tetapi mesti concert kena ikut syarat2 tertentu.

Saya fikir ia satu tindakan yang rasional. Bukan 100% penonton konsert adalah muslim...bagi ruang juga pada non-muslim.