Thursday, August 21, 2008

Mengunjungi MAHA bersama Tuan Guru

Semalam saya berkesempatan mengikuti rombongan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS ke tapak pameran MAHA 2008 di Serdang, Selangor. Memang saya telah lama bercadang mahu mengunjunginya, kebetulan petang semalam Tuan Guru dan Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa memutuskan untuk berkunjung ke sana secara rasmi, maka berpeluanglah saya ikut serta. Turut serta adalah SETPOL Presiden Dr Shamsuri dan SU Sulitnya Hj Zaihan.



Saya tidak pernah mengunjungi MAHA sebelum ini, ternayata ia menjadi pusat tarikan pengunjung apabila saya dapati rakyat jelata berpusu-pusu ke sana walaupun ketika itu sekitar jam 2.00 petang, panas terik. Mungkin kebetulan mereka mengambil kesempatan dari cuti persekolahan. Jalan masuk sesak, mujurlah penganjur menyediakan tram percuma untuk menghampiri pintu masuk dari tapak letak kereta.

Sejurus tiba Tuan Guru dan rombongan telah disambut oleh para pegawai kanan kementerian dan diberikan taklimat oleh Timbalan Menteri Pertanian dan para pegawai kanannya. Selepas itu Tuan Guru diminta menyatakan tapak pameran yang mana satu mahu dikunjunginya, oleh kerana MAHA ini terlalu luas dan pasti tidak selesai sehari untuk melawat keseluruhan tapak pamerannya. Tuan Guru memilih untuk mengunjungi sektor yang diminatinya iaitu penternakan dan perikanan.
Tuan Guru disamping memang seorang anak nelayan, dan sering ke laut, juga menternak kambing. Oleh itu apabila mengunjungi tapak pameran penternakan khasnya yang mempamirkan kambing-kambing pelbagai jenis, beliau mahir dan bertukar-tukar pandangan dengan pegawai kementerian yang mengiringinya.

Kami sempat juga mengunjungi tapak pameran jentera pertanian dan mengakhiri kunjungan di tapak perikanan.
Saya perhatikan rakyat jelata yang mengunjungi MAHA 2008 semalam begitu senang hati apabila dapat bertemu muka dengan pimpinan tertinggi PAS. Tumpuan Tuan Guru sering terganggu apabila ramai yang memohon untuk bergambar bersama beliau disamping bertegur -sapa dan menjabat tangan termasuklah anak-anak muda dan kecil serta pengunjung dan peserta Cina dan India. Tuan Guru tidak menolak permohonan mereka, semuanya dilayan dengan mesra.
Cuma satu yang saya terpaksa akui, oleh kerana Tuan Guru berpuasa maka pihak penganjur dan peserta pameran tidak berpeluang menjamu beliau, dan saya sendiri terlepaslah peluang untuk menjamah apa yang disediakan kerana menghormati Tuan Guru. Satu yang ingin saya kongsi di sini, Tuan Guru berpuasa nazar. Sebelum keputusan PRU ke 12 lalu beliau telah bernazar akan berpuasa sejumlah hari sebanyak mana bilangan kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU itu.
Bermakna keputusan akhirnya PAS menang 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN, maka Tuan Guru wajib (atas dirinya) berpuasa 106 hari kerana nazarnya dan demi mensyukuri nikmat yang Allah swt berikan kepada parti pimpinannya itu. Agaknya berapa orang diantara kita yang ada bernazar begitu?
Setelah mengelilingi destinasi yang dimaksudkan lebih dua jam, kami berangkat pulang. Saya masih boleh terbayang wajah ceria dan gembira para pegawai, kakitangan dan rakyat jelata yang sempat bersama Tuan Guru di MAHA 2008 semalam, demikianlah aura seorang ulamak yang tawadhuk, disegani dan disayangi semua.

7 comments:

Anonymous said...

TAKBIR!!!! kami sayang ULAMAK!!!

Anonymous said...

Yang paling bestnya dalam berita Bernama semalam melaporkan bahawa Menteri Besar Johor membuat lawatan Rasmi ke MAHA 2008 dan diiringi oleh Presiden PAS & Timb. Presiden...

Mungkin yang Bro Roslan boleh ulas sikit...

Anonymous said...

Bro Roslan,

TG hj hadi nazar posa 106 hari! waaaa...hebat!! lu x nazar ape2 ke bro masa nak pru12 tu? :)

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

alamak! semalam kul 2 memang ada kat sana! ter-miss la pulak nk jumpa Tuan Guru..

Anonymous said...

TGHA lawat MAHA.. rugi, kami sekeluarga pergi mlm isnin.. kalau tidak dpt jumpa. tak dpt jumpa TGHA dpt jumpa sorang pelakon drama tapi kami tidak peduli pun, kalau jumpa tn guru tentulah excited, tapi tak apa dah pernah tengok TGHA secara live beberapa th lepas.

Anonymous said...

Aku pun pernah menegur dan bersalam dengan TGHA masa kat Kuala Terenganu Airport masa awal thn 2000 kot lepas negeri tu jatuh dibwh PAS!

Memang ok dan sejuk aje lah...ni feeling dan persepsi aku..aku tak tahu orang lain. Sekarang nie aku berhajat nak jumpa TGNA plak., InsyaALLAH!

Ibnu Qalil said...

Salam a'laik,

Ala, miss lak. Ana baru nak ke MAHA hari ni. Walaupun dok kat Serdang tapi kesibukan menhalang ana untuk pergi sebelum ni. Insyaallah, petang nanti pergi. TOk Guru tak gi pulak ke petang ni? Huhu