Sunday, August 03, 2008

Mempertahankan pemimpin yang benar

Sebelum ini saya pernah mengulas berkenaan penulis ini. Betapa beliau kelihatan begitu padat dengan maklumat dan fakta berkenaan PAS seolah-olah beliau orang dalam parti. Sesungguhnya saya memang kagum dengan gaya tulisan dan ulasan Joceline Tan dari The Star, cuma kebelakangan ini saya lihat beliau begitu kaya dengan maklumat yang saya yakin ramai pimpinan dan aktivis PAS sendiri pun tidak tahu.

Apa agenda Joceline hanya beliau dan sumber yang menyuapnya dengan maklumat-maklumat itu sahaja yang tahu?

Saya katakan saya kagum dengan akses Joceline terhadap apa yang berlaku dalam kelambu PAS kerana Joceline dengan “confident” menulis:

At a central committee meeting three weeks ago, while Hadi began to defend the move to talk with Umno, he found that he could not speak and began coughing and gasping for breath. His aides quickly arranged for him to be ferried to hospital.

(Dalam satu mesyuarat JK PAS Pusat 3 minggu lepas, semasa Hadi sedang mempertahankan usaha untuk berbincang dengan Umno, beliau (tiba-tiba) dapati dirinya tidak boleh mengeluarkan suara dan mula batuk-batuk serta menghadapi kesukaran bernafas. Para pembantunya segera mengejarkannya ke hospital)

Masalah kesihatan pemimpin tertinggi PAS yang hanya diketahui oleh kalangan yang beramanah dan rapat dengan beliau sahaja, boleh sampai kepengetahuan Joceline untuk dijadi rencah tulisan!

Dan Joceline menulis bahawa Tuan Guru ketika itu sedang MEMPERTAHANKAN usaha berbincang dengan Umno, seolah menampakkan Tuan Guru lah yang beria-ia mahu berbincang dengan Umno, apa yang mencetuskan keperluan untuk berbincang, asas-asas, dalil dan nasnya tidak pula dibawa. Seolah sebagaimana yang dipopularkan oleh mereka yang prejudis terhadap Tuan Guru Presiden PAS, beliaulah yang “terhegeh-hegeh” mahu berbaik dengan Umno.

Dan yang paling sinis adalah apabila Joceline menyambung:

Some of those present saw it as a divine omen.

Bermakna ada yang hadir (dalam mesyuarat PAS Pusat itu) menganggap keuzuran Tuan Guru Presiden itu sebagai amaran atau petanda dari langit (“omen” mengikut kamus Inggeris – sign, warning, premonition)

Bermakna disamping penganalisa, dengan bantuan sumber yang menyumbatnya maklumat itu, Joceline telah menjadi pentafsir isyarat dari langit, dan boleh membaca bahawa Tuan Guru Presiden kita tiba-tiba keuzuran kerana menerima amaran dari langit!

Saya tidak bimbang langsung tentang bacaan politik dan analisa yang dibuat oleh Joceline berdasarkan sumber yang beliau perolehi dari kawan rapatnya, soal kononnya Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin dan Pesuruhjaya Terengganu Dato Mustapha Ali akan ditembak hidup-hidup dalam muktamar PAS di Ipoh nanti kerana mungkin demikianlah yang dikehendaki oleh kawan rapat Joceline. Atau apabila Joceline menyatakan yang para ulamak kanan PAS seperti Dato Dr Haron Din, Ustaz Daud Iraqi, Ustaz Harun Taib (yang Joceline gelar “ultra conservative’) bersungguh mempertahankan rundingan dengan Umno, kerana begitulah yang mahu kawan beliau gambarkan kepada umum. Tetapi yang saya tidak senang adalah apabila Joceline cuba membuat andaian (mungkin dengan bantuan kawan rapatnya) bahawa Tuan Guru Presiden PAS sudah tua dan uzur, beliau menulis:

Besides, the ageing PAS leader has not been in the best of health

Mengapa faktor umur dan kesihatan Presiden dimainkan sebagai isu? Mungkinkah beliau mahu (dengan membantu agenda kawannya) menyampaikan mesej bahawa Presiden PAS sudah terlalu tua dan selalu sakit-sakit, dan pula nak berbaik-baik dengan Umno, musuh nombor wahid PAS, maka layaklah beliau ditukar, begitu?

Ramai lagi dalam PAS yang lebih uzur dan berumur dari Presiden parti. Malah untuk berlaku adil, Presiden PAS sebaya dengan bakal PM Pakatan Rakyat yang tak pula pernah disebut sebagai “ageing”.

Segala persepsi saya berkenaan Joceline ini mungkin tidak benar, mungkin saya terlalu emosional mahu pertahankan Tuan Guru Presiden maklumlah saya Setiausaha Akhbarnya, terpulanglah. Tetapi sebagai seorang ahli parti yang berjuang dan aktif dalam parti secara konsisten (ketika ada pimpinan yang belum pun masuk PAS atau aktif dalam jamaah lain) saya ditarbiyah oleh jemaah untuk taat dan patuh pada beliau selagi mana beliau tidak memimpin membelakangkan syariah.

Alfadhil adinda Ustaz Nasruddin Tantawi dalam blognya dengan jelas menerangkan:

Menjadi kaedah asas dalam gerakan Islam atau mana jua organisasi bahawa pengikut mestilah mentaati arahan pemimpinnya. As Sam’ u wa taah ( dengar dan taat ) terhadap arahan dan kehendak pemimpin dalam perkara yang tidak mengundang kepada maksiat atau mungkar adalah suatu tuntutan bagi amal Islami .

Ketaatan kepada pemimpin dalam gerakan Islam bukan bererti kongkongan yang hanya melahirkan ahli yang patuh membabi buta atau membuta tuli . Tetapi untuk mewujudkan sebuah gerakan yang lancar dan berkesan dalam tindakan . ( sebab itu pemimpin mesti dilantik atau dipilih dikalangan yang terbaik sebab pemimpin mesti dipatuhi dan ditaati .)


Sungguh malang bagi sebuah organisasi yang mempunyai pemimpin dan pemimpinnya dipilih oleh ahlinya sendiri tetapi kemudiannya pemimpin itu tidak dipatuhi , tidak dipercayai malah dicaci maki oleh pengikutnya sendiri .
Benarlah apa yang pernah disebut oleh Saiyidina Omar al Khattab :

Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan

Apakah sudah bermula agenda untuk menyerang pimpinan dan melupuskan konsep Kepimpinan Ulamak yang sama-sama kita bantu dan bina itu? Mungkin tidak, mungkin segala maklumat Joceline ini beliau perolehi terus dari langit, berwaspadalah.

16 comments:

Anonymous said...

bro roslan,

bg pembaca yg bijak, pasti tidak mudah menerima tulisan oleh joseline ni...namapun joseline, org ape sebenarnye dia nih!hehe

wa dpt rasa, sejak akhir2 ni, kepimpinan PAS agak 'kalah' dlm menangkis isu2 yg di provokasikan ke atasnye. mengapa ini terjadi? adakah PAS kekurangan ruang utk berceramah ditempat2 umum?

padahal sudah 5 negeri PR tawan, mengapa kita x manfaatkan kesempatan yg ada utk memberi penerangan secukupnye kpd rakyat! adakah PAS lebih 'selesa' berjuang ketika sebalum ini (disekat dan macam2 lg oleh kjaan ketika itu)?

Aggresif lah lebih lg walaupun saluran media cetak n elektronik belum memihak kpd PAS, perhimpunan ceramah sudah cukup utk 'melegakan' hati penyokong n pendokong PAS keseluruhannya.

wa sdg tertunggu2, bila agaknye PAS selangor nak buat ceramah perdanaye n solat hajat kat std shah alam! Std dgn kos rm400juta itu belum pernah dilakukan solat bjemaah di atas padang yg baru ditanam rumput semasa zaman khir toyo yg memakan belanja rm1.6juta!(semahal ini pun kos masih lg dikritik oleh pengurus chelsea bahawa mutu padang amat teruk!)

sedangkan BN bleh berleluasa adakan ceramah di dewan2 pbt di negeri sgor ni, tak kan PAS masih lg nak buat ceramah hanya di markas2 n halaman rumah org kg je lg. Tu dah ketinggalan zaman beb!! reformasi la skett..sekurang2nye, buat la ceramah perdana di stadium2 sebulan atau 2bulan sekali di seluruh negeri kerajaan PR.

satu lg wa tertanye2, mana dia hasil siasatan yg mana PJ PAS sgor janji utk mengetuai sepasukan membongkar penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin BN yg lalu?? x kan x de progres langsung. kalo x sempat nak siasat(terlalu 'busy'), lantik la konsultan untuk menyiasat!!!rasanye ramai volunteer nak buat keja ni...hehe

apapun, kpd kepimpinan PAS teruskan perjuangan anda..selagi kepimpinan dilandasan yg benar, sokongan x akan surut bahkan akan bertambah...InsyaAllah...

TAKBIR!!

Anonymous said...

salam...Muqabalah.!

t/kaseh diatas keperihatinan saudara dalam hal ini.MEMANG...Unsur-unsur menafikan kepimpinan ulama' sudah ada dalam PAS sekarang.sudah nampak pertembungan telah berlaku di antara ulama' dan liberal(profesional).........doakan di jauhkan dari goongan ini yang hanya mempunyai kepentingan mendahlui segalanya.....perancangan jahat wajib di cegah

Anonymous said...

kena baca juga pesan saidina Abu Bakar supaya menegurnya jika beliau tidak memimpin dengan adil mengikut syariat Islam.

Anonymous said...

perkara ni dah jadi pada zaman sahabat, bila mana ramai orang yang profesinal masuk dalam pemerintahan islam, yang penting membesarkan empayar tapi pegisian dalam jiwa manusia tidak dititk beratkan sebab tu andalusia sekejap saja islamnya.

M.Z.Zainal said...

Salam Sdr Roslan SMS,

Pada fikiran ana,mereka yang di luar jemaah ditambah lagi dengan orang bukan Islam tidak seharusnya membina satu persepsi sinis hatta bercakap atau menulis seolah-olah mereka berada dalam kepimpinan jamaah.Kita berbaik sangka/berlapang dada dengan rencana beliau kerana Joceline pastinya menulis dengan agenda dan mungkin juga untuk melakukan akhbar mereka.

Siapalah si Joceline ini jika nak dibandingkan dengan mereka yang benar-benar berintima' dan wala' dengan kepimpinan Islam di bawah teraju Ustaz Hadi Awang.Selagimana pimpinan itu tegas dan fokus dalam menegakkan syariat Islam walaupun mungkin tersalah silap dari segi tingkah laku,kita sebagai penolong dan penggerak agama Allah yakin dengan kepimpinan di bawah lembayung para ulama' yang ada sekarang di samping tidak menolak langsung gelombang pemikiran baru daripada aktor-aktor golongan muda(profesional) seperti kami asalkan ianya berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Pemimpin bukannya maksum seperti para nabi dan pastinya ada dosa dan kesalahan yang terlepas pandang oleh mereka.Yang pasti tidak salah untuk menegur tetapi biarlah kritik yang dibuat berhikmah dan tidak menjatuhkan air muka pemimpin.

Sekiranya etika berjamaah ini tidak mampu dituruti, lupakan sahaja harapan membina sebuah Daulah Islamiyah di bumi Malaysia.

PAstinya semua masih mengingati pesanan Imam Hassan Al-Hudaibi,Tegakkanlah negara Islam di dalam hati kamu, nescaya ia akan subur di atas bumi kamu.

Wassalam

Snowflake said...

Assallamualaikum
Sdr. Roslan
Saya pun ada mengikuti "cerpen" Joiceline ini, tetapi tidak sedikit pun "affected" dengan penulisannya tentang TGNA yang saya sayangi seperti seorang ayahanda walaupun tidak pernah berkenalan dengan beliau. Cukup sahaja mengenali beliau menerusi rakan taulan dan rata rata membaca mengenai beliau.
Seseorang itu mungkin sudah agak berusia tetapi dengan izin Allah s.w.t. cara pemikirannya jauh lebih baik daripada golongan orang orang muda yang konon nya "professional" walhal tidak dianugerah Allah s.w.t satu daya pemikiran yang bijaksana. Saya tetap menyatakan bahawa TGNA masih dan akan tetap relevan dan semoga Allah s.w.t akan senantiasa memberi kekuatan pada beliau.
Diharapkan semua rakan rakan PAS tidak perlu tergugat dengan penulisan si Joiceline itu yang saya ibaratkan "syiok sendiri" Wassallam

Anonymous said...

Salam'alaykum.

Sejuk dan dingin hati melihat kejernihan wajah ulama. Agak-agak golongan yang mahu sisihkan ulama bertaqwa ni 'tak perasan'- mereka sedang mengusir ketenangan di hati ummah.

Anonymous said...

Saya pasti kepimpinan PAS sedar tentang kepentingan ilmu yg di tekan oleh Allah. Tapi saya tak pasti sama ada kepimpinan PAS sedar atau tidak di akhir zaman ini ilmu atau maklumat itu adalah Kuasa yg perlu dijaga, setengahnya perlu dipertahankan jgn bocor. Ini perkara asas. Ini perlu ditangani oleh PAS, jika tidak PAS tidak kemana, kata org asyik laksana "fire fighting" shj. Klu hendak pencapaian PAS sampai ke peringkat nasional dan global, perkara asas inilah yg perlu diselesaikan dulu. Wasalam.

Anonymous said...

salam. sapa agaknya 'kawan' si joceline ni. pimpinan pas perlu lebih berhati-hati sekarang kerana ada dikalangan mereka yang tidak senang dengan TG presiden. saya cadangkan kepada saudara roslan untuk dicadangkan kepada JK pusat untuk buat bacaan yasin dan solat hajat minta ditunjukkan siapa 'kawan' si joceline. biar muntah darah ka, tercirit sepanjang hayat ka, ataupun ???? terus. Mungkin saya terlalu emosi, tapi saya rasa tidak keterlaluan kalau kita meminta 'petunjuk' dari langit dalam keadaan ini supaya dibersihkan segala 'cacing-cacing' yang cuba untuk memusnahkan kepimpinan ulama yang telah lama dibina.

Anonymous said...

Salam untuk Semua.

Memang ada usaha begitu dari kalangan yang dah rasa terror dan berminat besar dengan visi dan misi diri sendiri.

Itulah sebabnya ada usaha nak bersarakan TGNA sebagai Mursyidul Am digantikan dengan TGHH. Mudah-mudahan Presiden orang yang muda, lagi handsome, 'bijak', stail, . Ust Nasaruddin juga akan dibeikan kad merah.

Usaha checkmate 2 langkah sedang giat di atur. Antara kaedah menggunakan media tulis, maya, blog dan media pihak ke3. Kalau tidak masakan perjalanan dalam bilik mesyuarat boleh bocor, macam siling bocong pulak bunyinya.

Orang-orang ini, saya rasa MSO tau sangat, tambah-tambah lagi Sheih Azidi.

TEMPURONG JANTAN.

Anonymous said...

Salam.

Sudahkah sdr tulis surat kpd Pengarang supaya dia membetulkan fakta dan meletakkan penjelasan dan fakta sebenar di dalam akhbar yang mengaku The People's Paper itu?

Kalau tak, mrk akan meneruskan lg agenda keji mrk dgn menggunakan saluran itu.

Kalau depa tak terbitkan pun, sdr masih boleh letakkannya dlm Harakah atau dekat website mana2.

Kami juga ingin mentraik perhatian sdr dan pembaca mengenai pendirian 4 pemimpin China berlainan parti spt laporan The Malaysian Insider hari ini.

Tengok org China. Parti lain2 tetapi bila berdepan dengan isu Penyatuan Melayu mrk sama-sama menekan. (Luarannya lain tetapi di dalam apabila mrk menekan org lain, bermakna mrk pun 2x5, bukannya falsafah parti sgt, tetapi menjaga kepentingan bangsa mrk.

Org Melayu/ Islam amacam (lama pulak tak dengar Ustaz Ismail Kamus - sebutan amacam tu sekali dgn body language kena ikut sebutan beliau)???

Tk.

Anonymous said...

adalah menjadi lumrah bagi golongan nasrani tidak akan senang dengan kebangkitan Islam yang dilihat oleh ramai yang bukan Islam sebagai pilihan terbaik kepada isu sosial dan penindasan di negara ini. Sebagai pejuang Islam teruskan usaha dakwah dalam gerakan Islam dan berwaspada kepada golongan yang bersifat munafik.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) said...

Memang bahaya jika hantu dalam JK PAS Pusat. Bila dah Menang ramai nak rebut jawatan. Saya pelik dengan JK PAS Pusat yang buat statemen terbuka dalam blog.... nape tak bincang dalam mesyuarat jeee... moga Allah tapis golongan yang tak ikhlas dari PAS...

Anonymous said...

DAP dan UMNO 2X5 Saja, Tapi PAS pilih DAP, kenapa?

Mungkin kerana dalam DAP sudah ada "Umar A Aziz" kononnya?

Anonymous said...

Pemimpin juga harus amanah apabila mereka diberi amanah

Anonymous said...

Salam...

Sebut pasal pembaca bijak...adakan anda yakin semua pembaca bijak..kalau pun 50% pembaca yang tak bijak..maka si penulis berjaya menyakinkan lebih separuh pembaca..cukup memadai kepada beliau..Si Joceline ni dah tentu kafir dan memang orang kafir tak suka islam tambah pulak ade sakit hati dengan PAS lagi ler buruk perangai dia...Tapi camana pulak ade orang PAS yang sukan kawan dengan dia ini kira tikam belakang nih...Mungkin Orang Pas ini kawan dengan orang Umno tapi orang UMno ni yang cirita kat si Joceline kot...Wassaalammmm