Memang saya memiliki "grand design"
Sekali lagi saya dihimpit dengan pelbagai tekanan yang jika tidak kerana keyakinan diri pasti akan meleburkan daya dan semangat saya untuk terus menyumbang di sini. Memang senang dan terhibur kita kiranya menerima komen dan pandangan yang positif dan kontruktif dari kawan-kawan, tetapi apabila yang diterima adalah cemuhan, tuduhan dan pelbagai yang buruk-buruk, kadangkala terdetik juga perasaan cemas dan bimbang.
Kritikan dan pandangan alternatif memang diraikan, tetapi serangan dan dusta, adalah sesuatu yang dikesali. Teringat saya lirik lagu, Ramli Sarip (lagu “Bukan kerana nama”):
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Saya menghidupkan blog ini bukan untuk pangkat dan jawatan, bukan juga untuk menjadi YB, Menteri atau EXCO, tetapi saya menulis kerana sifat kasih, mengharapkan kasih dari yang lebih besar dari segala insan dan isi bumi, langit dan cakrawala, yakni kasih pada Nya, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. (Malah untuk rekod blog ini dimulakan beberapa minggu setelah PAS kalah teruk dalam PRU 2004, bukan sehari dua ini)
Ada orang mungkin tidak senang dengan tulisan saya, dan ada juga yang memang tidur dan jaga dengan teori konspirasi menganggap saya menulis kerana agenda “grand design” tertentu, berkolabrasi dengan penulis-penulis tertentu, untuk maksud tertentu, ahhh hebatnya saya.
Memang sebenarnya saya ada “grand design” dan itu tidak boleh saya nafikan. "Grand design" saya itu adalah untuk memartabatkan kebenaran, menobatkan Islam, memuliakan mereka yang takut pada Allah (yakni para ulamak). Saya akan pertahankan “grand design” ini hingga ke titisan darah terakhir (ini mengingatkan saya pada ungkapan seorang pemimpin Pemuda PAS yang mahu mencuci PAS dengan darah Pemuda katanya!).
Kepada kawan-kawan yang ikhlas ayuh bersama-sama kita menyumbang ke arah “grand design” ini. Jangan takut dan bimbang, kecuali bagi mereka yang memiliki “grand design” nya yang lain, entahlah. Kata Ramli Sarip lagi:
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
11 comments:
Bro Roslan,
Lu jgn risau, teruskan perjuangan murni lu ni sehingga 'grand design' tu tercapai..Wa pun kenal lu dari sblm lu buat blog ni lg..
Setiap usaha murni pasti ada dugaannye. Setiap kebenaran yg ingin ditegakkan pasti ade pihak yg cuba menentangnye.
Usaha adalah dari diri kita sendiri tetapi kejayaan adalah hak mutlak ALLAH swt. So, tugas kita adalah berusaha menjaga dan memelihara serta memperkasakan islam di muka bumi ini. Tidak perlu fikir ianya berjaya atau tidak sbb itu bukan tugas kita menentukannya.
maju bersama islam
TAKBIR!!
..manshahirfriends..
p/s aritu lu nyanyi lagu jalur gemilang, arini lu nyanyi lagu ramli sarip lak. Lu ni mmg menyanyi la bro. Apa kata lu jd penyanyi! Bleh wa jd lu nye manager... hehehe
salam saudara roslan.
bersabar lah, sesungguhnya semua itu cabaran didalam menegakkan kebenaran. Berhikmah lah, dan Allah pasti akan membalas kepada hamba2 NYA yg bersabar.
A support from gombak
abang roslan punya istiqamah jadi kekaguman ramai anak muda.. tak payah layan diorang.. pandir jalanan saja..
salam saudara, apa jua yang sedang kita lakukan dan hendak kita lakukan pasti akan ada suara-suara yang menyokong dan membangkang. Itulah lumrah kehidupan. Jika saudara yakin apa yang saudara lakukan itu adalah benar dan ianya bersandarkan rujukan yang sohih maka teruskan kerna yang benar itu pahit tetapi hasilnya adalah kemanisan. Kasih kepada ummat ini adalah sifat rasul dan kasih sesama saudara seiman adalah sifat para sahabat. Anggaplah bantahan itu adalah kerna sifat kasih yang ada pada diri si pembantah tersebut. Bersangka baiklah demi kebaikan diri kita sendiri dimana diri kita suatu hari nanti pasti akan berjumpa dengan pencipta yang telah mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian. Cuma nasihat saya ada perkara yang wajib kita bincangkan secara umum dan ada perkara kita tidak boleh bincangkan secara umum. terlalu tinggi ilmu Allah dan yang ada pada kita hanyalah sedikit saja. wallahua'alam.
zam
sdr,
saya pun dapat memahami perasaan saudara,saya tak dak komen.satu saja iaitu sudah lumrah /sunnatullah semakin besar kebenaran yang dibawa maka semakin hebat halangan dan cabarannya.Bukankah para rasul terdahulu menerima halangan yang paling payah sekali.apa nak dihairankan.ubatnya adalah satu iaitu :ISTIQAMAH.Kebenaran akan tetap menang atas kebatilan
sekian.
demi alquran dan sunah, ayuh teruskan perjalanan.
Salam a'laik,
Ana pengunjung setia blog kakanda Roslan. Tapi hari ni, ana rasa ana nak bagi komen. Hari2 sebelm ni just baca entri, tak sempat nk komen.
Teruskan perjuangan kakanda Roslan. Ana yakin dgn kakanda. Kakanda telah melaksanakan tanggungjawab dgn baik esp sbg SU akhbar TGHH. Bersamalah kita pertahankan kepimpinan Ulama'. Dan kita lemahkan kepimpinan yg ingin merosakkan jemaah Islam Pas.
Kakanda tentu makin rapat dengan Dr Samsuri kan? Ana kenal Dr Samsuri dan dia pun kenal ana. Cakap je Zul BCS atau Zul Ilmuan mesti dia kenal.
Teruskan berjuang untuk Islam wahai kakanda. Jangan takut kpd celaan orang yg mencela. Hayatilah surah al-Maidah ayat 54. Semoga Allah menetapkan hati kita dan memilih kita mati dalam perjuangan. Allahu Akbar!!!
teringat nasyid sunnah orang berjuang dan puisi syed qutb...
usah gundah gulana,takut,cemas,murung,gelisah,tidak tentu hala,runsing,tidak ketahuan dan sebagainya....
tapi hadapilah dengan hati yang tenang cekal tabah berani kerana ALLAH dan RASUL SAW oleh kerana medan ini tidak pernah sunyisepi dengan mehnah2 dan ancaman mara bahaya bahkan akhirnya ganjarannya lebih dari dunia dan isinya...nah ayuh perkemaskan hati dan tekad cekal dalam ranjau berduri ini...
ALLAH MAHA BERKUASA DAN GEDEBE SAMSENG LAGI DARI MUSUHNYA
Saudara Roslan,
Saudara sabar dan tabah menghadapi cabaran. Apa yang mungkin sebenarnya berlaku adalah tapisan Allah terhadap orang2 yang tidak layak berada dalam jemaah Islam. Masa inilah org2 yang tidak ikhlas dalam perjuangan Allah tunjukkan pada kita...
Kalau dah sampai tahap fitnah, berdusta mengenai orang lain, mengadu domba, berlebih2an dalam sesuatu perkara sehingga membawa prgaduhan....ini kan sifat2 orang munafik...saudara positif dalam hal ini, maknaya saudara sekarang dah boleh kenal mana kawan mana lawan, dan mana kawan dunia akhirat....tak semestinya dia ahli PAS dia tak munafik...
Biarlah mereka dengan pelbagai hipotesis mereka...Allah akan tanya mereka balik tentang apa yang mereka katakan...
Yakin Allah bersama2 kita..
salam
bro roslan, saya berminat dgn entri2 yg ditulis menampakkan gaya penulisan kontemporari Islam. Org Islam diseru bersiasah dan melengkapkan diri dgn iman yg sejati dan akal sihat, bg melawan serangan musuh. jgnlah berputus asa atau melarikan diri saat2 gendang perang Islam-Kafir berpalu.
There was a mistake
Post a Comment