Saturday, August 30, 2008

Lavigne berjaya juga menghiburkan peminatnya

Menurut akhbar The Star hari ini:

Fuss over Avril proves unfounded

iaitu menggambarkan yang konsert "The Best Damn Tour" ratu rock punk dari Kanada Avril Lavigne yang berlangsung di Stadiuk Meredeka semalam, sebenarnya OK dan tidak sebagaimana yang mahu digambarkan oleh beberapa NGO dan gerakan Islam termasuklah Pemuda PAS.

Lavigne dilaporkan membuat persembahan menyanyikan 17 buah lagu dihadapan kira-kira 15,000 penonton. Antara penonton dan barangkali peminta setia Lavigne yang turut hadir adalah ahli parlimen Kelana Jaya Loh Gwo Burne. Mungkin Loh juga bersetuju dengan pihak-pihak berkenaan bahawa semuanya OK dan tak perlu kecoh-kecoh.

Apa pun Pemuda PAS dilaporkan berada di luar stadium mengedarkan hampir 2,000 risalah yang menerangkan darihal kosep hiburan menurut Islam kepada penonton-penonton Islam yang jhadir di konsert tersebut.

Saya mengucapkan syabas kepada Dewan Pemuda PAS yang telah bertindak menurut batas peraturan bagi memprotes konsert ratu maksiat ini. Tahniah kepada Ketua Pemuda Wilayah Kamarulzaman Mohamad dan adinda-adinda lain yang konsisten dalam menegakkan yang hak walaupun dibenci oleh puak-puak tertentu. Yang pentihgnya mesej kita telah sampai.

5 comments:

Anonymous said...

Bro Roslan,

Ok ke konsert tu...waaaa rugi la x pegi...kahkahkah

Ni la pendapat manusia yg hanya menulis dengan guna kepala otak nye yg sempit itu! Bangang mcm kjaan BN gak....haha

Apapun tahniah kepada pemuda PAS yg terus komited membantah segala bentuk hiburan yg melampau ini.

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

loh gwo burne...apa dia tau...
hingusan...sejarah malaysia pun mungkin dia tak reti....

gunakanlah kuasa undi dengan o-tak, bukannya dengan kapla lutut

luaskanmata said...

Amww:

Ini adalah antara cabaran-cabaran yang baru bermula bagi pendokong Islam dalam era perubahan terkini. Ianya akan terus berlaku dari semasa ke semasa.

Segalanya ini menuntut kepada kemantapan ilmu di kalangan para pejuang. Dengan ilmu kita akan mampu berhujah dengan nas dan dalil yang boleh diterima oleh semua. Ianya bukanlah suatu perkara yang enteng.

Masyarakat tentunya inginkan suatu alternatif terhadap apa jua bantahan dan halangan yang dibuat. Fitrah manusia yang sukakan hiburan dan keindahan perlu ditangani dengan sebaik-baiknya.

Suatu yang baik itu jika dilaksanakan secara mendadak pastinya menghasilkan kemudaratan. Tiada pilihan bagi kita melainkan melakukan sesuatu setelah disusuli perancangan yang halus dan mantap.

Salam jihad.

Anonymous said...

tahniah buat pemuda pas kl krn istiqamah menentang maksiat melalui jln dakwah. Kita tak patut pandang hina org ISLAM yg g konsert tu sebaliknya kita patut kesian krn mrk masih tak faham ttg adab hiburan dlm ISLAM.

jd tindakkan pemuda PAS Kl mengedarkan risalah itu btul. aaku mmg respek gn pemuda KL. dulu masa sambutan tahun baru, mrk buat operasi cegah maksiat.

mana2 pasangan belum kahwin yg berdua2 tu mrk bg nasihat dan dakwah. bagus2. teruskan usaha murni tu.

Anonymous said...

beri alternatif-lah juga.
banyak lagi isu2 lain selain konsert.