Kronisma dan Islam?
Menurut dictionary.com kronisma merujuk kepada amalan kecenderungan seorang yang memiliki kuasa untuk memilih kawan-kawan terdekatnya bagi mengisi atau menggantikan jawatan-jawatan tertentu tanpa mementingkan kelayakan atau pengalaman. Lalu menurut wikipedia kronisma ini bertentangan dengan amalan meritokrasi.
Mungkin kalau kita mengambil kronisma secara longgar, sekadar melantik kawan-kawan atau mereka yang terdekat dengan kita ke jawatan tertentu yang kita punya kuasa melantiknya, ia mungkin tampak telus dan tidaklah luarbiasa, tambahan jika perlantikan itu bertepatan pula dengan kelayakan dan pengalaman orang yang kita lantik itu.
Tetapi kronisma yang asalnya adalah suatu amalan yang boleh diterima ternyata kemudiannya dianggap sebagai suatu yang kotor apabila ianya melibatkan pilih-kasih dan melangakaui orang lain yang lebih layak dan berpengalaman.
Menurut sejarah istilah ini mula menjadi suatu yang buruk dari segi politik pada tahun 50an dizaman Presiden Truman sebagai ketua negara di Amerika Syarikat. Truman mengamalkan sikap melantik kenalan dan mereka yang terdekat dengannya ke jawatan kerajaan tanpa mengambil kira kelayakan atau pengalaman seseorang itu. Lalu istilah kronisma sejak itu menjadi suatu amalan politik yang keji dan kotor.
Di Indonesia, Suharto berjaya dijatuhkan hasil dari slogan KKN iaitu Kronisma, Korupsi dan Nepotisma.
Lantas adakah Islam membenarkan kronisma?
13 comments:
hi hi ini mesti intro bro roslan nak ulas menantu tok guru jadi CEO di penamabenda di kelantan nun. saya rasa serabut jugak tok guru nak menjawabnya. Seelok-eloknya orang muda @ orang bawah janganlah buat sampai orang tua macam tok guru jadi serabut atau boleh jadi mangsa sasaran musuh. Itu budaya kerja kurang cerdik namanya, @ dgn kata lain, sokong membawa rebah.
Bro. Roslan,
Lama tak jumpa. Apa khabar? Kronisma dan Nepotisma bukannya 100% salah. Nak salah macamana sebab kita dah mengamalkannya sejak dulu lagi. Dah jadi darah daging kita. Nak buang kena hiris daging tu, tentulah lah sakit. Tambah-tambah lagi disimbah dengan air limau nipis selepas dihiris. Kalau daging ikan, sudah tentu boleh dimakan semula daging itu.
Bagi saya, apa pun nama yang diberi. Niat dan amalan kita mesti betul. Semua perkara tu bermula dengan hati yang tulus dan lurus. Naka menjana kecemerlangan mestilah dilakukan oleh orang yang cemerlang. Tengok saja dalam kehidupan seharian kita dari pemilihan ahli parlimen sehinggalah kenaikan pangkat di dalam perkhidmatan kerajaan. Adakah kita pilih orang yang cemerlang untuk menjawat jawatan tersebut? Yang kita nampak hari ini ialah siapa yang kuat mengampu akan diberi jawatan. Sesiapa saja yang lurus, telus dan jujur, tiada tempat dalam kenaikan pangkat. Jadi macam mana kita boleh jadi cemerlang sedangkan kita dipimpin oleh orang yang tidak cemerlang dan tidak terbilang atau banyak membilang (cakap PM). Lupakan saja tajuk ini kalau kita sendiri tak dapat membuat perubahan terutamanya diri kita dulu.
Orang sekarang buat kerja bukan kerana Allah swt tetapi untuk memuaskan hati dan menyenangkan pandang ketuanya.
Nepotisma dan Kronisma yang positif harus diamalkan...... Pilihlah kawan kita yang cukup berwibawa dan berkemampuan untuk menjana kecemerlangan. Bukan macam sekarang, kau letaklah siapa saja di jawatan tentu dia disanjung walaupun dia tu 'mangkuk ayun'.
bro roslan,
Kronisma? Nepotisma? kedua2 ni mmg budaya umno n BN yg akhirnye berkembang suburlah korup di negara malaysia ni!
Kronisma n nepotisma x akan dipertikaikan sekiranya mereka itu mmg benar2 berkelayakkan dan memenuhi standard yg ditetapkan. Keadilan akan terbentuk di situ tanpa syak wasangka pelbagai pihak.
Apabila yg 'tidak layak' dilantik dari kedua2 golongan ini, maka 'virus maut' pentadbiran akan merebak yg akan merosak dan merencatkan agenda pembangunan nasional yg bersih.
Maka bercambahlah salah guna kuasa dan korup di agensi2 pentadbiran kerajaan. Bagaimana nak banteras? Adakah sesiapa berani tampil menjadi saksi penyelewengan ini?
Tahniah kpd pihak yg berani tampil menjadi saksi ke atas pentadbiran Jabatan Imegresen terbaru ini! Jabatan lain bagaimana? Para saksi, tampil la kehadapan...bongkar segala kebobrokan yg berlaku demi agama, bangsa dan negara..
Tepuk dada tanya iman
TAKBIR!!
..manshahirfriends..
Salam,
Bunyi semacam jer tulisan saudara kali ini. Macam nak menyindir jer....
Skuad Peninjau
Tok guru tak salah, kalau member tu benar benar layak. Cuma org yg kita complain kroni kroni kroni dulu pun ramai yg layak.
Tok guru tak salah, cuma tindakan itu membawa fitnah. Bila org buat kita komplain, bila kita buat kita quote seerah sahabat.
mungkin tok guru pun dah terpalit dgn kemenangan besar kelantan. hingga terpalit sikap complacent dan kurang berhati hati.
Macam lah org kelantan lack of skilled and qualified persons nak pegang jawatan tu ...
penyakit penyakit penyakit ...
Masalah kroni ni bukan masalah baru, siapa saja yang dilantik ke jawatan tertentu hendaklah mempunyai kelayakan yang munasabah jadi tidak timbul masalah kroni. Pemantauan juga hendaklah dibuat dari masa kesemasa supaya tidak terpesong dari apa yang diamanahkan.....
Semoga apa yang kita lakukan diberkati Allah hendaknya.
Diharapkan agar kepada semua yang diberikan amanah dapat menunaikannya dengan ikhlas....
Sekadar memetik kata-kata adinda Nik Abduh dalam postingnya hidangkanku secangkir kopi panas: Apa, kamu ingat menyayangi tok guru adalah dengan membenci tok guru yang lain,
Nak pesan kat abg lan, jgn sampai joceline tan putar belit posting abg lan dengan artikel terbarunya yg mungkin memakai tajuk: Clash between TGHH and TNNA reveal..
Saya setakat ini bersetuju dgn hampir semua posting abg lan dan bagi saya abg lan adalah antara blogger islam yang tegas dalam menyatakan hukum, juga tegas dlm mempertahankan pimpinan PAS dilanyak oleh karpal singh, tapi mcm yg saya cakapkan tadi, takut joceline tan dan kerabatnya ambil kesempatan
Terima kasih kerana memberi ingatan... itulah indahnya politik islam.. tidak ada sesiapa yang lepas dari pemerhatian Allah
Kronisme Rasulullah di Ghadir Kum?
saya suka nk paste satu comments dr blog empunya menghebohkan cerita ini.. there are positive kronisma..
---------------------
Blogger Dr. Z menulis said...
Abang Haji
Kita kena tengok beberapa faktor. Yang pertamanya Ir Arif Fahmi cuma masuk sebagai Jurutera biasa dari Air Kelantan ke PMBK. Beliau menguruskan Bandar Baru Tunjung dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Hartanah. Kemudian beliau dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Operasi (COO). Setelah Fadhilat letak jawatan dari CEO PMBK, jawatan Arif Fahmi adalah paling senior iaitu Pegawai Operasi. Jawatan CEO masih kosong. Kalau Abang Haji nak, boleh cuba mohon. Saya dengan Arif Fahmi tak mohon pun jawatan CEO tersebut. Dia cuma berpuas hati dengan COO.
Yang keduanya Ahang Haji dari sudut kelayakan. Beliau adalah Jurutera Bertauliah(Ir.). Beliau juga ada MBA. Sedang dalam proses DBA. Cuba Abang Haji sebut sikit orang melayu yang ada Ir dan MBA yang nak kerja dengan gaji murah di Kelantan.
----------------------
saya adalah engineer dan sy rs saya tahu harga Ir, apetah lg jika disertakan MBA..
Kronisme ini mmg ada dlm kehidupan kita..yg menjadi mslaah apebila kronisme itu pd yg xsepatutnya, iaitu pd org yg xselayaknya.. bg sy dlm kes ini, lbih kpd ingin membantu.. drpd bekerja dgn org lain,baik menyumbang sesuatu utk negeri.. dan beliau adelah selayaknya..
betulkan jika salah..
wassalam
p/s:DSAI lg byk kronisme nya..ank isteri mnjdi MP..Karpal Singh lg laa..mesti depa jwab ank isteri depa tu layakkan.. well, world is all around:)
salam
bro roslan, cuba paksa TGNA tlg keluarkan menantu dia mcm mana DSAI baru2 ni terpaksa ikut keputusan adik dia yg quit 1 post baru2 ni. Agak2 boleh tak?
salam
bro roslan, cuba paksa TGNA tlg keluarkan menantu dia mcm mana DSAI baru2 ni terpaksa ikut keputusan adik dia yg quit 1 post baru2 ni. Agak2 boleh tak?
Post a Comment