Kedah Membangun Bersama Islam!
Ketika saya membaca berita dari sebuah akhbar tempatan Khamis lalu berkenaan keputusan kerajaan negeri Kedah untuk memperkenalkan peraturan baru berhubung imej wanita bertudung di papan-papan tanda iklan, seorang wartawan tempatan seolah tidak berpuas hati, patutunya beri tumpuan pada pencegahan rasuah katanya. Beliau mungkin menganggap peraturan menutup aurat itu kecil, itu masalah beliau (dan mereka yang sehaluan dengannya).
Menurut EXCO yang berkenaan, Dato' Hj Taulan Rasul, Kedah akan mengikuti peraturan yang sama yang diguna pakai di Kelantan. Ini bermakna sebaik diluluskan, semua papan-papan tanda di negeri Kedah yang menggunakan model wanita diwajib memastikan yang gambar model tadi hendaklah bertudung yakni menutup aurat.
Ya, bagi mereka yang liberal, fleksible, moderat atau apa sahaja, mungkin langkah ini sesuatu yang remeh-temeh. Tetapi bagi mereka yang megamalkan Islam, ianya sesuatu yang penting yang perlu dilaksanakan apabila kuasa diberikan oleh Allah swt.
PAS berjuang untuk mendapatkan kuasa, melalui kuasa tadi memungkinkan ia melaksanakan dasar dan matlamat perjuangannya. Memang membenteras rasuah dan kezaliman juga sebahagian dari tuntutan Islam, ia tidak pernah dikesampingkan, namun dalam waktu yang sama pembentukan akhlak dan sakhsiyah rakyat turut menjadi tanggungjawabnya.
Perkara yang mudah dan ringan dan boleh didahulukan, wajarlah di dahulukan, tidak bermakna berlewa tentang yang besar dan berat-berat yang turut sama perlu dilaksanakan. Semuanya akan dilaksana berperingkat-peringkat tanpa alasan, kerana PAS berjuang kerana dan untuk Islam.
Itulah politik PAS sejak ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu, dan sesiapa yang mahu berkawan dan berpakat dengan PAS perlulah memahami dan akur akan hal itu, terang-terang. Kalau Karpal boleh menyambut baik kenyataan Presiden PAS berhubung tiadanya kerajaan campuran dengan Umno, maka ia juga perlu bersedia menyambut baik, Islam yang mahu PAS laksanakan setelah memperolehi kuasa.
8 comments:
Tentu tidak ada salahnya jika kerajaan Kedah mencontohi apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Kelantan.
Akan tetapi, tentu juga tidak ada salahnya, malah mungkin lebih baik lagi, jika kerajaan Kedah bersikap lebih kreatif dan inovatif.
Mungkin di Kedah, misalnya masalah rasuah lebih serius daripada di Kelantan dan memerlukan tindakan yang lebih tegas dan lebih segera.
Oleh itu, dari segi keutamaan, mungkin baik sekali jika kerajaan Kedah dapat mengambil tindakan untuk membanteras rasuah atau melaksanakan projek pembangunan yang lain dalam masa terdekat.
Sehubungan itu, wajarlah dianggap apa yang dilakukan oleh kerajaan Kedah sebagai mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan itu sebagai permulaan sahaja.
Kerajaan Kedah patut juga melangkah dengan lebih tegas dan lebih segera untuk melaksanakan pelbagai program pembangunannya sendiri yang merupakan keutamaan bagi negeri itu.
bro roslan
antara baiah terawal yg di lakukan oleh Saidina Umar semasa pemerintahan Khulafah Arrasyidin ialah "taatilah aku selagi mana aku taat dan menurut perintah Allah SWT"
sebagai pejuang islam, selagi mana pemimpin kita memerintah berlandaskan syariat, kita wajib taat dan menyokongnye. Kjaan negeri kedah membuat keputusan yg bijak walaupun sesetengah pihak berpendapat itu adalah persoalan remeh(bg mereka yg tidak faham islam).
Kepada Kjaan Kedah, teruskan perjuangan anda. Suburkan, kayakan dan perkasakan terus kesucian Islam dalam pentadbiran negeri agar dapat di contohi oleh semua pihak.
TAKBIR!!
..manshahirfriends..
Sebenarnya, apabila kita dengan sedar menerima Islam dan mengucapkan syahadah, kita sudahpun memutuskan akan menerima apa sahaja bersabit dengannya. Peraturan imej wanita dalam billboard, malah imej wanita sendiri secara keseluruhan dalam sebuah negara di mana agama Islam diperuntukkan dalam Perlembagaan sebagai agama rasmi juga haruslah menepati hukum-hukum Islam yang relevan. Sekiranya ini tidak dipatuhi, atau kita tidak bersetuju atas apa juga alasannya, maka maknanya penerimaan Islam kita hanyalah separuh hati dan bagi pihak berkuasa pula, ia bererti peruntukan dalam Perlembagaan mengenai Islam tidak lebih sekadar untuk dibaca dan bukan untuk dihayati maksud sebenarnya.
Assallamualaikum
Harapan saya, bukan saya negeri Kedah dan Kelantan membangun bersama Islam, tetapi semua negeri negeri di dalam negara kita ini, lebih senang saya katakan, Malaysia membangun bersama Islam.
But off course this will become a reality only when PAS govern the country.
Wassallam
saya sebagai rakyat negeri kedah, ingin mengesyorkan kepada kerajaan pas yang telahpun memerintah negeri kedah,supaya mengambil tindakan dalam merealisasikan agenda dan janji pilihanraya tempohari dengan segera. Janganlah bila hampir dengan pilihan raya barulah nak laksanakan janji manifesto.Sekarang ni rakyat negeri kedah dok tertanya-tanya apa tindakan yang telah dilakukan,tak nampak apa-apa pun..
Tahniah kepada kerajaan negeri KEDAH kerana hendak melaksanaakan peraturan bilboard menutup aurat. Saya berharap undang undang dapat diwartakan secepat mungkin....bagaimana dengan Selangor dan Perak ????? tak boleh buat ka???
Kedah Darul Aman akan senantiasa aman di bawah pemerintahan kerajaan ISLAM.. Insyaallah!!!
just wanna ask...macam mana dengan model bukan Islam....
im sure model bukan islam tak mahu menutup aurat...i would suggest at least you allow that but enforce some decent attire...
kalau semua model islam jer boleh guna...takder kerja nanti model bukan islam...it sounds unfair isnt it?
Post a Comment