Saturday, August 23, 2008

Harapan dari Bajet 2009

Bajet 2009 yang akan dibentangkan di Parlimen minggu hadapan sangat ditunggu-tunggu rakyat. Ianya menjadi perhatian dan tumpuan semua lantaran kos hidup rakyat yang begitu mencengkam kehidupan kebelakangan ini sejak kenaikan harga runcit petrol pada bulan Jun lalu. Rakyat mengeluh ekoran kenaikan hraga barangan dan perkhidmatan sedangkan upah dan gaji kalaupun naik digerhanai oleh kenaikan kos hidup lipat kali ganda ini.

Apa yang anda harapkan dari Bajet ini?

Saya mengharapkan kakitangan kerajaan yang hampir 1 juta bilangannya itu akan diberi bonus yang mereka tunggu-tunggu sekian lama. Pastikan bonus ini jika ada dibayar setimpalnya khasnya kepada mereka digolongan pertengahan dan rendah, yang tinggi-tinggi dan kanan-kanan tu memadailah dengan yang patut-patut sahaja. Selain itu jangan lupa kepada kawan-kawan kita yang berjuta-juta bilangannya disektor swasta. Tuntutan MTUC agar kakitangan swasta dibayar gaji minima RM900 dan elaun kos sara hidup (COLA) minima RM300 sebulan itu perlu diberi perhatian.

Apabila nasib mereka ini dibela maka pasti produktiviti akan meningkat. Produktiviti yang meningkat akan mempertingkatkan kemajuan dan pembangunan kita semua.
Juga jangan pula lupa golongan pesara dan warga emas. Bagi golongan pesara kerajaan ini, berpatutan sangatlah jika kadar pencen mereka disemak semula. Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi bukankah kita mahu menjadi masyarakat penyayang, bayangkan penghidupan buruh, kerani dan konstabel pencen. Bagaimanakah mereka meredah hidup dengan suasa kos hidup hari ini?

Pembelaan terhadap warga emas perlu dipertingkatkan. Mereka ini memerlukan kos rawatan kesihatan yang percuma bagi semua bentuk rawatan teruatama yang miskin dan tiada sumber pendapatan tetap. Fikirkan juga tambang dan perkhidmatan percuma buat mereka ini disamping kemudahan asas, biar hidup mereka terbela sehingga ke akhir hayat.

Dalam pada itu pendidikan percuma perlu diperluaskan lagi bukan sekadar diperingkat rendah dan menengah. Jumlah biasiswa yang diberikan perlu ditambah dan kos pendidikan peringkat IPT tempatan perlu disemak semula supaya tidak membebankan.

Kerajaan Malaysia dan kerajaan-kerajaan negeri kecuali Kelantan (jika tidak silap saya juga Terengganu warisan kerajaan PAS) masih menghalalkan perjudian berlesen sedangkan ianya diharamkan oleh Islam. Alasan menghalalkan aktiviti ini termasuklah kasino di Genting kerana ianya kononnya tidak dilarang oleh budaya bukan Islam. Dalam keadaan begitu saya sarankan agar cukai ke atas aktiviti"haram" ini dipertingkatkan. Jika ada rakyat Malaysia yang sanggup berbelanja lebih untuk berjudi maka mereka juga perlu sanggup memikul bebanannya.

Naikkanlah cukai ke atas kasino dan NFO (numbers forecast operators) agar tabiat buruk dan dikutuk agama ini dapat dikawal dan ditangani.

Begitu juga dengan arak dan rokok. Kesan dan akibat dari arak dan rokok diakui oleh semua agama termasuklah yang tidak beragama. Kita tidak mengharamkan industri ini walaupun arak itu haram disisi Islam (seorang kerabat di Raja yang baru meninggal dunia mempunyai sebuah kelab arak yang dinamakan sempena nama timangan beliau) dan merokok itu juga diharamkan oleh beberapa ulamak termasuk bekas Mufti Selangor (digazet fawa haram itu untuk Selangor). Mengapa perlu kita memanjakan industri ini, jika mereka mengaut untung dari kesengsaraan rakyat maka kenakanlah cukai dan eksais semaksima mungkin ke atas mereka, biar mereka rasa tertekan dan akhirnya memilih untuk menutup industri mereka itu.

Selain itu saya percaya kita mahu melihat Jabatan Kastam dan Eksais kita semakin cekap, semoga tiada lagi barangan yang terlepas tanpa membayar cukai impot atau ekspot (untuk sesetngah barangan). Ini semua merugikan kerajaan kerana hasil yang terlepas. Benteras sama-sekali segala bentuk penyeludupan. Berikan insentif kepada pegawai yang berdedikasi dan hukum seberat-beratnya mereka yang curang dan rasuah.

Dalam pada itu saya percaya semua kita mahukan agar institusi agama dibela dan dipertahankan kerana ianya benteng terakhir kekuatan umat Islam dan bangsa Melayu. Kembalikan bantuan per kapita kerajaan pusat ke sekolah-sekolah agama. Berikan galakan dan insentif kepada institusi pengajian agama swasta dan mahad tahfiz swasta. Peringkatkan infrastruktur dan kemudahan mereka. Umat yang bermaruah dan kuat daya ketahanan diri hanya dapat dilahirkan jika agama dipelihara.

Akhirnya saya mengharapkan kerajaan Pusat dan negeri-negeri dapat bekerjasama sebagaimana sepatutnya bagi sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem Fedaralisma. Jangan ada diskriminasi antara satu sama lain. Kita boleh berbeda politik tetapi pembangunan rakyat dan negara perlu dipacu bersama demi kesejahteraan semua. Semoga kita semakin dewasa dalam hal ini seiringan dengan semakin dewasanya usia negara kita yang Merdeka ini.

Banyak lagilah yang mahu dibicara dan dicadangkan tetapi yang pentingnya Bajet 2009 ini benar-benar menjadi Bajet rakyat Malaysia keseluruhannya.

3 comments:

Anonymous said...

bro roslan,

Paklah jd ke bentang bajet jumaat ni?...itu pun bgantung kalo x de 'rampasan' kuasa hari rabu atau khamis ni! hehehe

sekiranya x ade lompatan parti besar2an sblm jumaat ni, maka tercapailah hajat paklah nak bentang bajet 'rakyat' kononnya..harap2 apa yg di uar2kan sblm ni mengenai bajet dpt di terjemahkan dan memuaskan seluruh rakyat terutama yg berpendapatan di bawah 'par'!

kita tu dan lihat

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

Bahaya kita main politik khayal. Biarlah DSAI kalau menang pun Selasa ni jadi ketua pembangkang dulu.....terus2 nak lompat kepala jadi PM ker........

Burung terbang dipipiskan lada.......

Jangan kokok berdegar2 ekor gelumang najis.

Mak mertua aku di Permatang Pauh nak undi Anwar sebab dia nak jadi PM 16 September ni, kalau tak jadi..........???!!!

Anonymous said...

Bro Roslan, very good suggestion for bajet 2008. I hope it comes true. But bro, please do include more money for provision of better facilities for the disabled and teacher training for pendidikan khas .