Monday, August 18, 2008

Hapuskan undi pos

Untuk kesekian kalinya isu undi pos dibangkitkan di Parlimen dan seperti mana biasa, jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan tidak membawa kepada apa-apa harapan untuk penyelesaiannya, sebaliknya menambah kusutkan suasana.

Tadi di Dewan Rakyat Menteri berkenaan memberikan jawapan yang tidak lebih dari melepaskan batuk di tangga sebagaimana laporannya:

Pengundian pos masih relevan dan terus diguna pakai dalam pilihan raya akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, mereka yang bertugas di luar negara, petugas pilihan raya, anggota tentera, Pasukan Gerakan Am (PGA), polis dan pasangan serta pelajar dan pasangan yang sedang menuntut sepenuh masa di luar negara dibenarkan membuat pengundian pos.


Sekiranya dihapuskan, ia boleh memudaratkan sistem keselamatan dan ketenteraman awam yang merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan negara dan menghalang hak asasi kakitangan serta pelajar di luar negara, katanya


Isunya di sini adalah ketelusan proses pengundian pos. Ianya telah mencetuskan keraguan sejak dahulu sehingga kini dan terus mencacatkan sistem demokrasi dan imej negara. Tidak ada siapa yang mahu menafikan hak semua warga Malaysia yang layak untuk mengundi, termasuklah tentera dan polis, tetapi apa yang dibangkitkan adalah ketelusan prosesnya.

Jika pihak kerajaan tidak mampu memperkenalkan satu sistem yang bebas dan telus yang boleh dipantau oleh semua pihak yang terlibat, maka kerana itu BERSIH mencadangkan agar dihapuskan sahaja proses pengundian pos ini. Sebaliknya kita benarkan semua mereka yang berkenaan mengundi sebagaimana orang awam biasa.

7 comments:

Anonymous said...

Saya belajar di luar negeri semasa pilihanraya terdahulu dan pernah bertanya samada saya perlu mengundi pos tetapi tiada atau TIDAK di beri pengiktirafan. Saya tidak pasti jika 'Saya' turut mengundi pada masa tersebut.

Anonymous said...

bro roslan,

Undi pos? kahkahkah..jawapan pak menteri yg di baca dari skrip yg telah dikarang berabad2 lamanya! Bape ramai kawan2 pak menteri tu kat parlimen yg menang hasil undi pos..x kan dia nak hapus kot...

Apapun alasanya, ini merupakan satu ketidak adilan...

Lawan tetap lawan..

TAKBIR!!

Anonymous said...

saudara, saya dan rakan-rakan di sini turut mengalami perkara yang sama. tidak seorang pun di kalangan kami yang diberikan hak mengundi pada pilihan raya lepas. bila tanya pihak kedutaan, mereka pun tak dapat (atau tak mahu) jelaskan prosedur yang perlu dipatuhi untuk mengundi.
siapa sebenarnya yang mengundi secara pos?

Kurie said...

itu umpama 'bonus'....

rasanya lah...

adios....

Anonymous said...

Uncle Roslan,
Mereka tetap degil, mereka mahu penipuan lagi, mereka terlampau mahukan undi pos dek kerana undo pos menyelamatkan mereka ...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

mat_terab said...

Elok hapuskan saja undi pos ni kerana banyak yang tak betul..........
Pada Pru12 lepas kebanyakan Anggota tentera dan polis yang mengundi pos boleh pulak undi dua kali iaitu namanya juga ada dalam daftar pemilih undi biasa iatu yang peliknya.......
Pulak tu siap ada no siri dekat sampul surat sama dengan no siri dekat kertas undi dan siap kena tandatangan surat perjanjian pulak semua ni nak menakut-nakutkan merekala kononnya untuk undi selain BN........

Anonymous said...

sekolah tinggi tapi bodoh bertingkat-tingkat, tak faham-faham apa yang di ajar dan apa yang di dengar, cuma yang tahu hanya memenuhi tuntutan perut dan dibawah perut.

bila orang macam ini masih ramai di malaysia ni selagi itu tidak akan aman dan harmoni kehidupan rakyat marhaen.
memang tak boleh harap. no meaning. sia-sia. haprak......
drp: dasuki_tmc...