Tuesday, August 26, 2008

Dari TPM ke banduan ke Ketua Pembangkang

Hidup ini seumpama roda, kadangkala kita di atas dan kekadang di bawah. Dari seorang aktivis NGO Islam Anwar menyertai Umno dan melonjak dari satu tahap ke satu tahap sehinggalah menjadi Timbalan Presidennya dan Timbalan Perdana Menteri.

Tiba-tiba hidup beliau terjerlus ke bawah apabila dipecat dari parti itu dan kemudiannya disabitkan pelbagai kesalahan lalu merengkuk di penjara sebagai banduan. Bebas dari penjara beliau terus berjuang dan hari ini menang di kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk kembali melangkah masuk ke Parlimen, kali ini sebagai Ketua Pembangkang.

Tidak ada pemimpin dalam sejarah Malaysia yang pernah melalui apa yang Anwar lalui.

Namun roda hidup Anwar terus berputar. Dengan kemenangan besar ini kini rakyat menunggu pula apa yang dijanjikan Anwar iaitu menguasai Parlimen dengan blok terbanyak (apabila 31 ahli parlimen bersetuju melompat keluar BN) dan merebahkan kerajaan BN pusat yang didominasi Umno.

Kini semua menumpukan pada tarikh 16 September, tarikh dimana Anwar akan dinobatkan sebagai PM setelah menguasai majoriti mudah di Dewan Rakyat. Jangan persiakan harapan rakyat itu.

16 comments:

Anonymous said...

Bro Roslan,

TAHNIAH DSAI!!Esok pepagi bleh la ke Parlimen pi berkenalan ngan semua mp n jgn lupa bawa borang utk ahli2 mp BN yg nak 'lompat' ke PR!

Semoga cita2 menawan putrajaya menjelang 16 sept ni menjadi kenyataan.

Lawan Tetap Lawan

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

nak jadi PM tu bergantung pd geng yg nak lompat, kalau depa tak lompat, tak dpt lah, mudah2an dpt pertolongan Allah nak membenam kerajaan korup yg berusia 50 th yg nyawanya sgt liat.

Anonymous said...

sdr
saya rasa yang lebih penting difikirkan ialah apa dan bagaimana peranan PAS dalam mengisi agenda politik seterusnya.kerana kemenangan ini tidak terhenti setakat permatang pauh sahaja. saya amat risau PAS tidak berupaya membaca atau akan hanyut dalam gelombang perubahan nanti.inilah realiti politik dan cabaran sebenar kepada PAS.ianya akan menguji kematangan,komitment dan kefahaman ahli PAS dalam konteks politik nasional diluar markaz2 PAS.sdr perlu menilti dan mengakaji apa kemungkinan yang akan berlaku.
sekian.

Anonymous said...

semua mata tertumpu pada apakah plan janka pendek dan jangka panjang masyarakat majmuk di malaysia harmoni dan aman jika pelbagai pihak mulai mununjuk tuntutan dan ketegasan 'kononya' matlamat perjuangan parti dan race interest masing-masing...

bagaimana pelbagai provokasi dan isu-isu yang timbul dari parti-parti dan pertubuhan dapat diselesaikan secsra adil dan berhemah...

apakah kemenangan ini akan mewujudkan satu anjakan paradigma ke arah malaysia negara islam dan keadilan undang-undang islam seterusnya islam sebagai cara hidup (way of life)...

MNizam said...

salam...

saya tertarik untuk memberi pandangan tentang posting saudara kali ini...

hidup ini umpama roda...kadangkala kita di atas..dan kita juga akan berada dibawah...

DSAI mempunyai cita2 besar yang mewajibkan dia melalui semua dugaan itu...bukan mudah untuk mencari calon PM yang betul2 berkaliber dan berkarisma seperti beliau...maka calon itu telah muncul...

sekiranya itu adalah ujian yang perlu dialui maka beliau hampir berjaya melepasi segala ujian utk bergelar PM malaysia...beliau merasi semuanya...

dari terlibat dgn NGO...berada dalam kerajaan membawa agenda rakyat sehingga tersingkir menjadi banduan...seterusnya bangkit terus berjuang untuk rakyat...insyaAllah selepas ini menjadi ketua pembangkang...sebelum ke putrajaya...

jatidiri sebagai seorg ISLAM masih dalam dirinya...beliau bersahabat baik dengan pemimpin PAS sejak dari zaman pelajar sehingga kini...

kita lihat bagaimana dia akrab dgn Almarhum ust dato fadhil noor...dimana almarhum antara org pertama memberi sokongan kepada DSAI selepas dipecat dari kerajaan...maka hubungan yang akrab itu telah terjallin sekian lama...maka kita dapat lihat hubungan itu juga terjalin sehingga kini..beliau bersahabat dgn ulama...itu adalah ciri2 pemimpin ISLAM...

insyaAllah...diharap konsep perdampingan umara` dan ulama` akan terlaksana sekiranya DSAI diberi kepercayaan menjadi PM...sebagai ahli PAS saya berharap itu berlaku...semoga pimpinan lain sama2 memberi sokongan dan idea dalam kita menaikkan syiar ISLAM...

apabila kita memilih untuk melakukan tahaluf siasi maka itu pendirian yang tepat sebagai jemaah ISLAM untuk berdakwah mengembangkan ajaran ISLAM...maka sokongan kearah mendaulatkan ISLAM itu penting dan perlu difahami oleh semua peringkat ahli...supaya tidak timbul rasa tidak puas hati dan ade agenda tersembunyi...

jika itu timbul maka PAS tidak ubah seperti UMNO dll parti ditubuhkan yang tidak berlandaskan ISLAM...kita kearah meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan tertinggi dalam perlembagaan Malaysia...

semoga syiar ISLAM terus dimertabatkan di Malaysia khasnya dan di dunia amnya...

al falah

benludin said...

alhamdulillah..
TAHNIAH kpd DSAI dan jentera2 p/raya dari Pakatan Rakyat...

SweetDaisy said...

InsyaAllah.. Amin!!!!
Allah itu Maha Berkuasa. Doa org yg teraniaya akn dimakbulkan.

SarjanTulang said...

salam,

hamba rase, 16 sept tu agak samar dan kabur. lihat shj,bagaimana BPR akan ambil keterangan Nalla, kes liwat yg masih belum selesai. naun, insha-Allah, Allah itu MAHA KAYA dan MAHA AGUNG. jika benar DSAI tidak bersalah, sedikit demi sedikit akan dilihatkn dan jika DSAI bersalah, Allah jua lh yg akan melihatknnya.

samalah kita tggu dan lihat dan berdoa spya agama ISLAM dapat ditegakkan di bumi ALLAH ini.

takbirrrrr....ALLAHUAKBAR!!!

sarjantulang

malaysia baru said...

Tapi anwar tidak punya kuasa pemutus terhadap wakil2 rakyat BN yg akan lompat ke Pakatan Rakyat.

Kalau mereka lompat, bagus untuk mereka dan untuk rakyat.

Tapi apakah mereka CUKUP KUAT untuk melompat?

Lompatan mereka cukup bermakna dlm sejarah negara yg akan meranapkan penguasaan/penjajahan BN selama ini.

Tapi...persekitaran kekuasaan BN yg ada melatih tak langsung ahlinya jadi penakut kerana sibuk mencuri kekayaan negara melalui cara yang tidak sah. Mungkin mereka orang baik dan cintakan negara dan rakyat dan selama ini tertekan di bawah BN. Doakan supaya minda mereka tetap merdeka untuk melompat seperti di janjikan.

Moga lompatan mereka menjadi quantum leap yg menyelamatkan Malaysia dari kebobrokan BN.

TQ.

Anonymous said...

harap Padika Amin tak melengahkan tarikh angkat sumpah..

Anonymous said...

Bro Roslan,

Pada prk ppauh, Paklah menyeru kpd rakyat agar menolak budaya politik fitnah. Alhamdulillah, pengundi di ppauh telah mendengar saranan PM kita ini dengan menolak calon BN kerana kempen BN di sana mengamalkan fitnah, fitnah dan fitnah.

SYABAS kepada para pengundi ppauh.

Lawan tetap Lawan

TAKBIR!!

..manshahirfriends..

Anonymous said...

Alhamdullillah krn dbukakan pintu kesedaran kpd rakyat Matang Pawh walaupun asakan fitnah, tuduhan & adu-domba begitu extrim terhadap DSAI. Terima kasih kpd pengundi Matang Pawh krn mengangkat semula DSAI yg tlh d benam dari persada kuasa selama 10 tahun. Ibu kpd perubahan ini secara resminya tlh bermula d Matang Pawh.

Anonymous said...

Ini merupakan kejayaan atas usaha yang gigih oleh semua rakyat Malaysia yang tertumpu di Permatang Pauh. Inilah pengajaran yang patut diajar oleh puak-puak UMNO, tetapi semacam belum sedar lagi, mereka tidak relevan lagi, esok DSAI akan angkat sumpah, Terima Kasih Rakyat Permatang Pauh.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Demi masa depan Malaysia, saya cadangkan Anwar jadi PM dan Pak Lah jadi TPM. Jadi ramai le orang Islam akan berhijrah ke Pakatan Rakyat.
Yang taksub kat Dr Mahathir tu boleh stay dalam BN dan jadi pembangkang.
PAS tak kisah sangat pasal jawatan asalkan Islam mendapat tempat. Cukup le TG Hadi jadi Menteri Agama, Ust Nasha Menteri Pendidikan, Husam Menteri Penerangan, Ust Ahmad Awang Menteri Dalam Negeri.

Anonymous said...

Dah sampai masa politik M'sia berteraskan kpd isu dan dasar, bukan personality cult.

Apalah sgt yg ada pd seorang manusia yg lemah sifatnya; pemimpin dtg dan pergi. belum dpt kuasa bukan main idealisma. Dah dapet hampeh.

Tp sesuatu dasar yg jelas, konsisten dan berfaedah utk org ramai, akan segar sepanjang zaman.

Sebelum terlampau meletak harapan menggunung kpd AI, menyelami sejarah beliau ketika tak ada kuasa dan sesudah boleh memberi pengajaran berguna.

Jgn lupa jenguk laman web AlMuslimin2, AIDC, JebatMustDie utk mendapatkan pendangan alternatif dan lebih seimbang terhadap AI.

Anonymous said...

Dua perenggan terakhir tulisan anda agak berbunyi negatif (kalau telahan saya silap, harap maaf).

Bagi saya melompat atau tidak, itu tidak perlu kita fikirkan. Tetapi yang perlu kita fikirkan adalah peranan yang boleh dimainkan oleh PAS dalam membantu mengemudi arah tuju Pakatan Rakyat pada hari ini dan di masa depan untuk negara yang lebih gemilang. Ini penting kerana PAS telah memberikan komitmennya untuk terus bersama Pakatan Rakyat dan ini telah dibuktikan di dalam pilihanraya Permatang Pauh. Pada situasi sekarang, ada baiknya PAS terus bermuzakarah atau muhabalah dengan PKR dan DAP untuk terus membina kekuatan daripada melakukannya dengan UMNO yang terus korup dan tidak berupaya untuk diselamatkan.