Wednesday, August 06, 2008

Bunuh sahaja aktiviti puaka-puaka ini

Saya sedih melihat gambar seorang penguatkuasa DBKL yang cedera di bahagian kepala dan mukanya yang dipaparkan dimuka depan harian Metro hari ini. Menurut lamporan beliau dibelasah oleh beberapa orang peniaga VCD haram berhampiran Jalan masjid India,KL.

Ini bukan insiden pertama dan saya yakin insiden ini akan berterusan dan ebrulang-ulang lagi.

Kesimpulannya puaka bergelar peniaga VCD haram ini kini sudah bermaharajalela, boleh berniaga barang haram dan boleh juga membelasah dan mengugut pihak penguatkuasa sesuka hati. Disamping itu kita juga menerima laporan berapa ramai pula pihak pengutakusa, polis dan PBT yang menerima “gula-gula” dari mereka ini untuk tidak mengambil tindakan. Ataupun jika mahu adakan operasi, maklumkan terlebih dahulu kepada “tonto-tonto” mereka yang bertugas agar semua penguasaha VCD haram ini samada yang menjaja dari meja ke meja atau yang di pasar-pasar malam dan tempat tumpuan orang-ramai dapat dimaklumkan terlebih dahulu melalui “walkie talkie”.

Akibat dari aktiviti puaka-puaka ini kerajaan kehilangan hasil samada dari cukai secara langsung atau tidak langsung, begitu juga lesen premis atau berniaga PBT. Selain itu produk VCD ini tidak bertapis dan sebahagian besar menjual yang lucah dan tidak senonoh. VCD ini dengan mudah boleh jatuh ke tangan anak-anak kita dan ini mencetuskan masalahn sosial yang lain.

Apa yang boleh kita buat?

Bahana ini bukan baru, macam-macam telah dilakukan tetapi nampaknya ia semakin kembang dan biak, dalam erti kata lain semua yang telah dilakukan gagal.

Boleh tak kita basmi terus puaka-puaka ini? Lancarkan kempen besar-besaran selama 1 bulan contohnya melibatkan semua pihak polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan PBT. Kita ligan mereka sampai ke akar umbi dan pihak BPR pula pantau mana-mana pihak penguatkuasa yang cenderung untuk memakan ”gula-gula” dari tangan puaka-puaka ini.

Jika tidak apa kata kita halalkan sahaja aktiviti mereka. Biarkan mereka beroperasi tanpa halangan, sekurang-kurangnya tak adalah pegawai-pegawai kita yang cedera tanpa pembelaan, bagaimana?

11 comments:

Max_Underwood said...

I agree with Mr. SMS. Illegal DVD sales should be legalise. It beats waiting in line at the cinema. Besides I can watch it several times over for only RM8-10/-- a pop. Another thing, those chinamen wouldnt have beaten up the DBKL guy if he wasnt threatening them. DVD sales have been going on since the 90s and we havent heard of any beatings then.

Anonymous said...

Sdr Roslam,

Saya bersetuju bahawa pihak berkuasa kita seperti Polis, DBKL, Imigresen, JPJ dan sebagainya langsung tiada komitmen penuh dalam penguatkuasaan Undang-Undang negara.

Semua masalah tidak dapat diatasi..
VCD Haram, Lumba Haram, Arak, Judi, Pelacuran, Parking Haram, Bas dan Teksi Haram, Pendatang Haram...sila tambah lagi pelbagai Haram..semuanya bermaharajalela.

Yang sebenar pimpinan di atas tu silap fokus...Kalau ikhlas semua boleh di NYAHkan.

Lagi satu Sdr Roslan,

Boleh tak kawasan sekitar Ibu Pejabat PAS KL tu bebas dari aktiviti Mak Nyah2.

Mungkin boleh usahakan dengan Polis dan DBKL! Nampak tak serasi sungguh!!!

Ahli PAS 1998-

Anonymous said...

aku setuju bangat...usaha tangga kejayaan....:)

bekalkan pistol kat PBT..bagi latihan yg cukup...sbb PBT ni bkn berdepan dgn peniaga, tetapi SAMSENG!

tak tau la kalau polis sekarang sibuk nak menjaga "Samseng" pilihanraya kecil nanti...

Anonymous said...

bro roslan...

Gejala bisnes vcd haram ni bermula lebih kurang 10 tahun kebelakangan ini. Wa pun heran, mengapa bisnes ni x bleh dibendung...mungkin penguatkuasa ramai yg rasuah! betul ke? Kalo kita tgk kat ranking rasuah, negara kita agak kritikal kedudukannye...maknanye mmg ramai yg amal rasuah la tu!!

Wa rasa, bisnes ni lebih kurang sama ngan bisnes dadah di negara kita. Di bayangi oleh kongsi2 gelap dan mempunyai 'deal' dengan pihak berkuasa. Sbb tu bisnes ni x pernah surut malah semakin rancak di merata tempat. Tak kira di Petaling Street(HQ bisnes vcd haram), chow kit, shopping complex, kedai2 vcd hingga ke pasar2 malam.

Wa setuju saranan lu agar lancarkan operasi besar2an. Tp persoalannya, siapa yg nak lancarkan dan siapa yg nak turun padang membuat kerja2 pembanterasan tersebut. Siapa yg berani!! Lanun2 ni x takut dengan pihak berkuasa malah ramai pihak berkuasa di beri 'elaun' oleh lanun2 ni!!

Wa selalu terfikir bila lihat anggota2 fru berkawal bila kita buat perhimpunan aman/haram. Kan lebih elok kerah diorang buat pembanterasan lanun2 vcd haram ni. Syed Amid masih x nampak ke bahaya yg mengundang di sebabkan kegiatan haram ni. Inilah antara penyumbang terbesar keruntuhan moral anak2 muda sekarang ini!!!

Adakah pak menteri ni suka lihat moral anak2 muda ni jatuh merudum? Sungguh kurang bijak la wa nye ahli parlimen ni...mmg patut la x dapat undi dr wa sejak 2 penggal lepas!!

TP kalo pihak berkuasa 'tak sanggup' buat pembanterasan, apa kata kita syorkan supaya ia diserahkan ke unit amal PAS buat!! bleh ke?? hehe

Sama2 la kita doa agar kerajaan yg lemah ni tumbang dengan segera, lebih segera dr mee segera..hehe

TAKBIR!!!!


..manshahirfriends..

Anonymous said...

Barulah bertemu buku dengan ruas! Penguatkuasa2 DBKL adalah vultures kena pukul pasal tamak le tu, bukan sokong tapi DBKL lagi puaka naga!

ELBI RISALAH said...

Elok berbalik kepada asal atau punca masalah...

Pertama: Rasuah di kalangan penguatkuasa dibasmi sampai ke akar umbi dan jangan pilih bulu.

Kedua:Anggota polis biar bertugas untuk keselamatan awam sahaja. Jangan gunakan untuk tujuan politik kerajaan, sampai kepung / sembur gas perhimpunan aman.

Ketiga: Pemimpin kerajaan hendaklah bertugas ikhlas dan menunaikan amanah . Bukan untuk perut dan kroni( mungkin segala yang berlaku sekarang kerana ' bala ' dari Allah SWT !).

keempat: Semua pihak membantu mendidik generasi muda tentang bahaya keruntuhan moral / akhlak.

Rasanya, tidak ada masalah yang tidak boleh di selesaikan !

Anonymous said...

Teman pun sebenarnya sedih dengan kejadian yang menimpa penguatkuasa DBKL ini.Tapi kalau difikir2kan balik kadang2 patut juga dibuat begitu oleh puaka2 tu pada mereka.Sebabnya teman masih teringat lagi kisah barang2 teman dulu kena rampas dengan penguatkuasa DBKL ini.Memang salah teman berniaga tempat yang tidak dibenarkan,tapi bila teman pergi nak ambil semula barang2 teman dan selepas teman membayar denda ,teman tengok sebahagiannya (barang jualan ) dah hilang diambil oleh penguatkuasa DBKL yang teman kira spesis puaka juga.Dan bila teman dengor berita ni maka dalam hati teman berkata 'hah eloklah tu puaka sudah pukul puaka'.Mungkin yang kena pukul tu tak pernah ambil barang2 peniaga tapi hasil dari kerja tidak amanah rakan2 setugasnya itu menyebabkan tempias bala terkena padanya.Jadi teman nasihatkan pada kawan yang kena pukul tu banyak2 bersabolah ya.Mungkin in adalah suatu cobaan.

Anonymous said...

Sememangnya mereka sungguh berani, seingat saya penjual VCD haram di Masjid India kebanyakan orang melayu dan ada juga orang Sabah. Mereka dah berani seperti samseng di Jalan Petaling pula. Benteras sebelum parah.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

makan rasuah tak pernah kenyang, makin makan makin lapar, lama2 yang bagi rasuah pun fed up, hati panas, apa lagi, makan buku lima lah jawabnya.

Macam man nak hapuskan rasuah,kalau dah tak takut pada tuhan, mufti dah kata haram jangan buat, tapi masih nak beri hormat pada berhala tugu.

Anonymous said...

cd haram ni ada sindiket besar belakang dia.

rasuah pun satu hal.

tapi kalau ada political will, boleh je atasi. semuanya bergantung kepada pemimpin.

kes anwar boleh hantar komando, road block satu KL. jadi apsal kes cd haram yang dikawal oleh sindiket gelap ini penguatkuasa tak boleh buat?

Pakdi
http://pakdi.my

Ab Razak Hj Ahmad said...

Ada demand maka ada la supplynya. Bohong lah kalau ada pembaca/ pengkomen tak pernah beli VCD/ DVD cetak rompak.. (bukan porno ya...)

Saya rasa komen dari ar-risalah paling relavan.