Thursday, December 09, 2004

RASHID SPR KURANG AJAR

Cabar-mencabar antara Khairy Jamaluddin dan Tuan Guru Nik Abd Aziz serta parti masing-masing merupakan isu politik yang sewajarnya ditangani oleh kedua-dua parti secara mana yang mereka fikirkan sesuai. Walaubagaimanapun hari ini sebagaimana dilaporkan oleh UTUSAN terdapat pihak ketiga yang non political tiba-tiba masuk campur.

Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi SPR turut mahu melibatkan diri dan telah mengeluarkan kenyataan sebagaimana yang dipetik oleh UTUSAN di bawah tajuk:

SPR persoal Pas - Tidak fail petisyen jika ada bukti BN menang kerana wang

Mungkin kerana cabar-mencabar ini melibatkan isu pilihanraya maka Rashid selaku Pengerusi SPR merasakan dirinya terpanggil untuk membuat kenyataan. Namun demikian biarlah kenyataan yang terbit itu yang nonpartisan ataupun tidak menyebelahi mana-mana pihak. Akan tetapi kenyataan Rashid dalam UTUSAN dikira melampui bidangnya dan secara peribadi dirasakan terlalu KURANG AJAR dan lebih merupakan serangan peribadi yang BIADAP.

Memang Rashid sebelum ini pun banyak telah mengeluarkan kenyataan yang berat sebelah terhadap PAS sekaligus memebrikan gambaran yang buruk terhadap parti itu pada penglihatan orang-ramai. Kita masih ingat akan kenyataan beliau sebelum ini kononnya arwah ibunya dipengaruhi untuk mengundi PAS kerana dikatakan dijanjikan syurga jika berbuat demikian.

Dalam UTUSAN kenyataan RASHID yang dikira BIADAP dan KURANG AJAR itu berbunyi:

Abdul Rashid menyifatkan kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebagai mengarut dan tidak berasas serta dikeluarkan tanpa menggunakan akal, sebaliknya hanya untuk melepaskan geram.

Sebagai Pengerusi SPR sebuah badan yang sepatutnya paling bebas dalam Negara, kenyataan Rashid di atas dirasakan keterlaluan dan sekaligus mencerminkan betapa sesungguhnya SPR itu bukan lagi badan yang boleh diyakini malah berketuakan pemimpin yang berat sebelah pastinya ia juga turut berat sebelah dalam melaksanakan tugasnya mengendalikan pilihanraya.

Saya rasa dalam hal ini PAS perlu mendesak Rashid menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka. Menyifatkan Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan sebagai MENGARUT dan MENGELUARKAN KENYATAAN TANPA MENGGUNAKAN AKAL merupakan satu serangan yang mencabar PAS dan saf kepimpinannya serta keseluruhan rakyat negeri Kelantan.

No comments: