Thursday, December 02, 2004

MANA PERGI LAPORAN PEMUDA PAS KEPADA BPR

Hari ini akhbar-akhbar tempatan rata-rata melaporkan darihal kes sensasi yang melibatkan artis terkenal Sharifah Aini yang dikatakan telah mefitnah seorang lagi artis terkenal Siti Nurhaliza. Hebatnya nilai berita Kak Pah ini sehingga THE STAR memaparkan satu muka depan wajah Kak Pah di hadapan mahkamah majistret Petaling Jaya.

Sedangkan semalam juga sebenarnya terdapat satu lagi berita sensasi, namun oleh kerana ianya agak sensitif dan mungkin menyinggung pihak-pihak berkepentingan yang berkuasa maka ianya sekadar digerhanai oleh kehebatan Kak Pah.

Akhbar THE STAR sekadar memuatkan berita ini dimuka 21 walaupun THE SUN meletakkannya di muka 2 di bawah tajuk:

MONEY POLITICS A CRIME SAYS ACA

Berita ini adalah ekoran kenyataan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Zulkipli Mat Noor di Pulau Pinang. Ianya lanjutan isu politik wang (yang Prof Di Raja Ungku Aziz sejak dulu-dulu lagi dah istilahkan sebagai rasuah) yang berlaku dalam pemilihan Umno September lalu. Zulkipli menyatakan bahawa politik wang dalam mana-mana parti politik yang melibatkan pembelian undi bagi mendapatkan kuasa dan kedudukan adalah satu jenayah. THE SUN melaporkan:

Money politics in any political party is considered as bribing others to buy votes and secure a position and that is a crime.

Kalau dah jenayah mengapa BPR tidak bertindak terhadap Umno? Apa istimewanya Umno sehingga BPR teragak-agak mahu bertindak? Aatau apakah Umno barangkali sudah mewarisi kekebalan Raja-raja Melayu (yang kini sudah tak kebal lagi) satu ketika dahulu?

Yang anehnya Zulkipli menyatakan setakat ini BPR tidak menerima sebarang aduan ataupun laporan berkenaan kejadian jenayah ini! Benarkah demikian Datuk Seri? Harakah pernah melaporkan bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat pernah membuat laporan berkenaan isu ini di Pejabat BPR Johor Bharu pada bulan Oktober lalu, mana pergi laporannya? Jangan-jangan tersangkut di meja Perdana Menteri tak?

Kalau benar-benarlah Badan Pencegah Rasuah Malaysia sebuah badan yang bebas dan kalau benar-benarlah jujur hasrat Pak Lah sebagai PM mahu memerangi rasuah maka pasti rakyat mahu melihat perang rasuah ini ditalakan pada Umno terlebih dahulu. Jangan kita sekadar mendabik dada mahu menjuarai pembenterasan rasuah namun hakikatnya kita sesungguhnya bacul apabila mahu bertindak terhadap kepentingan sendiri.



No comments: