Wednesday, December 08, 2004

KHAIRY SEKADAR BERKOKOK TAPI TAK BERANI BERSABUNG

Hari ini adalah hari Rabu hari yang Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda Umno berjanji untuk bertindak terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekiranya beliau gagal menarik balik dakwaannya bahawa BN menggunakan wang untuk menang dalam pilihanraya umum lalu. Sebagaimana yang dipetik oleh BERNAMA:

Umno Youth deputy leader Khairy Jamaluddin gave Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat two or three days to withdraw his allegation that Barisan Nasional (BN) used money politics to win the March general election or face appropriate action.

Tok Guru telah menegaskan bahawa beliau tidak sekali-kali akan menarik balik kenyataannya dan bersedia memberi keterangan di mahkamah. Jadi hari ini adalah hari pertarungan, hari penentuan, hari untuk menyahut cabaran.

Belum pun tiba hari Rabu rupa-rupanya Pergerakan Pemuda Umno yang bersidang semalam telah meletakkan Khairy dalam delima. Pemuda Umno yang dipengerusikan oleh Hishamuddin Tun Hussien enggan endorse tindakan Khairy sebaliknya beliau berkata sebagaimana dipetik oleh UTUSAN:

Exco Pemuda Umno hari ini sebulat suara mengambil pendirian kenyataan politik sedemikian memerlukan tindakan politik terutama bagi Pemuda Kelantan.

Dalam erti kata lain Pemuda Umno tidak bersetuju untuk membenarkan Khairy membuat laporan polis ataupun mengambil tindakan undang-undang. Bermakna cabaran Khairy sekadar berakhir di situ laksana HANGAT-HANGAT TAHI AYAM malangnya ia terpalit di wajah muda Khairy yang dikatakan bakal mengambil-alih kepimpinan Pemuda Umno.

Apakah yang boleh kita baca dari sikap Pemuda Umno ini?

PERTAMA hasrat Khairy untuk melontarkan dirinya ke arus perdana politik negara dengan kononnya berjaya memerangkap Tok Guru dan PAS sendiri tidak kesampaian. HASRAT HATI NAK PELUK GUNUNG APA KAN DAYA TANGAN TAK SAMPAI.

KEDUA Pemuda Umno melihat isu ini dari perspektif yang lebih luas, guna taktik politk selamatkan diri, lalu lari dari isu demi kepentingan survival dan maruah parti. Meminjam senikata M. Nasir LIHAT DUNIA DARI MATA BURUNG JANGAN LIHAT DARI BAWAH TEMPURUNG.

KETIGA walaupun Khairy menantu Pak Lah dan Pask Lah orang nombor satu parti namun jika tindak-tanduknya tidak membawa any political sense ataupun sekadar menghabiskan beras maka lebih baik beliau diketepikan sahaja.

Bermakna hari ini hari yang sepatutnya Khairy diiringi oleh rakan-rakan Pemudanya berarak ke balai polis untuk membuat laporan terhadapTok Guru sepi begitu sahaja. Cabaran tinggal cabaran.

Kesudahannya bagaikan si jalak yang berkokok berdegar-degar rupanya tak perasan ekor penuh diselaputi najis! Hilanglah kejantanan si jalak ada taji sekadar hiasan berani berkokok tetapi kecut bersabung.




No comments: