Sunday, December 05, 2004

POLITIK WANG DAN BPR: NAK DENGAR PAK LAH ATAU NAJIB

Bersidanglah Majlis Tertinggi Umno untuk kesekian kalinya semalam. Sekali lagi isu politik wang yang Ketua Pengarah BPR istilahkan sebagai jenayah dibincangkan oleh MT. Keputusannya sebagaimana yang dilaporkan oleh Mingguna Malaysia hari ini:

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataannya semalam membenarkan BPR menyiasat kegiatan politik wang semasa pemilihan UMNO September lepas jika ia melanggar peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh badan tersebut.

Seterusnya MM turut melaporkan kesemua pimpinan terkanan Umno masing-masing turut bersetuju agar BPR dibenarkan menyaisat kemelut politik wang ataupun jenayah rasuah yang berlaku dalam pemilihan Umno. Muhyuddin bercakap, Ali Rustam bercakap, Isa Samad bercakap, Mat Taib pun sekali termasuklah Kadir Sheikh Fadzir semuanya setuju belaka saranan Pak Lah.

Soalnya apakah BPR benar-benar telah diberikan lesen untuk bertindak? Atau sekadar gempar politik pimpinan Umno semata-mata untuk menyelamatkan diri. Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Najib Tun Razak, Timbalan Presiden Umno nampak macam tiada harapanlah BPR bertindak. Kata Najib:

Kita (MT) bincang mengenai bagaimana hendak tangani masalah politik wang khususnya kedudukan BPR dalam hal ini. Apa pun, UMNO mempunyai mekanisme tertentu bagi menyiasat aduan politik wang. Jika kes itu berkemungkinan menyentuh undang-undang negara,maka parti akan menimbang merujuknya kepada BPR.

Pak Lah seolah memberi lampu hijau tapi Najib pula macam mengenakan pelbagai syarat dan helah, lalu bagaimana kesudahnnya hal ini?

Yang jelas telah ada Ketua Bahagian yang digantung keahliannya, ada pimpinan yang telah diberi amaran oleh Lembaga Disiplin Umno, apakah tiada elemen jenayah dalam kes mereka? Nampak semakin bercelaru, kelabu dan kusut.

Berilah BPR peluang untuk meneliti kesemua kes yang telah diadukan dan disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno. Isu dalaman atau tidak itu hak Najib nak bercakap namun tanggungjawab BPR adalah menyiasat dan jika ada kes samada ianya isu dalaman ataupun tidak perkara tersebut perlu dimajukan ke pihak mahkamah untuk diputuskan.

MB Pahang dan seorang lagi Menteri yang tewas dalam pemilihan MT yang lalu pernah marah-marah dalam akhbar tempatan mendedahkan gejala politik wang yang dikatakan berleluasa. Nakhaei Hj. Ahmad bekas Naib Presiden PAS yang telah menyertai Umno turut pernah melepaskan geramnya dalam akhbar dan mendedahkan betapa meluasnya amalan politik wang dalam pemilihan Umno di bahagian beliau di Baling.

Disinilah Umno perlu bersikap berani kerana benar, kecualilah Najib cuba melindungi beberapa pihak dan bimbangkan kedudukannya tercabar kalau BPR bertindak wallahulam.

No comments: