Sunday, December 02, 2007

Forum Blog + Wallet

Alhmadulillah setelah tergendala minggu lepas angkara ketegangan di Jalan Ampang, KL ekoran pertempuran antara pihak polis dan HINDRAF, Forum Blog + Wallet anjuran Blog Bugs dan Anwar Ibrahim Club (AIC) dengan kerjasama Freiderich Naumann Foundation telah dapat dilangsungkan malam semalam di Corus Hotel, Jalan Ampang.

Saya telah diundang sebagai ahli panel oleh pihak penganjur bersama Sdr Faisal Mustaffa mewakili Tokobuku Fotopages dan Sdr M. Zulkifli mewakili gua.com.my

Forum ini saya anggap sungguh menarik kerana masing-masing ahli panel membawa dan mengulas tajuk dari perspektif yang berbeza. Apa pun tujuannya adalah untuk menarik minat anak-anak muda yang diwakili oleh pihak penganjur agar terus menceburi bidang berkarya melalui blog dengan harapan ianya dapat berkembang maju untuk manfaat rakyat keseluruhannya. Sdr Faisal memperkenalkan bidang perniagaan buku-buku dan bahan bacaan yang diusahakannya secara online di http://tokobuku.fotopages.com/ manakala Sdr Zulkifli mewakli anak syarikat sebuah syarikat korporat yang mengusahakan pengiklanan menerusi blog yang boleh dilayari di http://www.gua.com.my/

Turut dilancarkan pada majlis tersebut adalah sebuah buku iaitu "Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING" yang merupakan kompilasi tulisan anak-anak muda berhubung situasi dan pergolakan politik di Malaysia.

Saya berterima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mengundang saya ke majlis yang sangat bermakna itu. Dan paling gembira saya malam semalam apabila rakan blogger Sang Kelembai sudi hadir menjayakan majlis tersebut atas undangan saya. Syabas Blog Bugs dan AIC, teruskan usaha murni anda semua itu.

No comments: