Tuesday, December 04, 2007

Nazri: Khir Toyo tidak berpengalaman

Jika kita mempunyai anugerah untuk pemimpin yang paling celupar mlutunya di Malaysia, mungkin sukar untuk kita buat pilihan antara dua tokoh paling layak, iaitu Nazri Aziz dan Rashid SPR.

Cuma hebatnya Nazri, kalau dia sondol, sondolannya adil, dia akan sondol siapa sahaja di hadapannya tanpa mengira bulu atau warna kulit. Istilah intelektual tahap tertinggi yang sering digunakan beliau bagi membuktikan ketinggian tahap modal insan yang dijajanya adalah “BODOH”. Ramai sungguh yang telah dibodohkan Nazri sejak kebelakangan ini.

The Sun melaporkan ketika mengulas tindakan kerajaan negeri Selangor merobohkan sebuah kuil diambang Deepavali yang telah membangkitkan kemarahan penganut Hindu dan kumpulan Hindraf, Nazri berkata:

I agree, that was STUPID of the officials not to be considerate in sensitive matters like this.

Saya bersetuju yang ianya suatu tindakan BODOH oleh pihak berkenaan (PBT) kerana tidak mempertimbangkan sesuatu yang begitu sensitif seperti ini.

Dan memandangkan isu itu berlaku di Selangor, maka beliau tidak boleh terlepas dari mengulas berkenaan MB Selangor Khir Toyo. Beliau tidak percaya yang Khir mempunyai niat jahat terhadap penganut Hindu. Beliau menambah bahawa jika kita menggunakan pengalaman, yang mana Khir mungkin kekurangan (which he probably lacks) kemungkinan perkara ini dapat diatasi.

Kepada mana-mana anak Selangor yang prihatin, memandangkan MB anda dah dicap tidak berpengalaman, maka eloklah segera hadiahkan beliau sebatang penyapu agar beliau segera sedar.

Berbalik kepada Nazri, para pegawai bodoh, Menteri Besar pula tidak berpengalaman, maka makin menokoklah nampaknya markah beliau untuk anugerah pemimpin paling celupar peringkat kebangsaan (walaupun kali ini mungkin keceluparannya itu mengena pada tempatnya).

No comments: