Monday, June 04, 2007

Meluncurlah ke hadapan dengan teguh dan stabil

Sebelum ini saya pernah menyebutkan bahawa pilihan para perwakilan mukatamar ke 53 ini nanti akan merupakan pilihan mukatamd yang bakal menentukan pucuk kepimpinan PAS untuk tahun 2007 – 2009 ini.

Dan kini keputusan akhir telah diketahui. Para perwakilan PAS yang hadir ke mukatamar ini dari seluruh ceruk dan penjuru negara telah memilih dan pilihan majoriti mereka untuk jawatan tertinggi parti adalah:

Timbalan Presiden
Ustaz Nasharudin Mat Isa

Naib-naib Presiden
Dato Hj Husam Musa
Muhammad Sabu
Ustaz Ahmad Awang

Dan dari 18 calon AJK Kerja PAS Pusat, telah menyaksikan kombinasi 10 lulusan agama dan 8 bukan agama. Secara keseluruhan Kelantan sahaja diwakili oleh 4 orang anggota EXCO, yang untuk saya mencerminkan betapa para perwakilan begitu prihatin dengan kombinasi Tuan Guru Mursyidul Am mereka di satu-satu negeri yang diperintah PAS itu. Selain itu kehadiran besar Kelantan ini juga membayangkan betapa Kelantan mahu dipertahankan sungguh-sungguh pada pilihnaraya umum yang ke 12 nanti.

Rata-rata isu ulamak dan profesional telah diulas dan dibidas oleh kesemua pucuk pimpinan dalam ucapan penggulungan dan penanguhan masing-masing. Mukatamr ke 53 ini memberikan noktah besar kepada perbalahan yang sia-sia ini. PAS akan terus dipenuhi dengan ahli dan pimpinan dari kedua-dua bidang ini namun ianya dikira larut (diluted) sebaik sahaja kedua-dua mereka duduk di bawah satu bumbung parti.

Saya mengharapkan agar kepimpinan kali ini, apa jolokkan sekali pun yang diberikan (Dream Team kata The Star) akan berjaya dan mampu memikul amanah dari para perwakilan parti dan membawa PAS ke mercu kejayaan yang dicita-citakan dengan izin Allah swt.

Tidak ada yang kalah dalam pertandingan ini, semuanya menang belaka kerana masing-masing menyertainya semata-mata kerana bekejar-kejar untuk melakukan kebajikan

Syabas kepada yang berjaya dan syabas kepada semua yang terlibat dalam melakarkan keputusan ini, tetapi sedarlah kenderaan dengan pemandu yang baik belum dikira berjaya jika ia tidak mampu meluncur dengan teguh dan stabil, marilah bersama-sama kita merapatkan saf dan menjadi peralatan yang nanti akan mengukuhkan lagi jentera kenderaan yang sama-sama kita sayangi yang bernama PAS ini.

No comments: