Friday, June 29, 2007

Mahkamah dapati Abang Zeck melakukan kesalahan jenayah!

Kepanasan kes Zakaria Md Deros, ADUN Umno yang membina ISTANA di Pandamaran (tanpa kelulusan PBT) sehingga mencetuskan kemarahan dari rakyat biasa sehinggalah ke serambi Istana Selangor, nampaknya kini berubah menjadi suam beralih ke sejuk. Ada yang malah sudah lupa, Zakaria yang mana satu ni? (Memang benar kata Tun Dr M: Melayu mudah lupa)


Sebelum itu pernah ADUN Sg Pinang dari DAP Sdr Teng Chang Khim mendedahkan di BLOG beliau bahawa Zakaria perlu bayar balik elaun dan kemudahan yang ia terima ketika menjadi Senator satu ketika dahulu kerana ia pernah muflis tanpa disuruh melepaskan jawatan.

Hari ini akhbar THE SUN mengesahkan bahawa di Mahkamah Tinggi Bahagian Perdagangan, diputuskan bahawa ADUN pelabuhan Kelang ini pernah muflis dari 10 September 1992 sehingga 24 November 1992.

Dalam kes tersebut Hakim medapati Zakaria telah MELAKUKAN KESALAHAN JENAYAH apabila terus memegang jawatan pengarah sebuah syarikat (Masmanis Sdn. Bhd.)sedangkan beliau telah disiytihar muflis dalam tempoh berkenaan. Menurut seksyen 125 Akta Syarikat seseorang yang muflis akan otomatik terlucut dari jawatannya sebagai pengarah dimana-mana syarikat pun.

Kalau kerana terus menjadi pengarah syarikat dalam keadaan beliau muflis Zakaria telah dihukum MELAKUKAN KESALAHAN JENAYAH bagaimana pula dengan keadaannya memegang jawatanb SENATOR dalam tempoh itu?

Bagaimana dengan elaun dan kemudahannya sebagai seorang Senator ketika itu yang dibiayai oleh wang dari kantung rakyat?

Pada 7 Mac lepas BERNAMA melaporkan yang syarikat Masmanis Sdn Bhd ini terlibat dalam kegiatan mencuri pasir di Batu 13 Taman Sri Puchong, Selangor.

No comments: