Monday, June 11, 2007

Malapetaka terus mengunjungi kita

Satu demi satu malapetaka nampaknya menimpa kita di Malaysia ini samada kita sedari ataupun tidak. Ianya bermula dengan selsema burung yang dikesan merebak di Paya Jaras, Subang.

Belum pun sempat wabak ini ditangani dengan sebaiknya, kini kita dengar berlaku pula wabak yang sama bukan sekadar di sekitar Subang malah menjalar sehingga ke Kedah, Terengganu dan Melaka. Akibat dari kejutan ini permintaan untuk ayam daging mendadak turun, kerana para pengguna terpanggil untuk berhati-hati. Malah Singapura dilaporkan enggan menerima kemasukan ayam daging dari Selangor buat masa ini.

Kita mengharapkan pihak Kementerian dan Jabatan Kesihatan akan dapat segera mengawal wabak ini dan memperkenalkan langkah-langkah proaktif bagi memastikan ianya tidak menjejaskan klehidupan rakyat dan ekonomi negara.

Di Selangor kita lihat sejurus menerima laporan berkenaan kejadian di Subang, pihak berkenaan telah segera bertindak melupuskan semua unggas peliharaan di sekitar kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang risiko yang lebih padah. Tetapi apabila kita menonton berita di TV semalam, berkenaan keluarga yang menjadi mangsa di Terengganu, tidak ada sebarang langkah pencegahan diambil terhadap unggas di kawasan tersebut. Mengapa tiada tindakan segera yang diambil?




Gambar THE STAR di Jalan Sultan Ismail



Sementara itu semalam, Kuala Lumpur untuk kesekian kalinya dilanda lagi banjir kilat. Ada pemerhati yang menyatakan ianya adalah antara yang terburuk dalam sejarah KL kerana sehinggakan ruang solat di Masjid Jamek KL yang berada pada paras 10 meter dari paras normal Sungai Gombak dan Kelang turut digenangi air.

Antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir kali ini adalah sekitar Dataran Merdeka, Jalan Masjid India, Jalan Ipoh, Kampung Baru dan Kampung Chubadak, Sentul.


Gambar Utusan Msia berhampiran
Dataran Merdeka
Sekali lagi merek yang menggunakan tempat letak kereta bawah tanah di Dataran Merdeka menjadi mangsa apabila ia dinaiki air sehingga ke paras bumbung, demikian juga halnya bagi beberapa tempat letak kereta basement di sekitar bandaraya.

Dalam kekalutan banjir ini orang-ramai mula tertanya-tanya apakah manfaat kita berbelanja RM1.9 billion untuk terowong SMART (Stormwater Management and Road Tunnel) yang dikatakan akan memastikan KL bebas banjir itu? Baru minggu lepas KL turut dilanda banjir kilat, tetapi kenyataan rasmi yang kita dengar bahawa SMART tidak dapat membantu jika banjir berpunca dari longkang dan kawasan-kawasan rendah yang digenagi air, ianya cuma beroperasi apabila air Sungai Kelang melimpahi tebingnya.

Semalam di KL jelas air Sg Kelang telah jauh melewati tebingnya, namun banjir terjadi juga! Kalau menurut kenyataan rasmi semasa pelancaran terowong ini dahulu:

Once completed, it will be the largest stormwater tunnel in South East Asia and second largest in Asia. The main objective of this tunnel is to solve the problem of flash floods in Kuala Lumpur and also to reduce traffic jams along Jalan Sungai Besi and Loke Yew flyover at Pudu during rush hour. There are two components of this tunnel, the stormwater tunnel and motorway tunnel.

Dan dalam kenyataannya kepada media semalam Menteri Kerjaraya Samy Vellu berkata menjelang tengah malam Jumaat ini lebuhraya SMART akan mula mengenakan bayaran tol kepada penggunanya. Adakah SMART ini fungi asalnya sebagai lebuhraya atau meleraikan limpahan air dari Sg Kelang?

Dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini seorang peniaga di Lebuh Ampang yang menjadi mangsa banjir kilat ini telah berkata beliau sudah hilang kepercayaan kepada terowong SMART yang sebelum ini dikatakan boleh menangani masalah banjir di ibu kota.

Apa lagi alasan kerajaan kali ini?

(Terkini: Menteri Kerjaraya mengumumkan kadar tol untuk lebuhraya SMART adalah RM2.00, terima kasih Samy, selamat berbulan madu Pak Lah!)

No comments: