Sunday, June 17, 2007

Pengundi hantu berkongsi bantal dengan Dollah

Semasa Muktamar PAS Pusat ke 53 di Kota Bharu baru-baru ini, akhbar-akhbar tempatan telah mensasikan ucapan Ketua Dewan Ulamak PAS yang baru iaitu Ustaz Mohd Daud Iraqi, apabila beliau menyebut berkenaan usaha untuk memindahkan para pengndi anak Kelantan agar kembali mengundi ke Kelantan.

Beberapa pihak telah ditemuduga dan memberikan komentar kononnya PAS menuduh Umno mengimpot pengundi dan mewujudkan pengundi hantu rupa-rupanya PAS sendiri berbuat demikian. Sebagaimana biasa tidak ada mana-mana pihak mengambil inisiatif mendapatkan penjelasan dari Mohd Daud sendiri atau mana-mana yang ber AUTHORITY dalam PAS berkenaan hal ini.

Semalam di Kepala Batas, bukan secara senyap-senyap, tetapi diisytiharkan secara terbuka oleh PM Dollah Badawi bahawa isteri barunya Datin Seri Jeanne Abdullah Danker kini telahpun berdaftar sebagai ahli Umno cawangan Bertam di Kepala Batas dan kata Abdullah lagi sebagaimana dipetik oleh SUNDAY STAR:

Jeanne will register as a voter for the Kepala Batas constituency.

Jeanne akan mendaftar sebagai pengundi di kawasan Kepala Batas.

Soalnya adakah Jeanne bermastautin di Kepala Batas atau di Putrajaya? Alamat di kad pengenalan MyKad kita mestilah menunjukkan alamat tempat kita bermastautin kecualilah kita berumah di kampung suami kita.

Jika Jeanne seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab maka sudah pasti beliau adalah seorang pengundi yang berdaftar. Oleh itu jika kini beliau mahu menukar alamat dan berdaftar di Kepala Batas maka alamat di MyKadnya juga perlu ditukarkan ke alamat di Kepala Batas. Isunya adakah Jeanne bermastautin di Kepala Batas?

Jika tidak bermakna beliau telah menukarkan alamat di MyKadnya sewenang-wenangnya dan tidak secara langsung beliau juga berstatus pengundi impot atau istilah yang biasa digunakan PENGUNDI HANTU juga.

Tetapi kalau nanti ada hujah dari Pejabat PM atau SPR atau mana-mana pihak yang cuba mempertahankan hak Jeanne untuk mendaftar sebagai pengundi di Kepala Batas atas alasan itu kawasan suami baru beliau, maka janganlah mana-mana pihak pula SPR, Umno atau sesiapa, marah-marah kerana Ustaz Daud Iraqi meminta agar anak-anak Kelantan kembali mendaftar diri mengundi di Kelantan kerana bukankah Kelantan itu negeri dan kampung halaman mereka!?

Dollah tak takut hantu ke?

No comments: