Wednesday, November 26, 2008

Perihal Mahathir yang fobia PAS
(Ini merupakan artikel saya terbaru dalam ruangan "Menongkah Arus" di Harakahdaily)

Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat (PM dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003) adalah seorang negarawan yang telah banyak mewarnai persada politik di negara ini.


Malah sejak menjejakkan kakinya ke dunia politik seawal 1950an sehingga sekarang, sebagai pengkritik sepenuh masa, beliau terus bertenaga mempengaruhi politik negara walaupun hari ini beliau telahpun keluar dari Umno.

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang karier beliau dalam kerajaan dan terutama semasa menerajui negara, PAS lah merupakan tulang tajam yang tersengkang dalam kerongkongnya.


(gambar Harakahdaily)
Beliau bernafsu meneruskan agenda mahu melupuskan PAS sehingga tinggal satu kerusi di parlimen di zamannya, berhadapan dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat (ketika itu ahli parlimen Pengkalan Chepa) semasa krisis perlembagaan negara melibatkan penghakisan imuniti Raja-raja Melayu 1983 (ketika zaman 2M, Mahathir-Musa), pun PAS lah yang dilihat sebagai penghalang terbesar.

Malah kuasa PAS di zaman Mahathir sungguh tercabar dengan peristiwa Memali, peristiwa Lubuk Merbau, penangkapan besar-besaran terhadap pimpinan dan aktivis PAS, prpoganda memburuk-burukkan gerakan politik Islam semuanya berlaku secara besar-besaran di zaman beliau.

Tetapi PAS terus konsisten, membina kekuatan dalam tekanan yang serba mencabar ketika itu. Terbukti keteguhan kekuatan PAS itu terserlah apabila di zaman beliau juga, walaupun tekanannya kuat, PAS mampu bangkit dan akhirnya menebus kembali kerajaan negeri Kelantan yang tewas ke tangan Umno di zaman Allahyarham Tun Hussien.

PAS bangkit menempelak Umno di bawah Mahathir pada tahun 1990 ketika Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Nor menerajui PAS, dengan merampas kerajaan negeri Kelantan. Dalam beliau berusaha mahu bangkit dari mimpi ngerinya, PAS menawan pula Terengganu pada tahun 1999 dan Mahathir terus dihantui parti itu.

PAS ternyata bangkit dalam arus tekanan untuk berhadapan secara "direct" dengan beliau di Parlimen diketuai Presiden PAS sendiri iaitu Almarhum Ustaz Fadzil dan diikuti Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi, apabila Ustaz Fadzil meninggal dunia.

Tanggal kebangkitan semula PAS pada tahun 1990 terus menghambat beliau sehinggalah beliau bersara pada tahun 2003. Kalau ada sesiapa yang masih ingat ketika beliau Presiden Umno, bagaikan tidak sah ucapan penangguhannya setiap tahun di Perhimpunan Agung Umno, jika tidak mencela dan mencemuh PAS.

Mungkin beliau menyangka dengan tiada lagi berjawatan maka PAS tidak akan menghantuinya lagi. Ternyata beliau silap. Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, walaupun beliau tidak lagi mempertahankan kerusi parlimennya, Presiden Umno yang baru Abdullah Badawi seakan menambahkan lagi mimpi ngeri buat Mahathir, apabila dalam hidupnya menyaksikan negerinya sendiri iaitu Kedah Darul Aman pula jatuh ke tangan PAS.

Lantas tidak menghairankanlah hari ini apabila Mahathir terus mahu membelasah PAS. Semasa hadir dalam satu majlis anjuran GAPENA baru-baru ini, Mahathir walaupun dalam senja usianya, masih bernafsu rupa-rupanya untuk mengkritik "puaka" yang terus tidak hilang dari hidupnya iaitu PAS.

Kata beliau PAS hari ini sudah tidak bercakap berkenaan penubuhan Negara Islam lagi. PAS hari ini hadir sekadar untuk memuaskan kehendak parti-parti rakannya. Bangsa Melayu kata beliau sudah tidak boleh mengharapkan PAS untuk melindungi hak-hak keistimewaan mereka memandangkan parti itu lebih kecil daripada DAP walaupun mempunyai penyokong yang ramai.
Begitulah Mahathir pada hari ini, di satu segi mahu menikmati zaman persaraannya tetapi dalam waktu yang sama terpaksa mengamalkan perangai lamanya, bukan apa kerana anaknya kini sedang menyediakan diri untuk mengganti legasinya. Jadi suka tak suka Mahathir terpaksa bersuara, dan apa lagi yang tinggal bagi beliau jika tidak menyerang kembali musuh tradisinya iaitu PAS.

Mahathir boleh berkata apa sahaja, tetapi beliau tidak dapat membohongi rakyat bahawa Umno kini semakin tenat, malah itulah juga kenyataannya sebelum ini. Dalam ketenatan Umno itu, realitinya hari ini orang-orang Melayu dan umat Islam, selain yang bukan Islam juga, semakin yakin dan mengharapkan PAS. PAS kekal sebagai parti Islam sejak dari Mahathir pandai berpolitik puluhan tahun lalu, semasa Mahathir manusia paling berkuasa dalam negara, sehinggalah kini ketika beliau tiada bertaring lagi.

Umno sudah penuh dengan noda rasuah dan kronisme, salah-guna kuasa, bagaikan kurap penuh di badan. Orang Melayu sendiri mengakui hakikat ini kerana itu PAS memperolehi undi Melayu yang besar di samping bantuan rakan-rakan lain sehingga mampu menawan Kedah dan bertahan teguh di Kelantan. Di kawasan-kawasan majoriti Melayu di luar Kedah dan Kelantan calon-calon PAS tewas dengan undi yang sangat kecil ada yang di bawah 50 undi!

PAS semakin bangkit dan Insya Allah akan terus bangkit dan relevan sebagai parti Islam untuk meneraju arus politik baru dalam negara. Politik yang tidak lagi bergantung kepada kekuatan dan pengaruh kuasa dan kewangan individu sebagaimana di zaman Umno, politik yang tidak bertenggek pada ektrimis bangsa yang membuta. PAS sedang meneraju politik Islam yang bersih, adil dan membela semua, yang mampu melahirkan kepimpinan yang diidamkan rakyat, bukan hanya untuk orang-orang Melayu dan umat Islam malah seluruh rakyat Malaysia.
Mahathir mungkin terus dengan phobianya terhadap PAS. Tetapi PAS akan terus bergerak melangsungkan agendanya berjuang untuk mencapai prinsip dan cita-cita perjuangannya sama ada Mahathir suka ataupun tidak.

7 comments:

Seladang said...

Zaman pemikiran Mahathir sudah berlalu. Cukuplah 22 tahun dia jadikan Malaysia ini bagaikan dia punya seorang! Sekarang semuanya telah berubah. Usahkan Mahathir orang tak pakai. Umno/Bn pun orang nak tolak.

RANGKAIAN PEMUDA BERANI said...

Saya difahamkan sebab-sebab Mahathir begitu bersungguh-sungguh bercakap mengenai politik wang dalam UMNO ialah beliau hendak memerangkap calon-calon Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda yang tak sehaluan dengan dia.

Adakah Mahathir lupa bahawa pada zaman dialah politik wang hidup subur. Kita tak payah jadi hipokrit dengan mengatakan Mahathir tak tahu tentang politik wang. Semua orang tahu. Sekarang dia hendak menggunakan politik wang untuk menyingkirkan pemimpin umno yang tak disukainya. Begitulah liciknya politik Mahathir.

Khabarnya juga, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tengku Ahmad Rithaudeen akan menghukum siapa saja yang ditunjuk oleh Mahathir. Beliau mempunyai sejarah yang cukup panjang dengan Mahathir dan Najib atau Pak Lah tak dapat mengawalnya.

Tunggulah siapakah yang akan dihukum oleh Mahathir melalui Ahmad Rithaudeen. Saya difahamkan ada tiga nama dalam senarai hitam Mahathir dan dia akan menggunakan Lembaga Disiplin UMNO untuk memusnahkan mereka.

Tentunya oramg itu bukan Mukhriz Mahathir!

Anonymous said...

Giliran dia pula jadi nyanyuk, dulu dia kata Tunku nyanyuk sekarang ini dialah yang nyanyuk dan meroyan si Tun Kepala Taik ini!Dia tidak pernah mewarnai apa apa cuma hitam saja!

yeopkampo said...

Mengapa kita masih mempedulikan org tua ini ....Dialah yg merosakan org melayu, dialah yg mengkianati org melayu, dia lah yg duduk didepan penghisab darah anandakirinun,tekpengg,francis dan lain-lain ahli koperat yg telah dikayakan nya... sehinggakan merekalah tangan2 yg mengawal kehakiman sebenarnya...mereklah yg menaikan kos hidup kita sebenarnya.. itulah mahdet dan org2nya...
maka hapuskanlah politik anaknya jika negara mahu selamat...bangkitlah....

Toklong

Anonymous said...

sdr
artikel macam inilah patut ditulis dan diperbanyakan lagi. amat baik dan akademuik.orang melayu (baca mahathir) tak habis-habis dengan angan2 mat jenin .saya ingat mat jenin cerita dongeng rupanya benar dan UMNO adalah orangnya.Mahathir dan berusia dan tak sesuai lagi dengan politik semasa.zaman mahathir politik one man show ( mahathir sahaja )tapi sekarang politik perkongsian/sharing/pakatan.ini bukan zaman mahathir.saya mohon seseorang dari kita dapat maklumkan kepada nya.
tahniah atas artikel tersebut

Anonymous said...

Tuan,

Bravo..
Saya yakin orang tua ini memang ada
senarai...

- siapa yang berpolitik wang.
- siapa yang ada rekod jenayah.
- siapa yang menyalahguna kuasa..

PERSOALAN BESAR...kenapa TIADA PENDEDAHAN semasa beliau berkuasa kecuali PENDAKWAAN TERPILIH sahaja.

Apakah beliau IKHLAS sekarang ini??


Orang Kampong yang tak lupa.

Anonymous said...

Firaun nie memang liat nyawa. Bukan apa, Allah nak tunjuk kat dia umno tersungkuq pada pilihanraya ke 13 nanti.Dah tua.. insaf2lah.