Saturday, November 29, 2008

Kalau PAS gagal, Umno bagaimana?

“PAS gagal laksanakan agenda Islam di Selangor”, demikianlah tajuk laporan berita muka 5 Utusan Malaysia hari ini. Ia memetik kenyataan Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Rahman Palil yang juga ADUN Sementa (yang memenangi kerusi tersebut secara percuma dalam PR lalu).

Kata beliau walaupun PAS kini berkuasa di negeri Selangor melalui kerajaan Pakatan Rakyat namun seakan tidak berupaya melaksanakan agenda pembangunan Islam kerana rakan-rakan dalam PR seperti PKR dan DAP seolah-olah menidakkan peranan mereka.

Syabaslah Rahman Palil kerana mampu juga bersuara walaupun kini duduk dikerusi pembangkang. Selama ini Umno Selangor hanya bersuara melalui Khir Toyo dan sedikit-sebanyak dari Muhammad Taib selaku Ketua Perhubungan, yang lain termasuklah Rahman seakan sepi mendiamkan diri. Memang bukan mudah merubah diri dari duduk dibangku kerajaan ke kerusi pembangkang kini.

Apakah benar bahawa PAS selama ini gagal laksanakan agenda Islam? Apakah Umno sebelum ini berjaya?


Kita akui bahawa PAS dengan hanya 8 kerusi DUN Selangor, merupakan rakan kongsi terkecil dalam kerajaan Pakatan Rakyat berbanding PKR dan DAP (walaupun ada mengatakan sebenarnya yang paling kecil adalah PSM dengan 1 kerusi di Kota Damansara). Walaubagaimanapun Rahman lupa dan mungkin tidak tahu bahawa rakan-rakan dalam PR akur dan tidak pernah memperkecilkan peranan PAS kerana sedikitnya bilangan kerusi mereka lantaran kerajaan PR Selangor hakikatnya tidak akan terbentuk tanpa kehadiran PAS.

Kerana itu untuk mengatakan yang PAS tidak berupaya lantaran kecilnya saham kuasanya dalam kerajaan Selangor adalah tidak tepat. Sejurus terbentuk kerajaaan PR selepas pilihan raya lalu, Pesuruhjaya PAS, Dato Dr Hasan Ali yang juga ADUN Gombak Setia telah diangkat sebagai EXCO bertanggungjawab dalam hal ehwal agama dan adat sitiadat Melayu. Ini merupakan pengiktirafan pertama kerajaan negeri terhadap PAS.

Lalu apakah PAS gagal dalam agenda Islamnya selama 8 bulan kebelakangan ini? Rahman mungkin perlu berkata begitu kerana beliau Ketua Penerangan dari parti pembangkang, takkanlah beliau mahu katakana yang Dr Hasan lebih efektif sebagai EXCO Agama berbanding beliau dahulu.

Sesungguhnya dimana-mana sahaja PAS berada, samada dalam kerajaan yang ia dominasi, seperti Kelantan ataupun punya pengaruh seperti Kedah atau sekecil Perak dan Selangor, agenda Islam yang diperjuangkan parti itu akan terus ditonjolkan. Bukan hanya MB, EXCO dan ADUN PAS bertanggungjawab menjulangnya, malah apabila ada kerajaan, ahli-ahli PBT, ketua-ketua kampong, JKKK dan lain-lain semuanya perlu pikul tanggungjawab ini. Berlainan dengan Umno, walaupun kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara, tetapi bila berkuasa, yang menjadi tumpuannya adalah projek, projek dan projek.

Rahman mengambil contoh kes pengharaman arak di Selangor yang dijadikan isu baru-baru ini.Kalau Rahman jujur sebenarnya apabila beliau memainkan isu ini keadaannya bagaikan meludah dilangit, jatuh terpalit ke muka beliau sendiri. Jangan putar-belitkan isu. Kenyataan MB selepas mesyuarat EXCO baru-baru ini menyebut bahawa penguatkuasaan terhadap peraturan yang sedia ada akan dilaksanakan mulai Januari 2009. Ini bermakna PAS telah berjaya menuntut kerajaan Pakatan Rakyat yang baru 8 bulan usianya itu agar menguatkuasakan pengharaman penjualan arak ke atas umat Islam di Selangor sebagaimana yang terkandung dalam enakmen pentadbiran Islam negeri, peruntukkan yang ada sejak zaman BN lagi tetapi langsung tidak diusaha atau dipedulikan oleh Rahman ketiak beliau EXCO Agama!

Bagaimana dengan pentadbiran masjid dan surau yang dibelenggu dizaman Rahman dan Umno sehingga masjid dan surau gagal memainkan peranannya sebagai pembentuk akhlak dan pemikiran masyarakat. Dizaman Rahman Almarhum Dato Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor), Dato Dr Harun Din, Ustaz Dato’ Ismail Kamus semuanya walaupun tinggi dan diiktiraf ilmunya tetapi dilarang mengajar di masjid dan surau-surau seluruh Selangor! Jawatankuasa masjid dan surau-surau tiada lagi dipilih oleh ahli-ahli kariah tetapi ditentukan oleh kerajaan dengan bantuan kuat Umno peringkat cawangan dan bahagian dizaman Rahman. Kini kuasa ahli kariah mahu dikembalikan semula oleh kerajaan, mana lebih baik?

Kerajaan negeri Selangor kini melalui suara wakil-wakil PAS mengawal aktiviti hiburan berunsur maksiat, sejak 8 bulan kebelakangan ini banyak telah diharamkan, dikawal dan seumpamanya, tidak seperti dulu. Malah aktiviti hiburan melampau seperti konsert dan “funfair” turut tidak diluluskan oleh PBT di kawasan majoriti penduduk Islam. Zaman Rahman dulu bagaimana?

Begitu juga dengan pengagihan bantuan zakat, kini semakin meluas dan tidak lagi terhad kepada mereka yang sebulu dengan parti pemerintah semata-mata seperti dizaman Rahman dulu. Anak-anak yang layak dihatar untuk melanjutkan pengajian ke pusat-pusat pengajian di Timur Tengah dalam bilangan yang berganda lebihnya berbanding dizaman Rahman. Maahad-maahad Tahfiz yang dulunya hjampir tutup kedai kini dibantu oleh kerajaan melalui EXCO Agama.

Di PBT-PBT seluruh Selangor kini ahli-ahli majlis PAS memain peranan untuk melahirkan masyarakat yang bermaruah, bersih, telus dan bermoral. Lesen-lesen pusat-pusat hiburan terutama rumah-rumah urut yang merupakan sarang maksiat di zaman Rahman kini dikawal dan banyak yang telah ditutup dan tidak diluluskan lesennya.

Banyak lagi program yang sedang disusun oleh pimpinan PAS negeri khususnya berhubung Islam dan nasib serta masa-depan orang-orang Melayu disamping seluruh masyarakat berbilang kaum. Kami baru lapan bulan berkuasa sedangkan kita boleh bertanyakan soalan yang sama kepada Rahman, apakah yang telah beliau dan Umno lakukan untuk Islam selama hampir 50 tahun mereka berkuasa?!

Kata Rahman PAS sudah menjadi parti hipokrit, sedangkan beliau dan Umno yang hipokrit selama ini sehingga ditolak rakyat tidak beliau sedari.

Saya yakin PAS akan terus komited dalam memperjuangakn agenda Islamnya, kerana itulah tuntutan ahli-ahli dan mereka yang telah memberikan mandat kepada PAS. Selagi mana PAS adalah parti Islam maka selagi itulah ia tidak boleh memisahkan dirinya dari berjuang dan melaksanakan Islam. Rahman boleh terus kritik dan tabur fitnah, tetapi ingat kita semua bertanggungjawab di hadapan Allah swt apabila bertemu Nya kelak dimana semua bukan hanya PAS termasuklah Umno dan lain-lain akan ditanya tentang apa yang telah kita lakukan apabila diberi kuasa di atas bumi yang sementara ini.

10 comments:

Ku ingat Taqwa said...

salam. baik hati jugak saudara roslan komen pasal isu yang dilontarkan oleh rahman ni. nama dah sedap, perangai macam @#$%^. Eloklah rahman pergi ke pejabat pendaftaran, tukar nama dulu baru timbulkan isu. ni kita nak kutuk pun takut tersilap kutuk sebab nama dia tu sedap.

special task force said...

saya tak nampak pas gagal di selangor. elok juga pas low profil agar banyak kerja yang dibuat. saya mencadangkan dalam pkr dan dap sibuk mengaku jadi juara dengan bilangan kerusi mereka. PAS perlu kerja dengan lebih gigih berdakwah ke dalam kawasan majoriti melayu yang masih dikawal oleh UMNO. kawasan tersebut mungkin milik pas masa hadapan jika usaha berterusan dilakukan. jangan lupa kepada ajk pas cawangan agar aktif mendaftar ahli baru ke dalam kawasan yang pas bakal bertarung. biar ahli pas berdaftar di kawasan pas bertarung. kita lihat pula nanti pru13, tanpa usaha ahli pas, pkr dan dap tiada apa2. menang sombong dan bongkak, bila menang lupa jasa pas. nasib di selangor ialah pas mendapat kawasan hardcore melayu yang sukar ditembusi. pkr dapat kawasan melayu majorit ahli pas + cina india yang sokong pakatan, maka menanglah mereka untuk kerusi tersebut. kalau kita mula merangka strategi. insyallah pas akan bangun memerintah di selangor malah di perak. orang mula muiak dan lupa umno.

mufarakahpr said...

jangan dilayan sangat UMNO ni
kita baru berapa bulan nak tegakkan Islam.
mana nak lawan tempoh 50 tahun UMNO yang masih gagal tegakkan Islam.

Anonymous said...

menang pun free lagi mau kecoh itu orang...ko bukan kerana pembelot xkan ko menang palil...

UMNO PARTI PENJARA said...

Papan Tanda Kat Negara Kita Dah Sengetlah :-)
http://pro-faizal.blogspot.com

mut said...

Rahman ni sebelum pilihanraya arituh kan dah jadik skandal? Khir Toyo jugak kena backing dia.....

Memang muka tak tahu malu ! Tapi UMNO lah katakan.....

Anonymous said...

ya, saya sokong kenyataan special task force..
pedulikan puak2 ni, yg penting PAS Selangor perlu atur strategi untuk menarik golongan2 melayu Islam ni untuk bersama2 dalam PAS...
dalam hal ini kepimpinan Datuk Hasan Ali dan AJK2 lain perlu atur strategi khusus, program2 yang objektif dan pemantauan yang berterusan, insya-Allah, kejayaan yang sangat gemilang pasti akan menunggu PAS Selangor!!!

Yanaam said...

Syabas.

Hebat bila Ketua Penerangan PAS jawab isu yang dibangkit Ketua Penerangan UMNO. Macam tu lah ketua penerangan yang berkesan.

Tapi penerangan melalui blog je tak cukup. Tak meluas macam Utusan kerana tahap akses internet di Malaysia masih rendah terutama dalam komuniti Melayu.

Sebarkan melalui Harakah, Siasah, Sinar dan jangan lupa Utusan Malaysia :)

Anonymous said...

it seems that pas should become a decider to ensure the due process should laying under islamic pillar..I talk to much but my heart silence..

rumi.

Anonymous said...

Terima kasih atas satu analisis menyeluruh.
Sekurang-kurang kami semua dapat memahaminya dengan satu artikel yang ringkas dan tepat.
Alangkah baik jika Rahman Palil sendiri berjumpa dengan Dr Hasan Ali dari menyalak diluar. Kalau beliau sebagai bekas Exco Agama sendiri perlu bersikap lebih rasional dalam semua isu yang dibangkitkan. Atau kerana beliau malu dengan sikap lama puak UMNO yang dulu menolak semua orang Islam yang tidak ada kad ahli UMNO. Mentaliti UMNO sahaja Islam (walaupun nama parti sendiri adalah nama orang putih.
Adakah Rahman Palil mahu terus memusuhi golongan yang mahu memakmurkan mesjid kerana dia sendiri mahu menentukan segala agenda mesjid dengan caranya sendiri?