Thursday, November 20, 2008

Lupakan sahaja Shah Rukh kalau nak jadi Timbalan Presiden

“Shah Rukh Khant come” demikianlah tajuk muka tiga akhbar The Star hari ini. Menurut laporannya bintang Bollywood yang difikirkan layak menerima anugerah “Datuk” Melaka oleh Ketua Menteri Melaka itu tidak dapat hadir menerima anugerah tersebut pada tarikh yang ditetapkan kerajaan negeri iaitu 29 November ini.

Alasannya beliau sibuk.

Sebelum ini penganugerahan bintang-bintang kebesaran negeri sempena ulangtahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka telah pun berlangsung tanpa kehadiran Shah Rukh walaupun beliau diseneraikan menerima gelaran tertinggi negeri itu juga atas alasan yang sama. Maka kelam-kabut dan bergelutlah kerajaan negeri menetapkan tarikh baru khas untuk mengalungkan gelaran kepada anak asing yang tidak pernah berjasa kepada negeri itu.

Dikhabarkan pihak TV juga akan menyiarkan secara langsung majlis untuk anak Bollywood itu nanti, dan kini tiba-tiba beliau tiada masa untuk Melaka kerana sibuk! Bagi saya ini suatu penghinaan kerana ternyata si Shah Rukh tidak ambil berat apalagi meletakkan Melaka sebagai satu keutamaan buat beliau. Saya tidak faham kenapa kita perlu meletakkan diri kita terlalu rendah seolah kebulurkan sangat kelibat beliau yang tidak langsung memperdulikan kita pun.

Kini sekali lagi kerajaan negeri mencari pula tarikh baru.

Kalau pun benar Ali Rustam mahu menang jawatan Timbalan Presiden Umno, tak perlulah mahu mencuri “glamour” melalui Shah Rukh. Malah saya meraskana puaka Shah Rukh ini nampak-nampaknya akan menghantui Ali Rustam dan berkemungkinan beliau nanti kecundang kerananya. Sekarang pun isu ini dijadikan bahan senda gurau oleh semua pihak termasuk kalangan Umno.

Jebat rebah kerana Taming Sari, Ali Rustam tersungkur angkara Shah Rukh!

6 comments:

Anonymous said...

baguslah kalau ali rostam atau mat tayyib jadi TPM, mudah sikit kerja Pakatan Rakyat..

kalau Muhyiddin sukar sikit misi kita.

apapun, kita tunggu Bung Anwar bentuk kerajaan...saya tak sabar dahhhhhhhh

Anonymous said...

betul..ali rostam jatuh kerana shah rukh khan..ntah berapa banyak duit rakyat mlake perabih kat shah ruk khan...melaka ni dh mcm hidung x mancung..pipi tersorong2...haha..

M Rajoli Al-Qlantani said...

Saya cadangkan Khalil Yaakob dan Ali Rostam pergi ke India untuk menyerahkan sendiri gelaran datuk kepada shah Rukh khan, baru gempak..!! Boleh jumpa Aswariya Rai sekali.. kalau ada 'datuk' lebih .. kasilah kat dia...

Anonymous said...

EE..kekadang na marah gak dengan tindakan diorang...( maklumlah budak melaka kan) buat malu Melaka ja....

Na Upm

Anonymous said...

mlm tadi masa rehat2 tgk tv... tertekan channel 108 kat astro... filem Yaadein sdg ditayangkan...

filem ni saya penah tgk masa mula2 filem ni keluar dulu (saya tgk kat vcd yg di beli di pasar malam je.. hehehe)

dalam filem ni antara lokasi nya ialah di Langkawi (kira lama gak dorang tayangkan Langkawi) masa tu ada Le Tour De Langkawi.

Paling menarik ada beberapa penari kebudayaan sedang menari di tepi pantai sambil lagu Siti Nurhaliza jelas berkumandang (x ingat tajuk lagu, Cindai kot)...

Lepas tu kakak saya tanya "takde sape2 ke nak bagi DATUK kat Hritik Roshan & Kareena Kapoor ni, dorang berlakon kat Langkawi ni, siap ada lagu Siti Nurhaliza lagi yg dalam Bahasa Melayu"

dan saya..... hahahaha hanya ketawa...

Anonymous said...

ABANG ALI PUTAR LAGU KOCAK-KOCAK HOTAK AIR...MUNGKIN DIA TENGAH LAYAN KUT

TOK PENGULU