Thursday, November 06, 2008

Jangan jadi manusia yang kacau

“Bloody bastard” adalah satu ungkapan yang sangat kasar dan biadap dan lazimnya dikeluarkan oleh seseorang dalam keadaan marah atau emosi yang tinggi bagi tujuan untuk memperovokasi seseorang yang lain, ringkasnya mahu cari gaduh dengan cara menghina seseorang. Siapa yang tidak akan merasa terhina atau terganggu apabila digelar “anak haram” oleh seseorang lain?

Benar juga seseorang yang tersinggung atau turut rasa terhina juga mungkin mampu mengeluarkan ungakapan ini secara defensif. Ungakapan ini dikeluarkan oleh seorang ahli parlimen BN terhadap seorang ahli parlimen DAP semalam di Dewan Rakyat.

Soalnya mengapa perlu keluarkan ungakapan seumpama ini? Manusia jenis apakah dewasa ini masih merasa puas dengan kemampuan menghina dan memaki hamun orang lain?

Sesungguhnya siapa pun tidak kiralah samada ia seorang ahli parlimen, ketua syarikat, majikan, ketua parti, ketua masyarakat hatta penulis seperti saya sekalipun tidak berhak memaki atau menista seseorang sehingga menyentuh keturunan dan susur-galur seseorang yabg lain, tambah-tambah dalam keadaan sedar bahawa ianya palsu (mahupun jika ia benar sekalipun).

Seseorang itu dinilai dari segi adab dan akhlaknya, apabila mulutnya ringan memaki orang lain, tangannya ringan memaki orang lain (melalui tulisan) itulah sebenanrya nilai adab dan aklaknya. Pepatah Melayu berbunyi “bahasa jiwa bangsa” atau “bahasa menunjukkan bangsa”, orang Melayu, Cina, India atau bangsa mana sekalipun tidak mengajar bangsanya memaki-hamun seseorang yang lain, jika ada manusia seumpama ini, ternyata ia seorang yang terganggu mindanya, jiwanua kacau, lantas tidak layak menjadi seorang yang dicontohi apalagi seorang pemimpin termasuklah seorang penulis.

3 comments:

CUCU TOK KEDU said...

Pemimpin Umno/Bn memangnya kurang ajar, angkuh, bongkak, tamak! rasuah, zalim! Mereka memikirkan akan berkuasa sampai mampus! Sesama mereka pun mereka kurang ajar juga kerana berebutkan harta rakyat dengan menabur duit untuk membeli undi dalam pemilihan parti. Pilihanraya lagilah kuat mereka tabur duit tapi selalunya guna duit rakyat/kerajaan dan duit tokey-tokey. Harapan bila memang akan balas budi, yang untung tokey yang tertunggu-tunggu subsidi ialah rakyat!

Ke mana hala rakyat yang dah sedar?

http://rp-semantan.blogspot.com

Anonymous said...

salam...

pada saya bercakap jangan pandang depan sahaja. begitu juga dengan menulis, jangan pandang bawah sahaja. lantas jangan menganggap lawan kita sahaja yang tak betul. kenapa timbul situasi2 bigini adalah kerana keperibadian yb2 yang tidak professional. tidak kira dari bn atau pr. natijahnya seorang yb itu sewajibnya khusuk mandengar sambil membuat catatan2 ringkas setiap apa yang dibahaskan. ingat!!! membuat catatan. bukan membuat cantasan. mencantas percakapan yang dibahaskan!!!

tokpengulu

Anonymous said...

sia-sia jadi wakil rakyat yang tak tahu menyelesaikan masalah rakyat, lagi bertambah masalah, lebih baik tak da wakil rakyat, pulak tu memalukan orang melayu, ngaku islam lagi, tapi perangai lebih buruk dari haiwan, tu, anak menteri mana tu, siap ditangan ada tin carlberg lagi.....tu islam ke? tak ngaji ke? rosak melayu bukan kerana bangsa lain. tapi bangsa melayu itu sendiri, sebab tolak apa yang Allah suruh, tapi buat apa yang Allah larang,,,
cucu orang utan