PAK LAH SENARAI HITAMKAN KHIR
NAMUN SELESAIKAH MASALAH
Kini jelas. Taman Bukit Cahaya Seri Alam yang dahulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah memang mengalami kesan negatif terhadap ekologinya hasil dari pembagunan rakus yang dijalankan oleh 35 pemaju dipersekitarannya.
MB Selangor Khir Toyo dalam akhbar THE MALAY MAIL hari ini menafikan memiliki sebarang kepentingan peribadi terhadap projek yang sedang dilaksanakan. Kata beliau:
I have no share or any interest in the development there. I have nothing to hide about this.
KHIR OK DI BLACKLIST
Samada beliau ada kepentingan ataupun tidak itu isu kedua. (Walaupun ramai yang mengakui bahawa Khir memang mempunyai hubungan yang akrab dengan pemilik Lebar Daun Developmet, salah-sebuah syarikat pemaju yang terlibat yang dibongkar oleh akhbar UTUSAN MALAYSIA hari ini) Yang pentingnya kini Taman ini dan segala khazanah di dalamnya telah menjadi mangsa pembangunan yang diketahui hidup-hidup oleh kerajaan negeri bawah pimpinan Khir.
Pak Lah semasa merasmikan Hari Lanskap Negara di Taman Tasik Perdana hari ini telah menyebut secara terbuka perkosaan yang berlaku terhadap Taman ini. Malah beliau secara terbuka menyebut nama Khir di dalam ucapannya itu. Dan BERNAMA melaporkan Pak Lah semasa dalam perjalanan ke Taman Tasik Perdana melalui pesawat Nuri telah memantau sendiri kesan buruk terhadap Taman Pertanian berkenaan. BERNAMA memaparkan gambar Pak Lah menjenguk dari tingkap pesawat tersebut dengan caption:
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is visibly upset to see the extensive damage done to the Bukit Cahaya Seri Alam Agriculture Park vicinity in Shah Alam.
PM Pak Lah kelihatan begitu tersinggung menyaksikan kemusnahan besar yang berlaku terhadap Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam.
Kerajaan Pusat melalui mesyuarat kabinet Rabu lalu telah mengumumkan akan mengarahkan kerajaan negeri menyerahkan Taman berkenaan untuk digazetkan sebagai tanah reserve persekutuan. Tetapi apakah tindakan tersebut menyelesaikan masalah yang berlaku?
Kedua-dua akhbar NST dan Utusan masih mendedahkan secara terbuka isu ini dan berterusan membongkar pelbagai persoalan baru, malah NST mempertikaikan adakah Khir sebenarnya menjaga kepentingan Taman berkenaan ataupun kepentingan pemaju.
Kesimpulannya satu badan penyiasat perlu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini dari awal hingga akhir. Atas nama ketelusan segala-galanya perlu dibawa kepengetahuan rakyat dan pihak yang bertanggungjawab perlu diseret kepengadilan bukan sekadar mendenda satu-dua pemaju tetapi siapa sahaja yang bertanggungjawab samada pemaju, kakitangan kerajaan termasuklah ahli EXCO dan MB sendiri jika perlu!
Kalau PM sendiri dilaporkan kecewa dan banyak pihak pula merungut secara terbuka tetapi yang didenda cuma satu-dua pemaju dan kemudiannya semua kembali seperti sedia-kala, maka jangan hairan beribu lagi perkosaan terhadap khazanah negara seumpama di Bukit Cerakah ini akan berlaku, kerana kita sesungguhnya sekadar pandai membuat bising hanya apabila segala-galanya sebenarnya telah musnah dan ranap.
No comments:
Post a Comment