KEMBALIKAN PILIHANRAYA MAJLIS TEMPATAN
Semalam merupakan ulangtahun ke 40 tarikh pembatalan pilihanaraya majlis tempatan yang pernah diadakan dinegara kita sehingga tahun 1965. Ianya dibatalkan melalui peruntukkan Emergency (Suspension of Local Government Elections) Regulations 1965 iaitu satu peruntukkan yang digunakan atas nama darurat. Ketika itu Malaysia sedang menghadapi Konfrantasi dengan Indonesia, suasana difikirkan tegang dan tidak sesuai untuk pilihanraya jenis ini
Pra 1965 ahli-ahli majlis-majlis tempatan dalam negara dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya.
Tujuan pemilihan diperingkat ini pada dasarnya adalah untuk mewujudkan ketelusan dalam urusan dan pentadbiran majlis-majlis tempatan dimana sesuatu tindakan dan keputusan yang dibuat secara tekniknya diputuskan oleh wakil-wakil rakyat yang terdiri dari ahli-ahli majlis yang dipilih.
Pasca 1965 ahli-ahli majlis tempatan cuma dilantik dikalangan ahli-ahli politik yang mewakili parti yang memerintah diperingkat negeri. Dalam erti kata lain rakyat tidak lagi terlibat dalam proses membuat keputusan dan dasar sedangkan rakyatlah yang merupakan pembayar cukai dan hasil yang merupakan sumber dana utama untuk satu-satu majlis tempatan.
Dalam suasana aman dan negara bersungguh mahu mempamirkan wajah negara maju maka layaklah proses demokrasi saluran ketiga ini dihidupkan kembali. Tambahan dengan banyaknya keluhan dikalangan rakyat darihal perjalanan majlis-majlis tempatan, sesuai sangatlah kerajaan menimbangkan agar pilihanraya majlis tempatan ini dijalankan semula. Sekurang-kurangnya rakyat boleh terlibat langsung dalam menentukan suasana kehidupan masing-masing diperingkat tempatan.
Sementara itu DAP semalam telah mengadakan perhimpunan di dataran Merdeka untuk menuntut agar pilihanraya majlis tempatan ini sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dihidupkan kembali.
dari screenshot (jeffooi)
Namun yang menyedihkan apabila pihak polis meleraikan perhimpunan aman ini dengan menangkap 7 orang yang terbabit termasuklah seorang ahli parlimen dan seorang ADUN. Wajarkah pihak polis bertindak demikian? Menurut sumber perhimpunan tersebut ketika itu telah pun sampai ke penghujungnya namun pihak polis dengan memberikan hanya sekali amaran telah terus bertindak meleraikan yang hadir disamping menangkap individu berkenaan serta merampas belon-belon yang mahu dilepaskan oleh pihak penganjur.
Demonstrasi jalanan di Lebanon
Kejadian ini mengingatkan saya tentang siaran CNN yang saya tonton satu dua hari ini dimana demonstrasi jalanan rakyat Lebanon yang menutut agar tentera Syria berundur dari bumi mereka ditunjukkan. Pihak kerajaan telah mengharamkan sebarang bentuk demonstrasi, pihak polis dengan senjata lengkap telah dikerah keluar, namun walaupun demonstrasi yang ditontonkan besar, bising dan menganggu suasana, pihak berkuasa tidak menganggu sedikit pun cuma sekadar mengawal lalulintas dan pergerakan demonstrasi berkenaan.
Malaysia jauh lebih aman dan maju dari Lebanon!
No comments:
Post a Comment