DISEBALIK PERKOSAAN BUKIT CERAKAH:
TERBONGKAR PULA ISTANA PARA EXCO
Mungkinkah ini paku terakhir buat keranda politik Khir Toyo?
Dalam kepanasan pendedahan skandal perkosaan Taman Cahaya Sri Alam di Bukit Cerakah kini terbongkar kisah baru. Di Seksyen 7 Shah Alam telah siap dibina sebuah perkampungan mewah untuk anggota EXCO Selangor (EXCO Village menurut THE STAR) yang terdiri daripada 10 buah banglo mewah lengkap dengan club house eksklusif. (mengapa 10 sedangkan Selangor cuma punya 9 EXCO)
gambar blog jeff ooi
Menurut Ketua Pembangkang DUN Selangor dari DAP projek mewah ini bernilai tidak kurang dari RM40 juta. Dari tinjauan akhbar THE STAR didapati sebahagian besar dari banglo-banglo berkenaan lengkap dengan perabot sehingga ke bilik-bilik tidur dan perkakas dapur dan kawasan lamannya pula dilanskap dengan mewah.
Apa rasionalnya pembinaan projek mewah ini?
Benar ianya adalah merupakan harta kerajaan dan bukan milik anggota EXCO berkenaan tetapi angka RM40 juta itu tidakkah terlalu tinggi dan dikiura membazir? Ini tidak termasuk kos pengendalian ataupun maintainance bulanan untuk memelihara dan menjaga taman, kelab dan berbagai kemudahan yang ada.
Mengapa ahli EXCO mahu diberi kemudahan seumpama kakitangan kerajaan sedangkan tempoh perkhindmatan mereka bukanlah tetap. Mereka telah pun diberi elaun perumahan dan pelbagai elaun yang lain yang sepatutnya sudah memadai dan cukup untuk mereka beroperasi dari rumah sendiri masing-masing.
Baru-baru ini Khir Toyo mengumumkan kenaikan harga rumah kos murah di Selangor dari RM35,000 ke RM42,000 mulai tahun depan. Iaitu kenaikan sebanyak RM7,000. Sekiranya projek mewah ini tidak dijalankan sudah pasti wang RM40 juta yang dibelanjakan dapat memberi subsidi RM7,000 kepada 5,714 keluarga di Selangor untuk terus membeli rumah kos murah pada harga RM35,000!
Saya menjangkakan Khir pasti cemas dengan pendedahan ini. Namun dari pengalaman Bukit Cerakah tak hairanlah kalau Khir setakat menepis isu ini dan berkata:
Semua OK!
No comments:
Post a Comment