Tuesday, November 18, 2008

Noh ketandusan idea?!

Pemandu teksi boleh jual minuman dan kad “prepaid” untuk menambahkan pendapatan. Itulah idea “bijak” Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar. Bayangkan sambil kita dipandu dalam teksi, kita boleh “order” minuman untuk membasahi tekak. Bagaimana agaknya pemandu tadi mahu melayan kita dan dalam waktu yang sama memberi tumpuna kepada tugas utamanya sebagai pemandu? Dan dalam pada itu kalau anda menggunakan “handphone” “prepaid”, kiranya kredit kehabisan boleh beli dari pemandu tadi.

Ideanya sahaja nampak kelakar apalagi sebagai sumber pendapatan tambahan buat pemandu teksi.

Kita bukan naik pesawat Airasia untuk membeli minuman dan barangan lain, yang kita naik adalah teksi, maaf tetapi saya merasakan idea menteri ini sangat dangkal dan tidak masuk akal.

Jika pendapatan pemandu teksi masalahnya, maka terbitlah dengan cadangan dan langkah-langkah yang lebih praktikal dan berkaitan dengan aktiviti pekerjaan pemandu teksi bukannya menambah sesuatu yang tiada kaitan dengan bidang tugasnya. Takkanlah ini sahaja idea yang mampu terfikir oleh Noh? Saya yakin jika diminta pandangan dari kawan-kawan kita yang memandu teksi, pasti idea mereka lebih geliga dari idea menteri ini.

16 comments:

mat_terab said...

Memang menteri otak udang.......

Ku ingat Taqwa said...

Salam. Itulah rupa menteri di malaysia bodoh dan dungu sehinggakan kadang-kadang kita rasa mereka ini sebenarnya layak berada di zoo daripada parlimen.

CUCU TOK KEDU said...

Orang berakal banyak tapi orang berfikiran kurang! Noh ada otak ada akal! Kerana itu dia gunakan akal sengkatnya untuk jangan tak beri idea pada pemandu teksi. Dia pun dah hilang akal agaknya!

http://rp-semantan.blogspot.com
http://tokperan.blogspot.com

Anonymous said...

salam saudara,

saya idea ini ok dan boleh diterima logik akal. kalau harga air mineral dan tin berpatutan ditambah pula dgn sejuk, why not?

lagipun pemandu teksi boleh dikatakan 100% peratus berurusan secara terus dgn pengguna. Urusniaga juga boleh dijalankan sebelum kenderaan bergerak dan kita membuat pembayaran selepas kenderaan berian.

Bayangkan dalam suasa iklim khatulistiwa yang panas, selepas kita masuk teksi pemandu offer kita "Encik nak beli air kotak sejuk seringgit satu?"........

-melayutara

Anonymous said...

pada pandangan saya,ada pros and kons nye..kemungkinan air nye diletakkan sahaja di belakang kereta..sesapa nak amik,bila keluar bayar skali tambang ngan harga air..x semestinye driver teksi tu jd mcm penjual air tepi jalan..cuma yang penting x menggangu perhatian pemandu teksi pada tugasan utama..

JinChrist said...

apasai bodoh sangat menteri2 kat negara kita nie ?...Pure Stupidity !.
Kebetulan semuanya UMNOputras...

Muhammad said...

Ceramah Akidah 20hb Nov 2008 di Masjid Universiti Islam Pahang (UMP):Syeikh Dr Salim Ulwan(Mufti Australia) http://pondokhabib.wordpress.com

Anonymous said...

Sdr...

Macammana pulak kalau air tu dicampur dadah dan memerangkap anak gadis...

Dah satu hal pulak!

Cari yang bernas sikit...

Lu fikir lah sendiri!

Anonymous said...

Bro Roslan, I wonder would it be safe to buy water from a cab driver? What if it is drugged ?I would be cautious buying drinks from a cab driver. What do you think ?

Anonymous said...

Salam,

Pertama skali bagi saya adalah isu keselamatan pemandu teksi itu sendiri, cuba bayangkan, jika pemandu itu menjual kad prepaid, pemandu teksi tersebut mestilah menyimpan sejumlah stok utk dijual (RM 10-50). Andaikan jumlah stok yg disimpan adalah lebih dari 20 keping (RM10 = 10keping, RM50 = 10keping), jumlah dalam RM adalah sebanyak RM 600.00 dalam simpanannya. Jadi perkara ini akan mengundang risiko utk dirompak. Yg Keduanya, fokus pemanduan itu akan mungkin akan berkurang kerana lebih pemandu akan lebih berbicara berkenaan perniagaan sampingannya.
Pada pandangan saya, utk membantu golongan pemandu teksi ini, lebih baik pihak kementerian mengeluarkan lesen/permit secara individu berbanding kepada pengusaha. Ini kerana apa yg membebankan pihak pemandu teksi ini adalah sewa harian yg dikenakan oleh pengusaha teksi. Bayangkan jika pemandu teksi demam 2 hari, sewa harian mesti dijelaskan juga. Bagi pemandu teksi yg tidak berkemampuan utk memiliki teksi sendiri, pihak kementerian boleh memberi insentif secara sewa beli, bermakna pemandu perlu membayar ansuran utk satu tempoh tertentu(3-5 tahun) selepas itu teksi/permit terbabit bleh menjadi hak milik sendiri. Bagi pandangan saya, jika kita betul2/ikhlas memikirkan kesusahan/keperitan rakyat, Insya Allah, Allah akan memudahkan/memberi jalan penyelesaian di atas masalah yg timbul. Wallahu a'lam ... :)

Anonymous said...

salam...

gitu nak cadangkan gak kat menteri-menteri ni, kalau tak cukup gaji, janganlah makan rasuah. jualla minuman ringan & kad prepaid di bangunan parlimen ke, di pejabat-pejabat kerajaan. kan bagus gitu?~

=)

Anonymous said...

noh omar rasa idea tu dah best sangat kot ..hahaha...

Datuk NOh, kalau nak lagi best, beri jer permit individu untuk diaorg...kalau takleh bagi semua, bagilah kepada yang dah jadi drebar teksi ebih 10 tahun dengan rekod yg baik...

Anonymous said...

mohon laluan sikit..

1.pasl air kena drugs?? mana2 pun leh wat,bro g kedai,g mcd pun leh kena drugs...pengguna kena la chek,jangan la naif sangat beli air tin yang dah terbukak...xkan itu pun xleh pikirrrr la sendiri...

2.pasal top-up...zaman dh maju,dunia dh berubah...x payah dh bawak tiket topup banyak2...leh topup online,gune handphone..ada mymode,ada pape lagi ntah..leh set pasword..yang ada pasword je leh topup kan...

3.jangan main hentam je,ambil kira pandangan dari lawan dan kawan..xde mudaratnye terima pandangan dari lawan selagi x melanggar hukum Allah...

ANAK BAPAK said...

buat malu tanjong karang ajelah noh ni..orang tanjong karang kata;

SAY NO TO NOH...!!!!

ANAK BAPAK said...

benarlah sabda rasulullah s.a.w;

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu telah berkata;

telah berkata Rasulullah S.A.W;

" akan datang ke atas manusia, tahun-tahun yang tandus ( keadaan masyarakat yg genting )dan pada waktu itu orang yang pendusta ( penipu ) dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta ( penipu ), pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah akan dikatakan pengkhianat. dan orang yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "ruwaiybidhah". maka para sohabat pun bertanya "apakah ruwaiybidhah itu ya rasulullah...???" rasulullah menjawab; " orang yang tidak mengerti tentang urusan orang ramai ( masyarakat )"

hadith riwayat ibnu majah.
dalam kitab sunan ubnu najah kitab al-fitan ( bab asyraathussaa'ah )

Anonymous said...

si noh nie nama je menteri, tapi otak udang. Berapa byk pemandu teksi kena rompak, kalu duk jual prepaid lagi la , buleh hilang nyawa nie.