Wednesday, August 16, 2006

Umno Pulau Pinang bergelora

Pada awalnya beberapa Pergerakan Pemuda Umno Bahagian di Pulau Pinang dikhabarkan akan meluluskan usul medesak agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilir-gilirkan antara parti-parti komponan terbesar yang diwakili di DUN Pulau Pinang dan bukan menjadi hak mutlak parti Gerakan.

Usul ini difahamkan berpunca dari layanan yang kurang baik yang diterima oleh Umno berhubung hal-hal yang melibatkan pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

Dari 13 bahagian, berkemungkinan 10 akan meluluskan usul tersebut.

Lalu Presiden Gerakan telah memberi reaksi spontan apabila dibawa ke pengetahuan beliau akan rancangan Pemuda Umno itu dengan beliau berkata:

Dont you try to challange Gerakan because we strongly support what is good for the people and the country. The COWBOYS (Pemuda Umno) were using the media to raise racial sentiments when they have UDANG DI SEBALIK BATU. We in Gerakan will get rid of the BATU and eat all the UDANG.

Kemudian belum pun selesai bahagian-bahagian Pemuda Umno mengadakan persidangan tahunan masing-masing, PM yang juga Presiden Umno telah menegaskan bahawa tidak akan ada penggiliran untuk jawatan KM Pulau Pinang.

Sepatutnya Dollah tunggulah proses demokrasi dalam Umno tu selesai. Ini baru peringkat bahagian, tengok pula samada ia akan dibincangkan diperingkat Pemuda Pusat dan kemudian samada ia akan dibawa pula oleh Pemuda ke peringkat Perhimpunan Agung Umno. Kalau ini merupakan desakkan akar-umbi Umno maka tindakkan Dollah mencatasnya awal-awal lagi dilihat sebagai mengagalkan proses demokrasi dan penyaluran suara akar-umbi ke peringkat tertinggi dalam Umno.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan yang bahagina-bahagian Pemuda Umno di negeri tersebut kelihatan meneruskan juga usaha mereka walaupun ditegah oleh Dollah.

Menurut Ketua Pemuda Umno Bukit Gelugor Mohd Riduan Rahim:

PM boleh berkata apa sahaj yang beliau mahu, beliau berada jauh di KL sementara kami di Pulau Pinang mahukan perubahan. Kami mahu kerajaan negeri lebih sensitif terhadap keperluan masyarakat Melayu.

Politik di Pulau Pinang umpama di PBB, PB hanya bercakap banyak tetapi keputusan pada dasarnya dibuat oleh Amerika, begitu juga disini kami bersuara tetapi KL lah yang membuat keputusan.


Setakat ini 5 bahagian telah pun meluluskan usul berkenaan iaitu Nibong Tebal, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Bagan dan Bukit Gelugor.

Tindakan ini merupakan suatu tamparan kepada kepimpinan Dollah dan merupakan satu signal kepada Gerakan untuk bersiap-sedia menghadapi pelbagai kemungkinan.

Untuk makluman di DUN Pulau Pinang, kedudukan kerusinya adalah seperti berikut:

Umno 14
Gerakan 13
MCA 9
MIC 2
DAP 1
PAS 1

No comments: