Monday, August 07, 2006

Keng Yaik mahu MAKAN Pemuda Umno

Laman web Malaysiakini minggu lepas melaporkan bahawa besar kemungkina 10 dari 13 bahagian Pergerakan Pemuda Umno di Pulau Pinang akan membentangkan usul dalam mesyuarat agung masing-masing Ogos ini supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini dibolot oleh parti Gerakan, digilir-gilirkan antara parti-parti komponan yang memiliki blok kerusi terbesar di dewan undangan negeri tersebut.


Keng Yaik makan PAU UDANG!!!

Penggiliran seumpama ini pernah diamalkan di Sabah satu ketika dahulu.

Dari 40 kerusi DUN di Pulau Mutiara itu 14 diwakili oleh Umno, Gerakan 13, MCA 9 dan MIC 2. Manakala PAS dan DAP masing-masing ada satu.

Sementara itu akhbar THE SUN hari ini melaporkan reaksi dari Presiden Gerakan Lim Keng Yaik. Kata beliau mereka yang membuat tuntutan seumpama ini adalah umpama COWBOY. Dan sepanajang pengalaman politik beliau, telah banyak COWBOYS seperti ini muncul.

Beliau menambah:

Dont you try to challange Gerakan because we strongly support what is good for the people and the country.

Jangan kamu (Pemuda Umno) cabar Gerakan kerana kami menyokong penuh apa yang baik untuk rakyat dan negara.

Kata beliau lagi:

The COWBOYS were using the media to raise racial sentiments when they have UDANG DI SEBALIK BATU. We in Gerakan will get rid of the BATU and eat all the UDANG.

COMBOYS ini menggunakan media untuk membangkitkan sentiment perkauman, tujuan mereka itu bagaikan ada UDANG DI SEBALIK BATU. Kami di Gerakan akan menyahkan batu itu dan akan makan kesemua UDANG nya.

Mungkin udang-udang itu akan Keng Yaik bawa ke Eden Seafood Restaurant di Batu Feringghi untuk dibakar sebelum dimakan.

Apakah Pemuda Umno sudah bersedia untuk ditelan oleh singa tua Gerakan itu?

No comments: