Wednesday, August 30, 2006

Pantang Melayu memukul si tua

Baru semalam saya mencatatkan di BLOG ini akan kebimbangan setengah-setengah pihak terhadap usaha bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir untuk memperolehi TIKET bagi bersuara melalui saluran Umno di dalam Perhimpunan Agung parti itu yang dijadual diadakan pada bulan November ini.


Dan hari ini kita melihat beliau terus diserang dan diberi amaran.

Ketua Pemuda Umno Hishamuddin Tun Hussien berkata dalam THE STAR:

This goes against the values and principles of how we are brought up and the Malay culture itself.

Langkah (Tun) ini bertentangan dengan prinsip dan nilai-nilai yang diajar kepada kita oleh budaya Melayu

Adakah kenyataan ini bermaksud bahawa tindakan Tun itu bertentangan dengan adat dan budaya Melayu? Dalam erti kata lain kurang ajar?

Kata Hishamuddin lagi sebagaimana dipetik UTUSAN pula:

Sehubungan itu, Tun (Dr. Mahathir) kena fikirlah sendiri kesannya yang bukan sahaja akan kena pada dirinya tetapi kepada UMNO dan akhirnya kepada orang Melayu itu sendiri.

Soalnya kenapa Tun perlu bertindak sedemkian?

Kita juga jangan sampai menipu dan mengelirukan umat dan bangsa. Hamba Allah itu terpaksa bertarung dari bawah untuk mendapatkan hak bersuara kerana pimpinan Umno termasuk Hishamuddin tidak memberi peluang dan ruang kepada beliau untuk berbuat demikian. Itulah sebenar puncanya.

Dan sekarang beliau mahu menuntut hak untuk bersuara melalui saluran demokratik yang masih sepatutnya ada dalam Umno, takkanlah tak boleh, atau takkanlah takut.

Hairan dalam sekelip mata orang yang satu ketika dahulu disanjung dan dijulang boleh hari ini dikatakan biadap, kurang ajar, nyanyok dan bermacam lagi. Menghamburkan kata-kata sedemikian ke atas seorang tua yang pernah berjasa kepada mereka, itulah sebenarnya budaya sesat dan songsang yang tidak pernah diajar oleh prinsip dan nilai-nilai bangsa kita.

MB Kedah Mahadzir Khalid pun dilapor menyatakan bahawa langkah Tu itu sesuatu yang tidak patut terutama bagi seorang bekas PM yang diiktiraf dunia. Kalau betul demikian berilah peluang dia bercakap, kenapa disekat.

Saya percaya rakan-rakan dalam Umno terutama kalangan ahli-ahli biasa di kampung dan pekan-pekan akan pasti bingung dan keliru, mereka di doktrinasikan untuk menyanjung Tun semasa Tun PM dahulu (malah potret Tun merupakan hiasan wajib di rumah sebahagian mereka) tetapi kini Tun dikekang dan dibelasah depan mata mereka.

Apa pun bagi saya jangan sampai kita berada dalam keadaan ditelan mati emak diluah mati bapa, kerana sesungguhnya kita masih ada pilihan lain. Orang Melayu perlu menjenguk lebih luas dan jauh lagi. Kata M. Nasir:

Lihat dunia dari mata burung jangan lihat dari bawah tempurung

Ramai lagi pejuang Melayu Islam yang masih jujur, ikhlas, berani dan yang pentingnya bertaqwa dan bersedia menjadi pemimpin umat dan bangsa. Jangan lihat dari kalangan Umno sahaja, cuba-cubalah menjengok ke luar dari jendela Umno itu.

No comments: