Friday, August 11, 2006

Menteri tidak patut menyekat hak kita

Mengapa umat Islam tidak dibenarkan bincang hal orang Islam sedangkan yang bukan Islam boleh bebas membincangkan hal berkenaan penganut agama ini?

Saya merasakan dalam hal ini kerajaan silap.

Yang patut diberi amaran adalah kumpulan-kumpulan (umpama Arikel 11 dan lain-lain) yang ghairah mahu berbincang dan membahaskan darihal hak seorang Islam untuk murtad, dan hak si murtad , semuanya hal-hal berkaitan agama ini yang sungguh sensitif dan mudah menyentuh perasaan umat Islam yang sayangkan agamanya.



Bagi umat Islam, sejak bila pula mereka tidak berhak membincangkan aspek-aspek dan permasalahan ini kerana jika ada yang murtad maka ia membabitkan seorang Islam yang meninggalkan agamanya, ia langsung tidak kena mengena dan menyentuh hak dan kepentingan masyarakat bukan Islam!

Malah isu ini umat Islam bincangkan dimana-mana, di masjid, di surau, di bilik-bilik kuliah dan kelas pengajian sejak zaman berzaman. Oleh itu sejak bilakah menjadi sensitif untuk kita membincangkan hal agama kita sendiri?!

Akhbar THE STAR hari ini di bawah tajuk DISCUSSION BAN ON ALL, SAYS RADZI melaporkan:

The Prime Minister asked everyone to cool off and hold on. I dont know why some Muslims groups should be doing it now. It will only create unnecessary misunderstanding, tension and suspicion.

Im not trying to pick on the opposition but it is irrespective of political party. Religion is sensitive. Everyone should follow the Prime Ministers advice and stop (interfaith discussions)

Maaf tetapi saya merasakan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri tersilap apabila mereka mahu menghalang umat Islam dalam hal ini.

Jaga dan peliharalah maruah agama kita, jangan sampai kita pula dicap sebagai penjenayah sedangkan si penjenayah ketawa sakan melihatkan kekusutan dan kecelaruan kita itu.

No comments: