Mat Taib kata Tun dihasut
Saya merasakan kritikkan Tun Dr Mahathir Mohammad sejak beberapa bulan kebelakangan ini begitu fokus dan terarah. Beliau membangkitkan dari isu AP, Proton, MV Augusta, jambatan bengkok, hubungan dengan Singapura, rasuah dan salah-guna kuasa dalam kerajaan yang melibatkan anak dan menantu PM.
Beliau adalah bekas PM kita selama 22 tahun, samada kita gemari beliau selama itu ataupun membencinya, tetapi itulah hakikatnya.
Oleh itu apabila beliau membangkitkan isu-isu ini dengan tujuan mahu menjelaskan kepada ahli-ahli Umno dan rakyat jelata, saya merasakan paling kurang yang kita boleh lakukan samada kita Umno atau bukan adalah untuk memberikan beliau peluang dan ruang untuk menyampaikan apa yang terbuku di hatinya.Terpulanglah kemudiannya bagi kita samada mahu menerima atau menolak pandangannya itu.
Takkanlah khasnya dari kalangan ahli-ahli ahli-ahli Umno, insan yang satu ketika dahulu dijulang dan junjung hari ini sudah menjadi bagaikan si bongkok (versi filem Sumpah Orang Minyak, P Ramlee) yang dipulau dan dijauhi.
Hari ini dalam UTUSAN bekas MB Selangor (dizaman Tun, yang diangkat dari politcal wilderness oleh Tun untuk menjadi MB satu ketika dahulu) yang juga Ketua Penerangan Umno Mat taib mengatakan:
Tindakan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hingga menimbulkan konflik antaranya dengan kerajaan adalah berpunca daripada hasutan pihak tertentu.
Hasutan yang dimaksudkannya itu adalah berbentuk penyampaian maklumat tidak benar kepada Dr. Mahathir terutama yang menyentuh hal peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Akibatnya Dr. Mahathir lantang mengkritik Perdana Menteri serta kerajaan dan Abdullah terpaksa bersemuka dengan rakyat melalui satu rancangan di TV3 untuk membuat penjelasan.
Benarkah Tun yang pernah Mat Taib nobatkan sebagai jaguh dan wira Melayu itu mudah untuk dihasut lalu berkonfrantasi dengan kerajaan secara terbuka sehingga terpaksa memikul risiko yang besar?
Walaupun saya bukan pencinta Tun tapi takkanlah negarawan sebesar Tun begitu rapuh dan longgar sebagaimana mahu digambarkan Mat Taib itu.
Tetapi saya faham bahawa sebagai Ketua Penerangan Mat Taib terpaksa patuh pada Presiden yang melantiknya. Takkanlah Mat Taib nak mengatakan Tun betul dan Dollah yang salah. Dan Mat Taib pun baru sahaja dilantik Dollah sebagai Pengerusi RISDA setelah sekian lama tidak diberi jawatan awam selain menyandang jawatan dalam Umno.
Dizaman Tun dulu sejurus Mat Taib ini jatuh kerana kes tuduhan rasuah disamping hubungan beliau dengan berbagai wanita, Tun tidak lagi memberi tempat kepada beliau. Diberi kerusi Parlimen pun tidak, dilantik Senator pun tidak.
Tapi Dollah sudah mula beri jawatan. Dilantik sebagai Ketua Penerangan dan sekarang Pengerusi RISDA. Mana tahu lepas ni nanti Dollah lantik pula kembali sebagai MB Selangor, politik cari makan, kami faham Tan Sri.
No comments:
Post a Comment