Beruk, iblis dan apa lagi
Seram sejuk kita dibuat apabila membaca kilasan dan tepisan Dollah Badawi dan menantunya Khairy Jamaluddin terhadap kritikkan dan serangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.
Sebelum ini saya pernah menulis betapa Khairy melabel mereka yang mengkritik beliau sebagai beruk sarkas. Dan semalam ayahanda mertuanya pula melabelkan mereka yang menghalang kerja-kerja beliau sebagai Perdana Menteri sesungguhnya adalah IBLIS. Dollah dipetik sebagai berkata:
Ada pihak-pihak tertentu yang bersikap seperti IBLIS yang cuba mengganggu usaha membangunkan negara kerana IBLIS merasakan ia lebih pandai daripada orang lain.
Nampaknya menantu dan mertua sudah ketandusan istilah-istilah baik untuk digunakan dan sudah mula menggunakan yang kasar-kasar dan pedas-pedas untuk memomok penentang-penentang mereka.
Semalam saya berada dalam satu majlis bersama beberapa cendiakawan dan tokoh-tokoh agama dan apabila membincangkan darihal label IBLIS yang digunakan oleh Dollah ini maka ada yang beranggapan bahawa Dollah sebenarnya telah MENGKAFIRKAN pengkritiknya. Ini merujuk kepada surah al Baqarah ayat 34 yang maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.
Iblis termasuk golongan orang-orang yang kafir maka melabel seseorang itu iblis samalah bermakna kita menghukumnya kafir!
Dalam kepanasan menahan kritikan yang timpa menimpa ke atas mereka, semalam Khairy pula dengan berani mendedahkan nama dua individu yang didakwanya telah mengeruhkan hubungan antara bapa mertuanya dengan Tun. Dua penghasut itu kata beliau adalah Ibrahim Ali dan Matthias Chang. (Sebelum ini Adnan Yaakob dan Mat Taib menyebut nama Ibrahim dan Dollah Kok Lanas).
Ada yang beranggapan apabila Dollah dan Khairy semakin defensif sebegini maka ia merupakan indikator bahawa serangan-serangan ke atas mereka sesungguhnya telah mula mendatangkan kesan. Mungkinkah akan tergolek dan terlentang pak mertua dan menantunya itu? Hanya takdir yang akan menentukan.
No comments:
Post a Comment