Tun mahu guling PM atau Nazri patut digulingkan
Benarkah Tun Dr Mahahtir yang berusia 81 tahun itu mahu menggulingkan Perdana Menteri?
Apakah maksud Nazri Aziz apabila terpekik memaklumkan kenyatan ini kepada dunia(yang NST telah pilih sebagai berita sensasi muka depannya semalam dengan tajuk : MAHATHIR WANTS TO TOPPLE PM SAYS MINISTER)?
Konotasi (connotation) pertama yang terbawa apabila saya membaca berita itu seolah Tun mahu menggulingkan kerajaan dengan cara yang kasar, tidak sivil malah mungkin juga menggunakan kekerasan dan kaedah tidak demokratik. Benarkah begitu (sebab nampaknya macam begitu)?
Menurut SUNDAY TIMES:
He believes that Tun Dr Mahathir Mohamad wants to topple the Prime Minister. He said he reached this conclusion based on information he received on conversations which the former prime minister had with some of his friends.
Bukankah selama ini kita lihat Tun menggunakan kaedah demokratik, bersuara melalui majlis-majlis forum, kenyataan dan sidang akhbar. Tidak pula kita terdengar ada suatu pakatan jahat yang Tun susun untuk merancang menggulingkan PM atau apa-apa sahaja yang seumpama itu.
Bukankah kia mengamalkan prinsip demokrasi? Bukankah Umno itu sendiri parti yang demokratik? Kecualilah Umno sudah tidak lagi berpegang dan percaya kepada prinsip ini dan tiada lagi hak dan kebebasan bersuara buat ahli-ahlinya maka saya cadangkan Nazri kemukakan sahaja usul ke Majlis Tertinggi agar memecat Tun!
Tak payahlah nak jadi pendekar nak pertahankan Umno dari serangan seorang tua yang sudah berusia 81 tahun! Anak jantan Melayu tak pernah bertarung dengan orang tua, wanita atau kanak-kanak. Hatta orang gila sekalipun kecualilah si gila itu mengamuk macam dalam kisah Hang Tuah. Buat malu Umno dan buat Melayu spesis Melayu sahaja.
Saya melihat Tun sedang mengunakan hak beliau sebagai ahli Umno dan kebebasan bersuara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negara untuk bersuara dan menyatakan pendiriannya. Maksudnya mungkin melalui kritikkan-krtikkan itu Umno akan berani bangun dan membuat perubahan mungkin sampai ke peringkat menukar atau mendesak Presidennya berubah atau letak jawatan.
Sekiranya kaedahanya berjaya maka jatuh PM (secara demokratik) sekiranya tidak maka kekallah bertahta Raja dari Kepala Batas itu entah sampai bila. Kalau Umno merasakan Tun banyak penyokong maka ambillah tindakan juga secara demokratik.
Janganlah sampai membuat dan mereka-reka cerita jahat sehingga menimbulkan kegusaran dan kebimbangan masyarakat yang persengketaan dalam Umno ini akan berkahir dengan huru-hara dan seumpamanya.
Nazri perlu lebih dewasa dan lebih rasional.
Saya bersimpati kepada rakyat di Parlimen Padang Rengas, Perak yang telah memberikan mandat kepada seorang umpama Nazri in. Sudah pasti mereka sesal, kesal dan malu melihatkan gelagat wakil mereka yang celupar ini. Anda pun sepatutnya jangan takut dan bimbang untuk menggunakan hak kebebasan masing-masing untuk membawa perubahan, gulingkan Nazri jika merasakan beliau sudah tidak layak lagi.
Sementara itu bekas Setiausaha Politik Tun dan kini seorang Menteri Pusat dan ahli MT Umno, Aziz Samsuddin dipetik sebagai berkata:
Saya yakin kalau dia (Tun) nak rampas kuasa mengapa dia mesti serah kuasa, bukan kerana saya nak pertahankan Tun tidak, bagi saya untuk merampas kuasa balik sesuatu yang jauh di belakang.
Bagi saya, adalah salah sekiranya ada pihak mengatakan Tun cuba berbuat demikian dan saya berani cakap kalau dia (Tun) seorang yang mahu berkuasa dia tidak perlu beri kuasa, bukan ada suntikan daripada mana-mana pun.
Bahkan pada peringkat pertama dia mahu serah kuasa orang menangis jangan Tun, jangan Tun dan saya nampak lagi muka-muka itu, jelas beliau.
No comments:
Post a Comment