Biarkan Putera Umno terjun dengan Mat-mat Rempitnya
Sempena ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 49, Putera Umno telah berjaya menawan Mat Rempit di KL. Itulah pencapaian sayap baru dalam Umno ini setelah 49 tahun negara merdeka.
Penawanan itu bagi Buletin Utama TV3 merupakan satu berita penting sehingga perlu menonjolkannya dalam siaran berita perdana mereka. Maka terbitlah wajah Pendekar Putra, Azeez Abd Rahim, Ketua Putera Umno (yang sebelum ini dideahkan telah memalsukan kelayakkan akademiknya) yang dengan bangganya mengumumkan pencapaian Putera di bawah pimpinannya itu.
Kata Azeez sebagaimana dilaporkan THE STAR:
I truly believe they have the potential and excellence to become the leaders of tomorrow. All they need is a chance to prove society wrong.
Saya percaya mereka (mat Rempit ini) memiliki potensi da harapan untuk menjadi pemimpin masa depan. Apa yang mereka perlukan adalah untuk membuktikan yang tanggapan masyarakat terhadap mereka adalah salah.
Maka diarahkanlah beberapa kerat Mat Rempit berkumpul berhampiran Dataran Merdeka, diberikan t shirt percuma dengan lambang Putera Umno, disuruh bergaya di depan kamera TV dan kemudiannya berlakon berikrar mahu mempertahankan negara dan bangsa.
Dengan Azeez sebagai teraju utama saya melihat lakonan itu saling tak tumpah bagaikan filem Tamil yang dihasilkan di Madras.
Sementara itu kalau kita sempat membaca akhbar THE STAR kita akan terserempak dengan tajuk:
Bikers on smashing rampage
Dimana dilaporkan sebanyak 13 buah kereta di Bangsar telah dipecahkan cerminnya oleh anasir yang tidak bertanggungjawab dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.00 pagi. Akhbar tersebut melaporkan saksi ditempat kejadian sebagai berkata:
They also claimed the youths were the same ones who often raced illegally along the Sprint Highway that runs parallel to their road.
Mereka medakwa para pemuda (yang terlibat) adalah kumpulan yang sama yang terlibat dalam perlumbaan haram di Lebuhraya Sprint yangterletak berhampiran dengan jalan tersebut.
Ringkasnya angkara Mat Rempitlah juga. Malah Buletin Utama TV3 sebentar tadi turut merakamkan kejadian aksi bahaya yang ditunjukkan oleh sekumpulan Mat Rempit disekitar KL termasuklah satu video klip Mat Rempit dan pasangannya sedang melakukan wheelie di Alor Setar.
Kalau inilah jenis manusia yang mahu Azeez naikkan sebagai pemimpin jenerasi akan datang, silap gaya Umno dengan Azeez sekali akan diterajang keluar oleh rakyat jelata kerana mahu menaikkan golongan yang tidak berakhlak, tidak mementingkan keselamatan orang awam malah terlibat pula dengan rusuhan dan jenayah.
Cukuplah yang telah ada.
No comments:
Post a Comment