Pak Lah vs Tun Dr M: Retak yang menunggu belah
Semalam akhbar-akhbar tempatan melaporkan desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir agar kerajaan menarik balik keputusan membatalkan projek jambatan bengkok. Jika ini dilakukan dan projek tersebut diteruskan menurut Tun beliau akan berhenti mempersoalkan keputusan-keputusan kerajaan. Menurt BERITA HARIAN Tun berkata:
Pak Lah perlu membina jambatan itu. Jika beliau melakukannya saya tidak akan mempunyai apa-apa komen lagi.
Dan dalam akhbar THE STAR semalam juga dilaporkan tentang masalah yang dihadapi dalam menyiapkan sepenuhnya Komplek CIQ (Komplek Kastam dan Kuarantin) di JB itu akibat pembatalan projek jambatan kedua tersebut. Kini kontraktor utama projek itu terpaksa memohon tempoh lanjutan sekurang-kurangnya 18 bulan oleh kerana kini komplek tersebut terpaksa dijajarkan dengan projek baru pembinaan lebuhraya bernilai RM250 juta yang akan menghubungkan komplek ini dengan Tambak Johor bagi menggantikan jambatan yang dibatalkan.
Penangguhan bermakna kerajaan terpaksa menanggung kos yang lebih. Tak mengapalah kerana yang pentingnya jambatan bengkok itu tidak akan dibina, kerajaan rugi sedikit tidak mengapa asalkan ego PM tidak tercalar.
Hari ini dilaporkan kerajaan tidak akan menarik balik pembatalan pembinaan jambatan bengkok tersebut. Kata Dollah ianya telah muktamad, beliau menambah:
Beliau (Tun Dr. Mahathir Mohamad) boleh kata apa sahaja yang beliau suka. Saya Perdana Menteri, saya yang memutuskan apa yang terbaik untuk rakyat.
Dan dengan mukatamdnya keputusan itu bermakna kita akan menyaksikan serangan balas dari Tun yang bakal mengundang bala dan malapetaka buat Umno dan kerajaan pimpinan Dolah.
Jaga!, kata Muhyiddin, Naib Presiden Umno dan Radzi, Setiausaha Agung Umno, bahawa pembangkang akan bersorak dengan pertelagahan dan pertembungan ini. Sesungguhnya bukan hanya pembangkang malah rakyat keseluruhannya malah seluruh dunia sedang menyaksikannya, ada yang tonton dengan gelak ketawa, ada yang menggeleng kepala, ada yang menari-nari dan sudah tentu ramai yang menunggu-nunggu bila agaknya nangka busuk itu akan gugur!
No comments:
Post a Comment