Dr Amran berani atau bersubahat
Semalam dalam ruangan Bicara Agama MINGGUAN MALAYSIA seorang pembaca telah menyatakan masalah yang dihadapinya berhubung dengan arak dan memohon nasihat dan pandangan pengendali ruangan mengenainya.
Pengendali telah memberi jawapan yang panjang lebar dan saya agak terpaku apabila membacanya bukan kerana hujah-hujahnya tetapi kerana penulisnya. Aduhai penulisnya bukan calang-calang orang, bukan ustaz kebanyakkan, tetapi Dr Amran Kasimin adalah juga ADUN Barisan Nasional bagi kawasan Bangi.
Kalaulah hujah-hujahnya itu bertepatan dengan dasar dan pendirian kerajaan BN tak mengapa tetapi malangnya kerajaan BN yang beliau wakillah yang telah meluluskan lesen pengilangan arak, lesen impot arak, lesen premis menjual arak.
Di Selangor sahaja takkanlah YB tak maklum berdiri megah 2 buah kilang arak terbesar dalam negara. Di Selangor juga kerajaan negeri melalui PBT-PBT nya melulus dan melesenkan premis menjual arak [kedai kopi/makan, pub, kelab malam, coffee house, disko] antara yang terbesar bilangannya di negara termasuklah di DUN Bangi yang YB wakili.
Sedih bagaimana negeri yang ketua eksekutifnya seorang Muslim, ADUN-ADUN nya [termasuk YB sendiri] majoriti Muslim belaka tetapi boleh mengizinkan aktiviti mengilang, mengimpot, menjual dan memium arak ini secara besar-besaran.
Mungkin YB boleh berhujah bahawa ianya melibatkan bukan Islam sahaja, tetapi realitinya [pembaca yang mengadu sebagai bukti] tidak begitu. Orang Islam di Selangor terlibat sebagai pemegang saham, pekerja, buruh, malah yang meminumnya sekali.
Bolehlah YB menasihat melalui ruang akhbar itu tetapi kuasa yang ada ditangan YB sesungguhnya lebih besar dari itu. Gunakanlah amanah yang diberi oleh rakyat itu dan tegas bersuara dengan berani, jika YB memilih untuk menikus dan berdiam diri, maaf saya kira YB juga akan dikira bersubahat malah lebih rendah lagi martabat dari pembaca yang mengadu itu.
No comments:
Post a Comment